View: 2142|Reply: 18
|
Tuduhan Gagal Isytihar Punca Perolehan, Bekas Ketua Siasatan Jenayah KL Dibebask
[Copy link]
|
|
sumber : Utusan Online
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan gagal mengisytiharkan punca perolehan dalam surat akuan bersumpah, tiga tahun lalu.
Memetik laporan Bernama, hakim Sohaini Alias membuat keputusan itu, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Chin Wah dituduh dengan sengaja gagal mematuhi terma Notis Pendakwa Raya mengikut Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013, apabila dia gagal mengisytiharkan segala punca perolehan dalam surat akuan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.
Chi Wah menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 49(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lufti Mohamed manakala Chin Wah diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
bapak aku dulu polis. bapak aku cakap kalau rumah ko ada rumah lektrik atau volvo (bende bende mewah) sekejap je BPR jadi jiran sebelah rumah. ;
|
|
|
|
|
|
|
|
bapak aku dulu polis. bapak aku cakap kalau rumah ko ada rumah lektrik atau volvo (bende bende mewah) sekejap je BPR jadi jiran sebelah rumah. ;
|
|
|
|
|
|
|
|
ketua kampung akak bekas sprm, dia ckp tiap2 minggu pindah sebelah rumah polis |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 26-5-2017 04:21 PM
bapak aku dulu polis. bapak aku cakap kalau rumah ko ada rumah lektrik atau volvo (bende bende mewah ...
dulu lain...sekarang lainlah makngah |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 26-5-2017 01:02 PM
ketua kampung akak bekas sprm, dia ckp tiap2 minggu pindah sebelah rumah polis
bapak aku dulu jahat jugak. tapi pandai pandai la. kalau bapak aku tak berenti sudah jadi timbalan ooo sekarang
jadi polis ni kalau bab tahan sedara sendiri yg amat berat sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat loyar keling nih |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama dah tak dengar orang sebut BPR tu. hampir terlupa tu nama lama SPRM.
|
|
|
|
|
|
|
|
skinsandstars replied at 26-5-2017 02:56 PM
dah lama dah tak dengar orang sebut BPR tu. hampir terlupa tu nama lama SPRM.
BPR aktif masa polis masih seragam biru |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 26-5-2017 10:58 PM
BPR aktif masa polis masih seragam biru
skrg polis seragam apa |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 26-5-2017 05:09 PM
skrg polis seragam apa
hitam. bapak aku dulu pangkat tinggi warna coklat.polis 1980-1990 warna coklat.
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe,
warna coklat mcm seragam polis india
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dah boleh gi spital cek mata & bertabahlah dibulan puasa ni kalau doktor terlepas cakap awak colour blind... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu kan ada kes mamat tulis dlm FB polis makan rasuah, terus kena tahan pasal tulisan dia |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 27-5-2017 05:55 AM
hitam. bapak aku dulu pangkat tinggi warna coklat.polis 1980-1990 warna coklat.
Warna hitam tu bukan ke pegawai penjara?
Anak sedara i baru jd polis elok je uniform dia dark blue.. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 27-5-2017 12:29 AM
Warna hitam tu bukan ke pegawai penjara?
Anak sedara i baru jd polis elok je uniform dia dark blu ...
semenjak bapa wa berenti polis wa sudah talak pegang baju polis. wa tgk hitam dlm gggerak khas
baju talak.penting. yang pentng paku kiri kanan. |
|
|
|
|
|
|
|
my father pun sempat pakai baju kaler coklat cair sampai tahun 1993,baru dapat arahan tukar uniform kaler dark blue mcm sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|