Dimakan panas-panas sedap, dimakan sejuk-sejuk pun lagilah sedap. Cuba teka agak-agaknya makanan apa yang dimaksudkan?
Ya, Tau Fu Fah! Tipulah kalau tak suka, teksturnya yang lembut dan rasanya yang manis pasti membuka selera sesiapa sahaja.
Biasanya kita beli di pasar atau di gerai tepi jalan, apa kata bulan puasa begini cuba sendiri di rumah dengan memberi sedikit kelainan padanya.
Foto: Vitdaily
Persis Tau Fu Fah yang asli, resipi kali ini lebih istimewa kerana diperbuat dari agar-agar.
Tak susah langsung, resipi ini cuma memakan masa 15 minit je untuk dihasilkan.
Bahan-bahan:
Foto: FB Azrina Razali
1. 2 kotak besar air soya 2 kotak (2 Liter)
2. Agar-agar tali/jelly strips (26gm)
3. Air kosong 2 + 3/4 cawan utk larutkan agar-agar (**kalau guna agar-agar 20g, guna air 2 cawan sahaja)
4. Daun pandan
Cara-cara
1. Larutkan agar-agar dengan air dan masukkan daun pandan ke dalamnya.
2. Lepas agar-agar larut, tuangkan dua kotak air soya tadi dan panaskannya.
3. Tapis dahulu sebelum masukkannya ke dalam bekas.
4. Biarkan sejuk dahulu sebelum masukkannya ke dalam peti ais. Bancuh air gula merah dan masukkannya ke dalam puding yang dihasilkan tadi.
Memang ringkas, sesuai sangat kalau nak buat untuk buka puasa nanti. Anak-anak pasti berulang makan sebab bukan sahaja sedap menjimatkan pula tu.
Selamat mencuba! -CARI