CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4683|Reply: 0

Islam Larang Suami `Pancut Luar’ Tanpa Sebab

[Copy link]
Post time 22-5-2017 04:24 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Islam melarang umatnya melakukan pencegahan kehamilan termasuk mengeluarkan air mani di luar rahim tanpa sebab munasabah kerana perbuatan itu akan mengurangkan bilangan umat Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, anak-anak merupakan rahmat dan warisan agama maka membanyakkan anak yang soleh bererti mengukuhkan kekuatan dan kedudukan umat Islam.

“Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal’. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan daripada mengandung.

“Namun oleh kerana wujudnya hadis muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini,” katanya di Facebook baru-baru ini.


Beliau menjawab soalan netizen sama ada perbuatan mengeluarkan air mani di luar rahim sebagai kaedah merancang keluarga dianggap menolak kurniaan Allah S.W.T atau membunuh benih.

Mohd. Asri berkata, hasrat mencegah kehamilan disebabkan bimbang kepapaan, kekurangan rezeki atau kurang kemewahan adalah haram kerana tidak meyakini rezeki Allah.

Bagaimanapun, katanya, jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan, terancam atau dalam bahaya seperti peperangan serta ancaman pihak lain maka ia diizinkan.

“Perlu diingatkan oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (orgasm), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.

“Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri, demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.202984 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list