|
DJ Dave sedang jejaki Toki. #88 Nafi masih menagih
[Copy link]
|
|
Sumbatjerdalampusatserenti |
|
|
|
|
|
|
|
Nape la jadi taik dadah..pyh nk pulih tau |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah atas usaha itu. I pun nak menghanjingkan @zed_zaidi juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-5-2017 05:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by JeepersCreepers at 24-5-2017 05:03 PM
PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berjaya menjejaki penyanyi terkenal era 90-an, To'Ki selepas kisah kesusahannya menjadi tular di Facebook sejak minggu lalu.
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, pada pertemuan yang diadakan di Batu Caves pada Rabu, pihaknya cuba menyelami isi hati selain mendengar masalah sebenar penyanyi itu.
"Alhamdulillah sebelum kami datang bertemu dengannya kami menelefonnya terlebih dahulu dan dia bersetuju berjumpa hari ini.
"Dia tidak menghilang pun malah ketika kami beritahu hendak berjumpa dengannya dia mengalu-alukan kedatangan kami.
"Selama sejam pertemuan tadi, kami banyak mendengar tentang masalah sebenarnya selain cuba menyelami isi hatinya yang tidak orang tahu sebelum ini," katanya kepada mStar Online. |
|
|
|
|
|
|
|
JeepersCreepers replied at 24-5-2017 05:02 PM
PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berjaya menjejaki penyanyi terkenal era 90-an, ...
So apa hasilny. Mat pit ke idok? |
|
|
|
|
|
|
|
JeepersCreepers replied at 24-5-2017 05:02 PM
PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berjaya menjejaki penyanyi terkenal era 90-an, ...
Kena pow tak sepoloh hengget? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-5-2017 08:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
To'ki Kesal Dituduh Menagih, Jadi Peminta Sedekah
Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 5:31 PM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/ ... ?w=50&h=50Oleh: JEMANG RAHMAN
ahmad.azman@thestar.com.my
image: http://www.mstar.com.my/~/media/ ... 13&crop=1&/
To'ki berkongsi cerita dimanakah dia menghilang selama ini. FOTO: SAM THAM
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Susulan foto seorang peminat bersama To'ki menjadi tular di laman sosial baru-baru ini, pelbagai pihak cuba mencari penyanyi itu selepas dia diberitakan berada dalam kesempitan hidup.
Justeru, pihak Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) berjaya menemukan To’ki dan mengadakan satu sidang media khas bersamanya pada Jumaat.
Dalam sidang media yang berlangsung di pejabat urusan YA1M itu, To'ki meluahkan kekecewaan apabila ada pihak menuduhnya masih menagih dadah.
"Saya dah berusia setengah abad dan saya kesal hanya dengan sekeping gambar, orang terus menuduh saya penagih tetapi tahukah mereka setiap hari saya mengambil Suboxone (pil merawat ketagihan dadah) untuk menahan gian itu?
"Sebenarnya orang keliru pada gambar yang dikongsi seorang peminat yang menjadi viral minggu lepas di mana pada ruangan komen posting itu turut dimuatnaik gambar lama saya yang masih menagih dan ini amat mengecewakan saya, " katanya kepada pemberita.
Sidang media itu turut disertai Presiden YA1M, Datuk DJ Dave.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... b4930077.ashx?la=en
To'ki (kanan) bersama DJ Dave (tengah) dan pihak YA1M.
Dalam pada itu To'ki memberitahu dia sebenarnya berterima kasih kepada peminat yang memuatnaik gambar tersebut sehingga membuka mata pelbagai pihak dan persatuan untuk menghulurkan bantuan.
Mengenai kisah kehilangannya sebelum ini, kata To'ki ia disebabkan studionya yang terletak di Batu Caves, Gombak dipecah masuk tiga tahun lalu sehingga dia mengalami kerugian dan hilang arah.
