View: 2514|Reply: 10
|
Rogol Rakan Facebook, Lelaki Dipenjara 14 Tahun, 22 Kali Sebatan
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki warga Singapura yang berusia 26 tahun dihukum penjara 14 tahun dan dikenakan 22 sebatan selepas merogol seorang wanita dari Malaysia.
Memetik laporan Straits Times, tertuduh Yap Jun Cheng merupakan seorang penganggur mengenali mangsa melalui laman Facebook pada tahun 2011.
Sehinggalah pada tahun 2013 mangsa menyatakan hasratnya ingin pergi ke Singapura untuk mencari kerja pada bulan Februari.
Dilaporkan, suspek berpura-pura memberi bantuan kepada mangsa dengan mengatakan akan mencari kerja dan rumah sewa untuk mangsa.
Ketika itu, mangsa dan tertuduh pada asalnya berjanji berjumpa di stesen keretapi di Singapura, tetapi tertuduh memberi pelbagai alasan untuk meminta mangsa mengikutnya ke rumah di Tampines.
Ketika di dalam rumah, suspek bertindak menarik mangsa ke bilik tidur, mengunci pintu dan merogol mangsa.
Suspek juga memaksa mangsa itu melakukan seks oral dan mangsa terpaksa akur kerana takut.
Sebelum mereka berdua keluar dari flat, Yap sekali lagi merogol mangsa di bilik tidur.
Difahamkan, sepupu ipar kepada mangsa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena semasa mengambil suspek yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Akhirnya mangsa menceritakan pengalaman pahitnya dan mereka kembali ke Singapura untuk membuat laporan polis pada hari berkenaan.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ish ish banyak sungguh kes rogol. Tapi silap mangsa juga pergi ikut tu buat apa??? Tak pasal2 kena rogol |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-LTS replied at 14-6-2017 12:41 PM
Seorang lelaki warga Singapura yang berusia 26 tahun dihukum penjara 14 tahun dan dikenakan 22 ...
sporkian? tak ku sangka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aper laa tak educated langsung jantan tu
Dah tentunyalaa minah tu pegi report polis
Korbankan masa depan sbb nak rasa sedap 2-3 minit
Skang ko merasalah pulak jadi lauk dlm penjara selama 14 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk penjara, padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya la pompuan tu.
mak pak skg tlg jgn potpet2 kat anak pompuan je suh jaga diri, ajar jgk anak lelaki supaya jgn aniaya wanita! |
|
|
|
|
|
|
|
dalam isle pun legal mahu pun di atas unta
|
|
|
|
|
|
|
| |
|