PETALING JAYA: Sekumpulan pemuda dirakam menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan yang mengedarkan kurma di bazar Ramadan di Kluang, Johor hari ini.
Berdasarkan rakaman video yang diterima FMT, kumpulan itu cuba menghalang Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Umar Ali serta pasukan mereka memasuki bahagian tertentu bazar.
Menurut Sheikh Umar, aktiviti mengedar kurma dan ramah mesra dengan pengunjung bazar berjalan lancar dengan kerjasama urusetia yang menguruskan bahagian gerai menjual makanan dan kuih-muih.
“Namun kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian…Kami dimaki, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda.
“Kami difahamkan urusetia yang menjaga kedua-dua bahagian ini adalah berbeza,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Sheikh Umar mendakwa salah seorang pemuda terbabit pernah menghalang mereka memasuki bazar di bandar Kluang pada 2014.
Sheikh Umar dilihat cuba menenangkan keadaan ditengah-tengah provokasi kumpulan itu. Mereka juga seperti mengancam memecahkan kamera pengunjung yang merakam kejadian itu.
“Bulan Ramadhan yang mulia ini tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran,” katanya.
Sementara itu, Liew, Sheikh Omar dan seorang ahli PPBM Radzali Mohd Noor membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kluang 10.00 malam tadi.
Post time 11-6-2017 12:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
DAP tak tau malu ke? Mereka tak faham ke yg bulan ramadhan, berbuka puasa, berbuat baik tu semua hak milik melayu umno saja. Yg dia org nak sibuk apesal?
Post time 11-6-2017 01:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Di Bazaar Ramadan yg kat tepi sungai depan Stesen Bus tu ke..
Tahun lepas aku ada jejalan kat sini..ada sorg budak pompuan India buat inai..jauhhhh nun terselit kusi n meja dia, kesian pulak aku tenguk nya..aku buat la inai kat dia..murah je..cantik pulak tu