CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2466|Reply: 1

Persediaan Kewangan Sebelum Bersara

[Copy link]
Post time 22-5-2017 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 7-8-2017 11:25 AM

Sudah pasti setiap daripada kita akan menempuhi alam persaraan. Malah sudah tentu setiap individu telah melakukan persediaan kewangan awal sebelum bersara. Hal ini, penting kerana ingin memastikan sewaktu bersara seseorang itu mempunyai wang persaraan yang mencukupi demi menjamin kehidupan selesa dan berkualiti.

Oleh yang demikian, perancangan awal perlu dimulakan walaupun tempoh persaraan anda mungkin memakan masa berpuluh tahun lagi. Namun, anda perlu peka terhadap peningkatan kos kehidupan yang berubah saban hari. Hal ini yang akan mengakibatkan anda perlu mencari beberapa sumber pelaburan yang boleh meningkatkan sumber kewangan persaraan anda.

Berikut antara tips yang boleh diguna pakai dalam menyediakan persediaan kewangan sebelum bersara.

Membeli Insurans
Pembelian insurans dari usia muda adalah adalah tindakan bijak demi menghadapi kos rawatan dan perubatan yang semakin meningkat. Ini termasuk perlindungan jika individu yang dilindungi hilang upaya atau penyakit kritikal. Di dalam keadaan anda tidak mempunyai pendapatan tetap. Sudah pasti anda ingin mengurangkan beban kewangan dan menjamin kualiti hidup serta tahap kesihatan selepas bersara.

Mula Melabur
Jangan hanya bergantung kepada wang simpanan pekerja dan pencen semata-mata sebagai persediaan persaraan. Jalan terbaik untuk menambah wang simpanan adalah mulakan dengan pelaburan. Pelbagaikan pelaburan anda seperti melabur dalam unit amanah, skim persaraan, dan pelaburan hartanah. Melabur dalam hartanah tidak akan menjadi suatu kerugian kerana harga hartanah semakin hari semakin meningkat.

Bebas Hutang
Menjadi salah seorang bebas daripada bebanan hutang adalah menjadi impian setiap individu. Oleh itu, pastikan beberapa tahun sebelum tempoh persaraan anda telah melangsaikan 80% hutang yang masih tertangguh. Sebagai contoh, hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan sewa beli kenderaan. Namun,apa yang paling penting elakkan menambah hutang baharu yang mengenakan kadar faedah yang tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2017 03:01 PM | Show all posts
Jom Bersama Kami Menjadi Leader Networking

Semua boleh join..surirumah, student, yang nak buat partime pun ok.  Kami ada produk killer yang ada sijil KKM..produk untuk wanita bagi sihat luar dan dalam..tak lupa untuk lelaki pun ada. marila join jadik pioneer team, syarikat masih baru dan dah ada lesen AJL. Pelan perniagaan pun mudah dan pasti meletop.

kalau berminat boleh call pejabat 06-3376919 /018-2264172/0187774435..wasap pun ok   nk email pun boleh huzammarketing@gmail.com...jomssss bersama-sama kami menambah pendapatan keluarga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.147546 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list