CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10144|Reply: 90

Kali Ini Tiada Selipar Terbang, ' Makcik Hajah' Pula Mengamuk Di Stesen Minyak

[Copy link]
Post time 7-6-2017 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Selepas kejadian 'selipar terbang'yang menjadi perbualan hangat sebelum ini, ramailah pihak tampil melontarkan pandangan masing-masing dan tidak kurang juga yang mula memandang sinis terhadap kaum Hawa.


Sifat lemah lembut dan sopan santun yang sepatutnya menjadi lambang seorang wanita nampaknya semakain terhakis nilainya pada zaman kini.


Sebuah video yang dimuat naik di FacebookEffendiey Ismailsemalam menunjukkan seorang lagi wanita yang mengamuk sambil melemparkan kata-kata kesat.





Rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat itu menyaksikan bukti yang menunjukkan wanita terbabit menjerit, memaki hamun serta mengeluarkan isyarat lucah untuk melepaskan marah.

Kali ini kejadian berlaku di sebuah stesen minyak Shell di Bukit Senyum. Menurut status yang dimuat naik, makcik yang digelar sebagai 'Hajah Heathrow' itu mengamuk sakan kerana mendakwa Effendiey menghalang laluannya semasa hendak keluar.


Tak cukup dengan itu, siap membodoh-bodohkan lelaki tersebut dengan perkataan-perkataan yang kasar dan lucah, tak padan dengan penampilannya yang bertudung labuh.

"Kau ingat apa aku perempuan tak berani ke, "B*T*H"



Seorang lelaki muda yang berada di tempat duduk belakang cuma sesekali kedengaran menyampuk sementara lelaki yang berada di tempat duduk sebelah kereta pula keluar dan mengambil gambar motor Effendiey.


Mungkin niatnya mahu menjadikan kejadian terbabit viral, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya apabila video yang dirakam Effendiey ini telah menjadi tular terlebih dahulu dengan lebih dari 5 ribu perkongsian.






Netizen yang melihat rakaman ini kebanyakannya mengutuk perbuatan wanita tersebut yang dianggap keterlaluan.

"Benda kecil kau nak kecoh, pintu ada dua kot, lalu jela sebelah tak payah maki orang."
"Tau la badan kau besar tak muat nak lalu, tapi bulan puasa ni sayitan kena ikat kau pulak jadi sayitan."
"Alahai sorang lagi akak mengamuk, nasib tak baling selipar."



Apa pun, jangan membuat spekulasi bukan-bukan dahulu kerana hanya cerita sebelah pihak yang diketahui setakat ini. Kita tunggu sahaja mungkin akan ada penjelasan dari mereka yang menaiki kereta Swift itu nanti. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengalah jela ngn org lebih tua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 11:18 AM | Show all posts
sikit2 nk bideo - viral

semua org ada henpong kekdah nye...

skrg klu keluar kena hati2, silap sikit jd femos amos
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai pulak manusia sakit mental di bulan puasa ni..bawak2 bersabar macikk.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 11:24 AM | Show all posts
yang pasti dua2 lapar perhatian

ko pn sama la wahai budak..kalau ko mengalah tak salah pn

ko pn sama nk saham kongsi dosa mengumpat mengutuk org

benci btl aku zaman skg ni sikit2 nk viral

batak like ke cane?

cc: @beautifulliar @WhiskeyScotch @WhiskeyScotch
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
errmm...mcm2 hal...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
abg yg pegang sikat tu awat tak tenangkan makcik tu dulu,  bulan puasa kan..  
musim makcik2 meroyan

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 11:42 AM | Show all posts
alahai dek pendi, kena keji bodoh sikit dah sentap ke
org nak viral dia pun nak viral
yg ko pegi blok pintu kenapa..? dia badan beso mana muat sebelah pintu

acik pun bawak2 la betenang skit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ish ish ish mokcik mokcik. Kan dah femes! Malu kat cucu je! Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 11:53 AM | Show all posts
dulu2 org ckp kat aku, dalam bulan puasa takder setan...

tapi thn nie byk pulak setan tak kena ikat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 11:58 AM | Show all posts
setan dah evolve jadi manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:05 PM | Show all posts
bile ptg bersabar, bila mlm dh buka pose hilang semua sbr tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat benar darah naik bulan puasa ni ye. Pasal ni la aku malas nak kuar2 gi makan ke, bazaar ke.. orang mcm makin ramai yg stress n mental. Mengapakah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:14 PM | Show all posts
posa2 ni perut lapar kut...
tu pasal cpt betul naik angin kan..
posa2 ni bukan posa x makan, x minum jerk makcik oiii

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:23 PM | Show all posts
perut lapa punye pasal, segala b*t* keluar, bawak mengucap lah acik oiii, buat penat je puasa
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:35 PM | Show all posts
semua org sibuk nk buka aib org.


ape ertinya Ramadhan kat korang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal depa ni sikit sikit viral ye? No balls. Lembek.

Semalam sorang mamat ni berkopiah bekejar balik menyelit  langgar side mirror aku. Orang semua pandang dia baru berhenti kat depan angkat tangan. Sorang pakcik ni pulak yg lalu ngan motor berhenti kat kereta aku tolong betulkan. Cuba kalau aku marah, sure kena viral dengan tiket kemenangan dia berterawih bagai. Mana kesabaran dia sementelah baru balik beribadat. Pakcik tu pulak yg baik hati pi betulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:40 PM | Show all posts
perlu ke nak viralkan?

hadap jela kena maki situ. takyahla ajak org lain sama2 maki pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu family gemuk gedempol.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 01:25 PM | Show all posts
ade jugak setan betina terlepas?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.073217 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list