"Di situlah tempat saya berkarya, mencari rezeki tetapi bila semuanya hilang, saya jadi hilang arah. Bukan soal berapa kerugian tetapi nilai sentimental barang-barang yang ada di dalam studio itu antaranya sebuah trofi kemenangan saya sebagai Komposer Terbaik Asia (1999) menerusi lagu Zikir Kasih dendangan Amir Ukays,” katanya.
Rentetan kejadian itu kata To'ki, dia menyepikan dari industri namun masih bernasib baik kerana diberi peluang beberapa komposer antaranya Datuk M. Nasir untuk membuat lagu.
Di satu sisi, pelantun lagu Biasan ini turut menafikan dakwaan mengatakan kesusahan hidup membuatkan dia sanggup mengemis.
"Saya masih sihat dan masih berkarya walaupun mungkin tidak seaktif dulu dan dakwaan mengatakan saya mengemis itu tidak wajar dan sesuatu yang memalukan saya.
Katanya lagi, sehingga kini dia dalam proses menerbitkan dua buah single terbaru berjudul Baiyati dan Perunding Jiwa dan berharap pihak YA1M membantu dari segi mempromosikan karyanya itu secepat mungkin.
Sementara itu, DJ Dave memberitahu, pihaknya akan cuba membantu membawa To'ki menyertai persembahan pentas sekali gus mampu menjenamakan balik namanya.
"Saat bertemu To'ki, dia menyatakan dirinya masih sihat dan masih berkarya dan lazimnya YA1M selaku persatuan yang menyalurkan kebajikan kepada artis yang sakit dan tiada keupayaan.
"Namun atas budi bicara, kami sedia membantu beliau walaupun bukan berupa sumbangan, tetapi mungkin membawa To'ki bersama menyertai setiap aktiviti show yang membabitkan YA1M," katanya.
Kisah To'ki menjadi tular di Facebook apabila seorang peminat Ungku Lokman memuatnaik gambar bersama To'ki dalam keadaan daif di sebuah stesen minyak.
Susulan itu, beberapa persatuan seni mula mencari To'ki termasuk Seniman dalam usaha mengenalpasti masalahnya.
Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 86HVCREejJYKh6PH.99 |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dj dave .. prihatin ., |
|
|
|
|
|
|
|
dia baran kan...pernah pukul bini dgn iron..
moga ada peluang ke dua..
@mat_arop dia xde ke sbg calon gv4 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-5-2017 11:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
bambimo replied at 28-5-2017 10:54 AM
dia baran kan...pernah pukul bini dgn iron..
moga ada peluang ke dua..
@mat_arop dia xde ke sbg c ...
Sadisnyaa |
|
|
|
|
|
|
|
Lainnya muka dia skrg..mcm muka adjust je. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap betullah apa yg dia kata.
Kesian jugak dah separuh abad mesti dia nak berubahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
JeepersCreepers replied at 27-5-2017 08:02 AM
To'ki Kesal Dituduh Menagih, Jadi Peminta Sedekah
Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 5:31 PM
image: ...
Dlm video mstar tu
nmpk mcm jenuh nak cover
ats apa dh jd pd die
Apa2 pun ruang dan peluang dh terbuka
buatlh btul btul
jg kepercayaan org tu
Btw br tau dark life die
Lagu best die biasan...hampa dan naluri cinta duet dgn rohana jalil
smpi ajl1994 ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols ni jenis percaya peluang kedua.. so iolss doakan toki berenti la mendadah n get ur ass back together.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu2 toki mmg best laa..tp tue laa jd mcm nie plak..gilap balik..ade sinar lg...lagu biasan mmg best jgk... |
|
|
|
|
|
|
|
harus buat come back kat GV dengan kak ana |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 28-5-2017 01:21 PM
Dlm video mstar tu
nmpk mcm jenuh nak cover
ats apa dh jd pd die
Apa dark life dia you? |
|
|
|
|
|
|
|
abis wife dia skrg mana.. xkan dibiarkan laki jd mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh mendadah, marah pulak bila di kata tahi dadah |
|
|
|
|
|
|
| |
|