Lelaki maut kerana mahu popular di Internet
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/241080/lelaki-maut-kerana-mahu-popular-di-internet
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Jun 2017 @ 8:20 AM Agensi
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mati01.jpg_1498782031.jpg)
RUIZ (kiri) bersama kekasihnya, Monalisa. FOTO Facebook.
Saint Paul (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang mahu popular di Internet maut selepas cuba merakamkan aksi menahan tembakan peluru pistol menggunakan buku.
Pedro Ruiz III, 22, maut selepas peluru pistol yang ditembak kekasihnya, Monalisa Perez, 19, menembusi buku itu dan terus mengenai dadanya.
Monalisa yang hamil anak kedua dilaporkan menembak Ruiz yang memegang buku tebal di dadanya menggunakan pistol Desert Eagle .50 pada Isnin lalu.
Kejadian berkenaan turut disaksikan anak perempuan pasangan itu yang berusia tiga tahun.
Ruiz berharap aksi itu yang dirakam dengan dua kamera tular di Internet sekaligus menarik ramai pengguna melanggan siaran YouTube miliknya.
|