|
Macam-macam gelagat yang dikongsikan di laman sosial Instagram buat kebanyakan artis samada tempatan mahupun antarabangsa sebagai satu cara untuk berkomunikasi dengan peminat masing-masing.
sumber : internet
Memetik laporan Mstar, vokalis The Majistret iaitu Akim Ahmad baru-baru ini memuat naik gambar di laman sosial Instagram yang memperlihatkan sebelah kanan matanya bengkak mendapat perhatian netizen.
Menurut perkongsian tersebut, Akim yang kini berada di kampung isterinya Stacy di Penampang, Sabah berkata matanya terkena serangan penyengat.
"Mata bengkak kena gigit penyengat rasanya ni, dugaan Ramadan" tulisnya yang turut memuat naik foto serangga tersebut.
Perkongsian tersebut turut menerima lebih 16,000 like dan 378 komen peminat yang mendoakan agar penyanyi lagu Mewangi itu cepat sembuh.
Dalam pada itu, Netizen yang prihatin turut berkongsi petua-petua untuk mengurangkan bengkak dan bisa serangga berkenaan.- CARI
|
|