Seperti tahun-tahun sebelumnya, apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri pasti syarikat-syarikat besar tempatan seperti Petronas, TM, Pos Malaysia, dan macam-macam lagi akan menyiarkan iklan Raya yang menyentuh hati.
Sejak beberapa tahun lalu, iklan-iklan Raya dari Petronas sentiasa mendapat tempat dihati rakyat Malaysia kerana tema dan konsep yang dibawakan lain dari yang lain.
Namun bermula tahun 2016, iklan Raya dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat semakin menarik dan mula diminati ramai. Iklan Raya tersebut berjudul #Lepastu yang membawa mesej kemaafan telah ditonton lebih 2,549,642 kali semenjak tahun lalu.
Terbaru, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghasilkan iklan hari raya berjudul 'Dugaan Raya Aida' yang menerapkan mesej kekeluargaan serta persahabatan.
Mengisahkan seorang gadis kampung yang bekerja di Kuala Lumpur dan membuat persiapan hari raya untuk keluarga dalam kesibukan menyiapkan tugasan di pejabat. Pelbagai dugaan yang ditempuhi oleh gadis yang bernama Aida demi memenuhi permintaan keluarganya. Jom kita saksikan iklan Raya yang sungguh menghiburkan dan penuh dengan mesej ini.
Iklan 'Dugaan Raya Aida' untuk siaran laman sosial adalah berdurasi empat minit dan mula disiarkan pada 13 Jun lalu. Manakala bagi siaran televisyen yang berdurasi satu minit akan disiarkan mulai 22 Jun ini.
Ramai berpendapat iklan Raya ini adalah yang paling "epik" di antara video-video raya yang keluar tahun ini. Setuju? - CARI
Best. Clap3x . Paling best part dia masak kuih tu, dramatik habis . And also, scene dia hand over kerja, klu buat aksi gitu betul2 kat real life, mahu kena bambu dek bos