CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7961|Reply: 76

[Jenayah] (Update: 7 samseng SERAH diri #1) Owner kereta Axia ajak geng BELASAH penjaga pa

[Copy link]
Post time 19-5-2017 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 20-5-2017 03:19 PM

7 suspek belasah penjaga letak kereta serah diri
19 Mei 2017 9:25 PM

KUALA LUMPUR 19 Mei - Tujuh daripada 11 suspek termasuk pemilik kenderaan yang terlibat dalam insiden memukul seorang penjaga tempat letak kereta di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi menyerah diri hari ini.
               
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, ke semua suspek berusia dalam 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

Setakat ini hanya tujuh orang sahaja menyerah diri dan kita masih lagi mengesan baki suspek terlibat dalam kes ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian berlaku pukul 7 malam tadi, seorang penjaga tempat letak kereta cedera selepas dibelasah 11 lelaki berikutan mangsa bertindak mengunci tayar kenderaan Perodua Axia milik suspek di HKL kerana menghalang kenderaan lain untuk keluar.

Berikutan itu mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan di kepala, muka, kaki dan tangan akibat dipukul oleh kumpulan lelaki tersebut.

Ditanya mengenai keadaan mangsa, Mohd. Sukri menjelaskan, lelaki berkenaan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital yang sama dan keadaan dilaporkan stabil.

Ujarnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh - UTUSAN ONLINE

Friday, 19 May 2017 | MYT 2:25 PM
HKL parking attendant beaten up … for doing his job!

DANG WANGI: A parking attendant here was apparently badly beaten up by an irate driver, just for doing his job.

The parking attendant was doing his rounds at the Hospital Kuala Lumpur multi-level parking lot when he noticed a hatchback doubled-parked and blocking other cars.

Acting upon the instructions of the parking lot's management, the attendant clamped the car's tyres at around 7pm.

When the car owner learned about this about an hour later, he became enraged and called about 10 of his friends to beat up the parking attendant.

The parking attendant suffered injuries on his head, face, legs and feet.

"Police managed to trace one of the suspects, who will be giving himself up," said Dang Wangi OCPD Asst Comm Mohd Sukri Kaman.

The case is being investigated under Section 147 of the Penal Code.

Penjaga parkir dibelasah kerana mengunci kereta
19 Mei 2017

KUALA LUMPUR  - Penjaga parkir di Hospital Kuala Lumpur dibelasah sekumpulan lelaki kerana mengunci sebuah kereta yang menghalang laluan kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, semalam, penjaga parkir di tempat letak kereta bertingkat di hospital tersebut telah mengunci sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Menurutnya, ia berikutan kereta tersebut telah menghalang kenderaan lain untuk keluar.

"Selepas satu jam mengunci kenderaan tersebut, pemilik kereta bersama kira-kira 10 orang rakannya telah bertemu dengan penjaga parkir tersebut.

"Penjaga parkir itu telah dipukul berkali-kali oleh kumpulan tersebut," katanya.

Beliau berkata, insiden tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, muka, kaki dan tangan.


Katanya, hasil laporan yang diterima, pihaknya telah mengesan salah seorang individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Tambahnya, individu terbabit akan tampil menyerah diri pada jam 2 petang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimak nya perangai kau dek, harap harap mampus accident
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:38 PM | Show all posts
pondan lorong nak belasah pak gad pun kena panggil kawan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:39 PM | Show all posts
kuangjag la ni, dah la buat salah ajak gang pukul org pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:40 PM | Show all posts
bodoh..dh ko hlg keta org nape??klu kena kt diri sendiri keta kena blok ko xmrh??pulak tu g pggil geng..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:42 PM | Show all posts
berani dengan geng, sorang2 kecut telo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2017 04:45 PM | Show all posts
mesti paria ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:46 PM | Show all posts
Bengap. Settle elok2 tak boleh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 04:47 PM | Show all posts
panggil rama ramai belasah sorang pak guard... mcm harey perangai
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh la nak pukul2 org ni. Suka2 je nak pukul org. Moga diberi balasan yg sama baru tau camne rasanya kena belasah kaw2. Bonggok otak letak kat kaki tu la jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang punya perangai. Lepas lobai kon dan mat over sampah, kini samseng menular ke hospital pulak! Bila dah samseng2 cilake ni nak mampos???
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kita yang tak reti ikut peraturan...pastu gedebe pulak tu...

Mungkin kita buleh upah polis untuk jaga parking malam2...buat parttime...bila ade org buat perangai camni tangkap jer or tembak kasi mampus terus...hidup tau menyusahkan org je...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:57 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 19-5-2017 04:50 PM
Bangang punya perangai. Lepas lobai kon dan mat over sampah, kini samseng menular ke hospital pulak! ...

mungkin lps dia tgk lobai kon & mat over tak dikena apa2 tindakan bila bertindak ganas, maka samseng taik kuceng ni pun anggap bertindak ganas tu tak salah




Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Oii hospital pun nak tunjuk samseng ka??
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon polis belasah mat axia tu balik..lps tu simpan rumah mayat hkl...baru tau langit tinggi ke rendah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 05:10 PM | Show all posts
memang stress dengan parking..

sabar la sikit,nanti ada je parking kosong..

kalau clamp lagi selmat, xde orang curi, denda pun xmahal rasanya.
bayar je denda, setel masalah

pprt punya perangai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 05:21 PM | Show all posts
lain kali x payah clamp...hntr santau angin je tuju ke empat2x tayar dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
naik taxi or uber jelah kalo xnk parking2 bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 19-5-2017 05:10 PM
Mohon polis belasah mat axia tu balik..lps tu simpan rumah mayat hkl...baru tau langit tinggi ke ren ...

Xpayah belasah...ikat n letak dlm peti mayat tu je sehari
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 05:28 PM | Show all posts
i cannot brain mereka yg pilih pergaduhan, belasah orang dan bantai orang sebagai salah satu jalan penyelesaian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.513820 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list