View: 1421|Reply: 7
|
Arab Saudi Bertindak Tutup Pejabat Al-Jazeera Di Qatar
[Copy link]
|
|
sumber: SPA
Selepas memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, selain menutup ruang udaranya kepada negara itu, Arab Saudi menutup pula pejabat rangkaian berita satelit berpangkalan di ibu kota Qatar, Doha, – Al Jazeera.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan keputusan itu diambil selepas Al Jazeera didakwa mempromosikan kumpulan pengganas, menyokong militan Syiah Houthi di Yaman dan cuba untuk memecah-belahkan barisan pegawai kanan kerajaan dengan menghasut mereka meninggalkan Arab Saudi dan mengancam kedaulatan kerajaan Arab Saudi
“Kementerian Kebudayaan dan Komunikasi telah menutup pejabat Al Jazeera di Riyadh, Arab Saudi dan membatalkan lesen penyiarannya,” lapor SPA.
Dalam kenyataannya, Al Jazeera berkata, pihak berkuasa Arab Saudi telah memulakan langkah membatalkan lesen penyiaran stesen televisyen itu dan mengarahkan warga negara itu yang bekerja dengan Al Jazeera supaya pulang ke rumah.
Semalam, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar dan mengarahkan diplomatnya meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh. Apa plak di Qatar. Pejabat alJazeera di Riyadh la yang kena katup
|
|
|
|
|
|
|
|
al jazeera bukan arab punya kan..
napa dia nak tutup ofis kat qatar pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Sotong aljazeera di KL gigih nak jatuhkan kerajaan pun takde disuruh tutup. Malaysia pandang rendah gak kebolehan qatar .Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr2 yaman pn ptuskn hubngn dgn qatar |
|
|
|
|
|
|
|
Isle vs Isle = Kafir tepuk tangan |
|
|
|
|
|
|
|
bongok weyy ubah la tajuk bangang tu
“Kementerian Kebudayaan dan Komunikasi telah menutup pejabat Al Jazeera di Riyadh, Arab Saudi dan membatalkan lesen penyiarannya,” lapor SPA. |
|
|
|
|
|
|
| |
|