CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5323|Reply: 20

Hakikat Disebalik Dia Suamiku

[Copy link]
Post time 16-6-2017 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by anamyraa at 16-6-2017 12:32 PM

Assalamualaikum...
harap kisah ini sebagai pedoman buat insan2 yang bakal berkahwin dan baru berkahwin dan yang senasib.. Allah uji kerana kita mampu.

  Saya berkahwin dengan dia B pada tahun 201_. kami bertemu secara family matching. kami tak kenal. tak bercinta. bukan suka sama suka. saya terima dia bukan atas kehendak sendiri tapi bila saya kata terima, saya ikhlas terima dia. ikhlas untuk belajar cintakan dia.

  Dalam sebulan selepas terima lamaran, kami bertunang dan 2 bulan seterusnya kami nikah tambah tolak perkenalan kami hanya 3 bulan. dalam tempoh bertunang kami langsung tak berhubung. kami berhubung hanya kerana urusan kahwin..saya cuba menjaga batas apa yang patut dijaga.

  Dalam banyak2 lamaran yang datang sebelum dia.. saya terbuka hati untuk pilih B kerana saya rapat dengan family dia..dan kerana family B sangat baik dalam soal agama. family yang sangat saya kagumi selama ini.saya sangat berharap B juga begitu dan membimbing saya. saya sangat mengharapkan perhubungan yang terjaga dari maksiat dan diredhai tuhan.
tetapi setelah berkahwin Allah uji saya dengan ujian yang sangat berat.

  Dari hari pertama kahwin dia selalu tidak pedulikan saya. membiarkan saya seorang diri tidak memberi layanan seperti pasangan lain. sejak itu, saya mula curiga adakah dia gay? tapi tak mungkin, dia nampak sempurna seperti lelaki normal. malah bertubuh sasa(sado)..

  Saya cuba berbaik sangka.. mungkin dia malu dengan saya atau tidak biasa.. lama kelamaan.. saya semakin curiga.. dia sangat rapat dengan 'abang angkat' dia. handphone dia tidak benarkan saya lihat.. bercakap telefon jauh dari saya. banyak tindakan dia seperti menyorokkan sesuatu dari saya. tapi saya masih cuba untuk bersangka baik. akhirnya sampai satu detik saya terbaca suatu catatan silam.

  Dalam luahannya itu dia sedang memerhati tubuh badan lelaki yang sasa dan tegap yang diminatinya. dan dia sangat cintakan lelaki itu... katanya dia sangat rindu sayang.. dan suatu hari nanti akan katakan 'i love you' pada lelaki tersebut.. dalam catatannya itu ada beberapa lelaki yang dia sangat suka bukan seorang. dan dia sangat mengharapkan hubungan yang lebih dari itu..setelah baca hati nie sangat2 kecewa..

  Sungguh dia tidak pernah kata rindu cinta dan sayang pada saya..walhal saya tanya pun dia tidak jawab. sanggup bergaduh hanya kerana saya bertanya "awak rindu saya tak?".tidak layakkah seorang isteri bertanya soalan seperti itu? tidak layakkah saya? saya tidak berhenti menangis..betapa terlukanya hati nie..
saya tanya lagi "kenapa awak kahwin dengan saya?"
dia jawab. "sebab saya mahukan anak dan saya tidak berkahwin untuk sebuah penceraian".

  Adakah benar? orang berkata, seorang yang berjiwa songsang berkahwin untuk mempergunakan wanita sebagai cara untuk menutup perbuatan mereka. adakah untuk menunjukkan pada masyarakat bahawa mereka adalah lelaki straight (normal).?atau hanya sekadar tuntutan masyarakat dan keluarga untuk berkahwin? adakah saya nie hanya mangsa yang diperalatkan..? saat nie hati mula bersangka buruk. macam2 difikiran.

  Hasil selidik saya dapati kawan2 dia kebanyakan golongan sepertinya. berkenalan melalui laman sosial. kebanyakan umur yang agak berusia (tua). jika difikirkan logik. macam mana la mereka ini boleh berkenalan dan berkawan. agak meragukan. akhirnya dia mengaku dia sebenarnya penghidap penyakit naluri songsang (gender dysphoria) sedari kecil.

