Walaupun sudah lama bercerai, hubungan Hrithik Roshan dan Sussanne Khan sememangnya masih utuh dan baik.
Baru-baru ini aktor kacak tersebut dilaporkan telah menghadiahkan rumah mewah kepada bekas isterinya itu.
Menurut laporan Mirror, Hrithik membeli rumah tersebut untuk menjamin keselesaan anak-anaknya.
 Foto: IG Hrithik Roshan
"Hrithik telah memberi hadiah sebuah rumah untuk bekas isterinya kerana ingin memastikan Sussanne dan anak-anaknya tinggal berdekatan.
"Rumah tersebut dikatakan tidak jauh daripada tempat tinggal Hrithik dan ia juga bagi memudahkan mereka untuk keluar bersama.
"Sussanne dan juga anak-anaknya akan berpindah ke rumah baru tersebut dalam masa terdekat ini," kata sumber.
Hrithik dan Sussanne dikurniakan dua orang anak lelaki , Hrehaan Roshan dan Hridhaan Roshan sebelum berpisah pada November 2014. -CARI
 Sussanne, Foto: Instagram
|