Ahad lalu, seorang remaja yang berusia 16 tahun tanpa disedari terserempak dengan seekor beruang ketika menyertai pertandingan acara larian di kawasan pergunungan Alaska.
Memetik laporan The Washington Post, remaja itu dikenali sebagai Patrick Cooper dari Anchorage dikatakan sempat menghantar mesej kepada ahli keluarganya untuk memaklumkan dia sedang dikejar binatang tersebut.
Menurut pegawai Jabatan Polis Achorage, Nathan Michell, ketika kejadian ibu dan keluarga mangsa turut berada di lokasi kerana mereka mengendalikan acara tersebut.
“Seorang renjer bertindak menembak beruang itu di bahagian muka namun gagal dan haiwan itu berjaya melarikan diri."
"Mayat Cooper ditemui kira-kira 450 meter dari kawasan hutan yang tebal."
Pengarah pertandingan itu berkata remaja tersebut baru saja mendaki kawasan bukit dan dalam perjalanan turun di kawasan semak tebal sebelum diserang beruang berkenaan.
Sementara itu, anggota renjer Taman Rimba Chugach, Tom Crockett memaklumkan bahawa insiden terserempak dengan beruang bukan sesuatu yang luar biasa di kawasan itu dan punca yang mendorong serangan itu masih tidak diketahui.
“Anak muda itu tidak membuat apa-apa. Dia hanya mangsa keadaan.” -CARI
Post time 22-6-2017 08:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kaw alaska ni memg byk bruang jnis ni.. slalu tgok show buying alaska, beach n rockies.. org kaya yg nak lari dri kesibukan bli properties kat kwasan terpencil.. siap di kwasan bruang cari ikan salmon lagi..