|
Jarang berkongsi perihal tentang suaminya di media sosial, ada pula pihak yang mendakwa rumahtangga Nabila Huda kini sedang berantakan.
Mengulas mengenainya, pelakon berusia 32 tahun ini menjelaskan dia sebenarnya langsung tidak mengambil pusing tentang semua spekulasi itu.
Sebaliknya menegaskan yang dia lebih selesa berkongsi tentang perkembangan kerjanya berbanding peribadi bagi mengekalkan privasi.
Foto: IG Nabila Huda
"Tak mahulah sering berkongsi gambar bersama suami nanti ada pihak yang naik 'muak' kerana sering menayang kebahagiaan, namun ia bukan bermakna saya menyembunyikan apa-apa.
Sekiranya ada masa indah atau saya rasa hendak bergambar bersama suami, jadi adalah. Kalau tidak, saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan teman rapat," kata Nabila kepada Berita Harian Online.
Foto: IG Nabila Huda
Nabila dan Izwan, 33, sebelum ini telah diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada 25 Disember 2015.
Bila tak tayang tuduh bukan-bukan, kalau terlebih tayang meluat pula. Apa yang pasti memang susah nk puaskan hati semua pihak, jadi buat sahaja apa yang menggembirakan diri sendiri.Tak begitu?. -CARI
Foto: IG Nabila Huda
|
|