  Sekarang di depan saya dia menangis. katanya dia tidak minta semua tu terjadi pada dirinya. naluri pelik tu datang sendiri sejak dari sekolah rendah tanpa dia sedar. sudah beberapa kali dia usaha untuk buang naluri pelik tu. dan sekarang dia sedang usaha untuk buang naluri tu. hari nie bila ditanya, dia menangis lagi katanya susah..dia tak boleh buang naluri tu tapi dia kata dia boleh cuba untuk bertahan..

  Saya telah terluka sewaktu awal kahwin,.
dan kini saya dapat jawapan punca dia layan saya macam tu.. adakah saya dapat terima? bila teringat balik, sewaktu dia tinggal jauh dari saya, dia tidak mesej or telefon saya. tapi dia boleh mesej kawan dia. sebelum nie hampir selalu cakap dalam talian bersama abang angkatnya, sangat mesra. tidak pernah dia layan saya semesra itu. kebiasaannya, apabila sekali sudah hilang kepercayaan. ianya tak akan kembali seperti biasa. saya sentiasa ragui dia. sentiasa selidik dan perhati gerak geri dia.

  Setelah terbongkar siapa dia. layanan dia pada saya nampak ada perubahan tapi masih dingin. kami tak macam pasangan bercinta. mungkin sayang kami, hubungan kami seperti adik abang. hubungan tanpa kasih dan cinta. kadang terfikir emosi yang tidak dipenuhi. adakah cukup nafkah batin?

  Dulu, kaum adam yang datang mendekati. selalunya saya didekati bukan saya yang mendekati. sesuai dengan fitrah lelaki. tahap tertarik pada perempuan dari segi fizikal or seksual lebih dari wanita. tapi bila saya dah ada suami dia tak peduli. dan tak hargai.

  Dalam bercinta selalunya saya yang mulakan dulu. saya yang hubungi dia dulu.dalam hubungan yang saling mencintai mereka selalu berusaha saling melengkapi. bukan seorang sahaja kan..? saya tak nafikan dan saya tahu dia ada usaha juga mengikut kemampuannya. cuma saya harap dia sedar dia seorang lelaki dan seorang suami dan bakal seorang ayah. saya berharap dia benar2 bertanggungjawab.

  Tidak dinafikan memang dia ada usaha untuk berubah cuma kadang2 tidak meyakinkan saya. saya bimbang dia curang di belakang. di tempat awam mata dia selalu tengok lelaki. gay dll mereka boleh detect sesama sendiri kan? mereka saling renung depan saya.. saya perhati dan sakit hati. hubungan kami baik, nampak bahagia di mata orang. tapi secara dalaman hati saya terseksa. saya tak tahu sejauh mana dia akan betul2 berubah. perubahan itu yang sangat saya harapkan..

  Dia kata dia mampu bertahan sebab berkahwin dan ada saya. cuma kadang2 saya ragui, adakah benar? ramai gay diluar sana yang ramai anak. saya tak nafi. dia baik, sangat penyabar, solat tak tinggal. kadangkala berjemaah di masjid. datang dari keluarga yang sangat jaga soal agama. doakan saya.. semoga diberi kekuatan dan petunjuk..

******

  Dan hari ini setelah bertahun konflik itu berlalu saya berjaya laluinya sampai ke fasa ini. ramai yang tertanya2 adakah kami sudah bercerai. ada yang emel saya. bertanya khabar dan meminta pendapat kerana dia juga senasib dengan saya.

  Apa yang saya sedang hadapi masa tu memang saya rasa sangat teruk. tapi jika saya lihat balik secara positif ujian tu membuatkan saya lebih rapat dengan suami. bila dia sedar saya tahu kekurangan dia. mungkin ada timbul rasa bersalah dalam diri dia.

  Saya menangis sedu dia akan pujuk saya dan tak tinggal saya seorang diri. saya sangat down masa tu. dia akan ada sebelah saya walaupun saya marah2 dia. dalam hal suami isteri. bila diuji kita akan nampak keburukan sahaja sampai kita buta untuk melihat kebaikan yang ada dalam dirinya.

  Setelah diri semakin tenang. saya cuba senaraikan kebaikan dan kekurangan dia. hasilnya peratus kebaikan dia lebih tinggi berbanding kekurangan dia. saya semakin sedar sebenarnya dia seorang suami yang baik. cuma kekurangan itu menutup segala kelebihan yang dia ada. dia diuji dengan kecelaruan nalurinya. bukan dia minta.

