Seorang budak perempuan ditarik ke dalam air oleh seekor singa laut di Jeti Steveston yang terletak di Vancouver, Kanada.
Paparan video jelas menunjukkan singa laut itu pada mulanya berenang di permukaan air sebelum menyambar baju dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke dalam air. Aksi spontan itu sekaligus mengejutkan pelancong yang berada di tempat kejadian.
Kedengaran segelintir pelancong bertutur dalam bahasa Mandarin.
Dilaporkan, datuk kepada mangsa segera terjun ke laut untuk menyelamatkan cucunya. Mujurlah mangsa tidak lemas dan tiada sebarang kecederaan.
Berdasarkan peraturan Mamalia Marin Canada, selain ketika menangkap ikan, sesiapa pun tidak dibenarkan mengganggu haiwan mamalia di lautan.
Menurut laporan CBC, singa laut yang terdapat di video itu mengunjungi Jeti Steveston sepanjang tahun. Salah satu sebab singa laut menjadi malas adalah kerana manusia sering memberi makanan kepadanya.
Walaupun terdapat papan tanda yang melarang orang ramai memberi makanan kepada singa laut, namun masih ramai pelancong yang mengingkari peraturan tersebut.
Pakar haiwan mamalia lautan berkata, singa laut tersebut telah biasa diberi makanan oleh orang ramai, jadi apabila budak perempuan itu berada terlalu dekat dengannya, singa laut itu mungkin menganggap baju budak perempuan itu adalah makanan.- CARI
Nasib selamat, sebab tu haiwan liar kena sentiasa dianggap liar bila2 masa ia boleh bertindak diluar jangkaan. Kalau dah ada larangan jangan bagi makan tu follow je le arahan tu demi keselamatan.