Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian. Tengah lapar ni apa yang pertama sekali korang cari. Cari restoran nak makan lah kan. Tapi kat mana korang cari tu adakah menggunakan laman Cari.com.my atau type jer kat Mr Google. Tapi sekarang dah lebih mudah nak cari menggunakan aplikasi mobile mencari tempat makan di serata Malaysia.
Bagaikan trend sekarang ni ada pelbagai aplikasi yang menyediakan khidmat mencari dan menreview tempat makan yang menarik. Antara contoh aplikasi mencari tempat makanan paling mudah adalah Jalan-Jalan Cari Makan dulu daripada program tv sekarang dah keluarkan applikasi mobile dalam phone. Ada juga yang dibangunkan oleh anak tempatan seperti JomMakan, MakanJom dan juga Kampung Baru Food Heaven yang diusahakan oleh Perbadanan Kampung Baharu KL.
Kemudian datang pula aplikasi daripada luar negara yang juga menyediakan khidmat yang hampir sama seperti OpenRice dan HungryGoWhere apps dari Singapura dan Zomato apps dari India. Apa faedahnya semua ini kepada kita selaku pengguna. Mana aplikasi yang terbaik buat kita.
Bagi Maha semua ada kelebihan masing-masing dan juga ada kegunaannya tersendiri nak hurai satu-satu kat sini panjang lebar pulak. Yang penting adalah matlamat mereka memudahkan kerja pengguna seperti kita nak mencari tempat makan yang betul-betul menjadi tumpuan orang ramai. Sebelum ni kita hanya tahu hebahan dari mulut ke mulut sahaja tentang kesedapan satu-satu tempat makan betul tak.
Sekarang ni kita dah boleh tengok komen dan juga review daripada pelanggan-pelanggan yang pernah datang makan kat situ. Adakah tempat makan tu bersih ker, atau tempat makan tu sedap sangat ker atau juga tempat makan tu ada masalah dengan pekerja. Sebab kebanyakan komen yang di berikan pelanggan adalah ikhlas kerana mereka pergi sendiri restoran tu.
Kepada pengusaha makan pun aplikasi macam ni membantu mereka juga nak dapatkan feedback daripada pelanggan. Jangan orang kata berniaga syok sendiri jer nanti silap-silap jadi viral kerana makan tak seperti mana service yang sepatutnya. Jadi semua ini memudahkan pengguna dan peniaga. Cuma kena guna dengan cara yang betul jangan asyik kerja nak hentam orang jer.
Mesti korang bertanya juga apa bezanya aplikasi seperti ini dengan blogger? Blogger ini lebih kepada individual punya review dimana mereka akan menulis berdasarkan apa yang penulis tu rasai sendiri. Jadi tak ada beza yang ketara juga cuma fokus blogger untuk perkongsian tetapi aplikasi ini lebih kepada perkhidmatan kepada pengguna.
Tak kisahlah berapa banyak aplikasi yang bakal muncul tak lama lagi tapi yang penting mereka sentiasa memberi pekhidmatan yang terbaik dan review yang jujur agar semua orang mendapat manfaatnya. Jangan sekadar nak kumpul jumlah download yang banyak jer tapi sebenarnya kosong hanya banyak iklan sebab nak jana duit.
Pengguna juga gunakan aplikasi ini sebaik mungkin tak kisah mana satu korang nak muat turun tapi yang pasti akhirnya matlamat nak cari tempat makan yang sedap tercapai. Kalau yang ada promosi atau diskaun tu lagi bagus dapat menjimatkan kos makan korang. So jadi pengguna yang bijak untuk perbelanjaan yang selamat. Maha sendiri pun kadang-kadang confuse nak guna mana satu akhirnya pergi cari sendiri jer.
Lepas ni tiada lagi alasan nak cari tempat makan susah atau tiada idea semuanya dihujung jari jer. Kalau susah-susah juga pergi jerk e blog makanan. Kalau nak jadi peniaga ini masa nak gunakan kemudahan review daripada blogger. So guna yang mana terbaik ok. Selamat mencuba semua.