View: 14637|Reply: 93
|
Eh, Redza Rosli Pun Ada Kembar Jugalah! Seiras Sangat Ke?
[Copy link]
|
|
Jika sebelum ini seorang gadis dikatakan memiliki rupa paras seiras Fazura, kali ini seorang jejaka pula diserbu peminat kepada pelakon Redza Rosli kerana didakwa memiliki wajah seiras.
Foto: IG Redza Rosli
Memetik mStar Online, seorang pemuda yang juga peminat drama Ku Kirim Cinta menghantar beberapa keping seorang lelaki yang didakwanya seiras pelakon terbabit.
Menurut kata peminat itu, kedua-dua lelaki dan pelakon berkenaan memiliki beberapa persamaan seperti senyuman yang hampir sama selain bentuk tubuh yang tegap.
Foto: mStar Online
Bagaimanapun, Mohd Afiq Md Nor, 25, seorang doktor pelatih di Hospital Kuala Lumpur dan berasal dari Melaka itu akui dia terkejut apabila mula dihampiri ramai peminat Redza menerusi akaun Instagramnya, afiqvolaris sejak minggu lalu.
"Saya pelik juga tiba-tiba ramai peminat pelakon itu request mahu berkawan dengan saya di Instagram sejak beberapa hari ini.
"Saya rasa wajah ini tidaklah sama seperti yang mereka katakan, cuma mungkin beberapa sisi dalam gambar sahaja kelihatan seiras. Mungkin juga drama tersebut sedang popular sehingga melihat saya seperti Redza,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Afiq, itu merupakan kali pertama dia dikatakan memiliki wajah seiras hero drama berkenaan.
Foto: IG Redza Rosli
"Saya tidak tonton drama itu kerana kerja saya terlalu sibuk tapi saya kenal pelakon Redza Rosli. Kelakar juga bila ada yang kata wajah kami sama sebab sebelum ini ramai yang samakan saya dengan Faizal AF4," jelasnya.
Foto: mStar Online
Sama ke? Adalah iras sikit-sikit dari sisi tertentu, kan? Anda rasa? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sama pun dengan pelakon who are yusss tu
Gambar bawah tu lagi jauh panggang dari api yah |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi memang nampak iras Faizal pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Rembesnyee |
|
|
|
|
|
|
|
hello doctr u lg hnsem k... |
|
|
|
|
|
|
|
mate kero ke ckp same tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Helok nya redza rosli, dr tu pun elok tp x samalah muka diorg |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 ada je betina yg menggelitis tag kawan dia dalam ig retis tu konon muka sama. Tapi haram tak sama pun. Betina tu je yg delusional nak glemer. mostly bbnu |
|
|
|
|
|
|
|
lainnnnn sgt!
|
|
|
|
|
|
|
|
ummah sesuatu ni sis..yang gila pops.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sama pun. Tapi doc tu sedapnyaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Redza rosli lg x sama dgn neymar |
|
|
|
|
|
|
|
ni muka macam shah iskandar dengan ruzaini jamil fashion designer tu ler ..
member kelas aku sebiji muka redza rosli, kitorg bahankan dia kapel dengan ayda jebat haha.
bodohnyaaa mata yang cakap sama tu dengan muka di atas haishhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|