  Mungkin naluri itu wujud hasil pengaruh persekitaran atau pengaruh orang sekeliling sewaktu dia sedang membesar dalam mengenal erti kehidupan. puas saya cari puncanya tapi tiada jawapan tepat yang saya jumpa.

  Pada isteri2 yang diuji dengan suami yang mempunyai masalah gender dysphoria jangan terburu2 untuk terus membuat keputusan. kita wanita perlu celik minda. perlu kaji dan selidik dahulu. mereka yang diuji dengan masalah nie ada macam2 peringkat. tidak semua yang terjebak dengan gejala sosial dan seksual. ada yang bertarung bertahun2 dengan naluri sendiri untuk menjadi normal.

  Saya pernah berhubung dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama seperti suami saya. mereka luahkan rasa hati mereka. saya rasa sedih. kita sebagai isteri perlu memberi sokongan bantu mereka jika benar ingin berubah. saya pernah berhubung dengan prof dan ustaz yang incharge masalah nie. mereka berpesan kuatkan pegangan agama. ujian ini agak rumit tetapi ada penyelesaian. kepada mereka yang ingin berubah. ada jalan. cuma jangan cepat putus asa.

  Kini apa yang saya nampak dalam mata dia masa renung saya ada rasa kasih. bila saya sakit melahirkan anaknya dia turut menangis. kini dia selalu mengalah dengan saya dalam banyak hal. kadang2 bila saya curiga dan bersangka buruk padanya dia akan bersabar dan diam bila saya marah2 dia berkaitan kisah silam. dari cara dia layan saya mula keliru adakah dia sudah mula cintakan saya, isteri dia?

>>>>>>>>>> harap perkara nie tidak berulang lagi pada orang lain.. amiin..

KEPADA GOLONGAN YANG MEMPUNYAI MASALAH KECELARUAN NALURI DI LUAR SANA............

saya mohon dan merayu sangat2..
jika anda sudah berkahwin dan masih aktif sebagai gay/lesbian/ LGBT atau PLU tidak mahu berubah..
saya mohon tinggalkanlah pasangan anda dengan cara baik..
saya yakin anda bukan seorang yang zalim..dan..janganlah berkahwin jika anda tidak mahu berubah.. ia akan menyeksa jiwa pasangan anda..
kecuali anda benar2 mahu berubah...
in shaa Allah usaha baik untuk berubah Allah akan buka jalan. yakinlah.   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2017 11:33 AM | Show all posts
perkongsian yang sangat2 menarik

manak ramadhan boleh belajar sesuatu dari perkongsian ni yer
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 11:51 AM | Show all posts
ni cerita tt ke cerita hasanah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 11:59 AM | Show all posts
Paragraphing please...

Thank you.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita saya. kisah benar. bukan rekaan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 12:35 PM | Show all posts
sabar tt.. laki kunyit ni memang suka kunyit.. akak pernah nak di raba golongan lgbt.. berkat ilmu silat olahraga dengan jelingan tajam sahaja cukup buat dia gerun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2017 01:32 PM | Show all posts
Sis ada anak, jadi saya rasa suami sis sebenarnya bisexual bukan homoseksual /gay?

Maaf, saya agak naif bab2 ni sbb tak pernah ada family atau kawan2 yg sebegini tapi saya nak sangat tau. Mungkin agak 18sx sedikit. Harap TT tak marah.

Bagaimana agaknya treatment dia pada TT? Masudnya ada ke pujuk memujuk, gurau senda, cuddling, manja2 and those sort of things yg selalu pasangan suami isteri normal buat?

Bila berhubung intim, adakah dia sememangnya bernafsu dgn TT atau sekadar buat utk membolehkan TT mengandung aje?

Ntah lah, berat agaknya yg TT rasakan, kan? Sedang kita yg bersuami normal pun selalu makan hati dgn perangai dia apatah lagi yg ada naluri songsang ni

Saya harap rumahtangga TT bahagia hingga ke akhirnya dan berdoa semoga suami TT akan segera 'sembuh' dan kekal sembuh selama2nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 01:32 PM | Show all posts
- Deleted. Double postings -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dejavu mcm pnh baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2017 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
zawara replied at 16-6-2017 04:16 PM
dejavu  mcm pnh baca

baca dekat mana? boleh bagitau saya? sebelum nie saya pernah post thread nie dekat forum cari nie. tahun lepas bulan 6. boleh cari tajuk dia "sedih dia cintakan lelaki (gay), PLU"
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
anamyraa replied at 16-6-2017 05:05 PM
baca dekat mana? boleh bagitau saya? sebelum nie saya pernah post thread nie dekat forum cari nie. ...

