View: 6239|Reply: 31
|
Meriahkan Aidilfitri, Cuba Lemang Sushi Dari Kuala Pilah
[Copy link]
|
|
Jangan main-main dengan Kuala pilah kerana bukan sahaja terkenal dengan pelbagai produk makanan kampung, sekarang muncul pula satu inovasi baru dari negeri ini.
Lemang sushi berintikan serunding bakal mencipta fenomena apabila makanan ini sudah mula dipasarkan sejak Januari tahun ini.
Foto: mStar Online
Masih mengekalkan cara tradisional, ia dihasilkan dengan menggunakan santan dan beras pulut biasa serta dibalut dengan daun pisang untuk mengekalkan rasanya.
Apa yang istimewa adalah lemang sushi ini dibakar dalam sebuah ketuhar khas yang lebih menjimatkan masa.
Menurut pengusahanya, Zuriati Sulaiman yang juga satu-satunya pengeluar produk berkenaan di dalam negara ini, lemang sushi hampir sama dengan dengan lemang biasa dari segi fizikalnya.
Foto: mStar Online
Cuma yang berbeza adalah ia dijual berkonsepkan sejuk beku bagi memberi peluang kepada pelanggan dari jauh untuk sama-sama menikmati kesedapannya.
Malah cara masaknya juga sangat mudah iaitu dengan memasaknya semula secara kukus atau di dalam ketuhar gelombang mikro selama 20 minit.
Foto: mStar Online
Pulutnya padat dan yang lebih unik tentang lemang sushi ini adalah inti serunding ditengah-tengahnya dimasukkan menggunakan ternik tertentu tanpa bercampur dengan pulut.
Wah, nampak sedap dan buat kecur air liur! Kalau nak cuba sendiri untuk hari raya nanti bolehlah tengok di Facebook Zuriati Sulaiman. -CARI
Foto: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Kampung den ni haaaa... Tapi baru tahu kewujudan lemang sushi...nampak mcm sedap je...huhu laparrrr..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau balut dengan kepingan seaweed mesti lagi sedap dan menarik... |
|
|
|
|
|
|
|
Wow kreatif la diorang ni!! |
|
|
|
|
|
|
|
kreatif n sesuaiii good job |
|
|
|
|
|
|
|
wow!! inovasi!
good job bro |
|
|
|
|
|
|
|
adoi...terliuqq |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak menarik..tp xmkn sgt lemang..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Ala I tak makan lemang. Sushi pun I tak makan. |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya lemang sushi..aku bertahun dah buat lemang dalam foil paper. ori tak ori belakang kira! asal lemang mesti ada atas meja.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi lah cepat basi kalau dibiarkan lama di luar.
tak minat yg tak ori ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|