baca kat situ la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 06:19 PM | Show all posts
maaf tanya sebab panjang sgt jadi saya skip2 je baca...
tt dengan suami pernah bersama tak sepanjang perkahwinan?sian dgn tt...harap bersabar ye tt...sekarang masih suami isteri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 10:44 PM | Show all posts
so TT masih bersama suami?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2017 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tunangku replied at 16-6-2017 10:44 PM
so TT masih bersama suami?

ya masih bersama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2017 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anamyraa at 17-6-2017 02:20 AM
Lavender_Violet replied at 16-6-2017 01:32 PM
Sis ada anak, jadi saya rasa suami sis sebenarnya bisexual bukan homoseksual /gay?

Maaf, saya aga ...


tu la rasanya dia jenis bisex.. memang xda, cuma ada perubahan dari masa selepas dia tahu saya tahu siapa dia dan sebelum. romantik dia x seromantik lelaki normal yang pandai 'ayat' perempuan.. tapi nampak dia ada usaha. mungkin dia tak pandai. dia pernah kata dia tak biasa dengan perempuan. jadi tak tahu cara nak 'manja2' dalam perhubungan. atau dia memang jenis yang macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks for the inspiration tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
anamyraa replied at 17-6-2017 02:17 AM
tu la rasanya dia jenis bisex.. memang xda, cuma ada perubahan dari masa selepas dia tahu saya t ...

Atleast dia cuba gak nk berubah
Untung awak dpt gayyg baik
Ada gay yg pendendam . Sakitkan hati isteri
Tak bg nafkah makan minum pakai
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 01:21 PM | Show all posts
Edited by cmf_blingblings at 26-7-2017 02:00 PM

Sorry TT, tak baca post TT di bawah sana, sekalung tahniah sebab berjaya mengubah seorang naluri lelaki menjadi normal. Bukan kerja mudah. Semoga menjadi inspirasi adik-adik di luar sana untuk terus cekal berusaha dan tak berputus asa. Kagum




Salam TT,
Sekarang semuanya terserah pada awak sendiri, pisau dan mentimun di tangan silakan nak potong ke nak racik ka. Kes mcm ni dah kira semakin merebak di kalangan masyarakat sekarang. Mungkin sebab tu lelaki-lelaki handsome yg berkerjaya dan bujang ni dipandang serong. Last-last dapat kat lelaki lurus kaki rempit kaki taik pit, tak taulah apa jenis pendidikan yg dibawa oleh ibubapa zaman sekarang ni. Ibu bapa semua yg kuat ugama, yg profesional ada pangkat Datuk ke Tan Sri lagi. Mungkinkah ibu bapa dia dah tahu hal yg sebenar sbb tu dia org pilih awak kot.

Kalau awak bertahan, awak nak bertahan atas dasar apa? Dlm banyak-banyak kes gay ni biar dia beranak pinakpun dia tetap bergay, di belakang binilah. Antara kenalan gay yg saya pernah kenallah. Dia org mmg tak mesra dgn isteri, mesra untuk dapatkan zuriat aja kot. Ada isteri yg ok aja dgn kehidupan yg mcm gitu, makan minum, serba serbi disediakan nak komplain apa lagi. Nak keluar dgn kawan-kawan tak ada sapa larang walaupun jiwa tertekan.

You cinta kat dia ke? Maksud saya, kenal sekejap, tak sempat kenal, pastu kahwin. Payah juga nak datang perasaan tu dgn cepat melainkan tarikan seksual semata-mata. Kahwin tapi mcm tak kahwin, jgn lah berkorban perasaan utk gembirakan org lain. Kita perlu bahagiakan diri kita dulu dlm kes-kes yg melibatkan masa depan dan perasaan.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 01:51 PM | Show all posts
Assalammu'alaikum.

Semoga Allah berikan ganjaran pahala atas kesabaran TT dan semoga Allah kurniakan hidayah kpd suami TT utk bertaubat dan berubah.  Sedih ramai saudara seagama jadi mcm tu sekarang.  Na'uzhubillah min zalik.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.062976 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list