CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5014|Reply: 27

Isi Minyak Tak Penuh-Penuh, Pengguna Mengamuk Kena Tipu Dengan Stesen Minyak?

[Copy link]
Post time 19-5-2017 11:31 AM | Show all posts |Read mode


Nampaknya harga minyak atau petrol yang dikemaskini setiap minggu telah memberi kesan negatif kepada pengguna pada minggu ini.


Kecoh di media sosial perihal penunggang motosikal yang mengisi minyak di stesen minyak Shell sebanyak RM12, tetapi minyak yang didapati begitu sedikit, pendek kata tidak penuh tangki. Bagaimana boleh berlaku?


Terdapat juga bukti berupa gambar yang diambil pengguna menunjukkan salah sebuah pam di stesen minyak Shell memaparkan harga minyak sebagai RM4.09 per liter, sekali ganda daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan!


"Apa cerita, dok kecoh dekat Sungai Petani. Member isi minyak RM12 motor kapcai tak penuh-penuh," tulis satu status di laman Facebook Sinar Turbo.






Adakah pihak stesen minyak menipu pelanggan mereka sendiri? Apa yang terjadi sebenarnya? Yang pastinya para pengguna sudah mula kecoh dan menyuarakan kemarahan mereka.


Pun begitu, rupanya ia adalah kesalahan sistem daripada pihak Shell sendiri. Hal tersebut segera diakui oleh pihak Shell menerusi laman Facebook mereka.


"Kepada pelanggan, kami mengalami masalah dengan kemaskini harga minyak pada malam tadi, namun ia telah diperbetulkan serta merta.

"Namun, malangnya terdapat 160 transaksi yang terkesan dengan perkara ini. Jika anda mengisi minyak di stesen kami pada waktu tersebut, sila bawa resit ke stesen yang anda beli tempoh hari."






Netizen tetap menyuarakan rasa tidak puas hati meskipun pihak Shell telah meminta maaf dan mengakui kesilapan teknikal yang berpunca daripada pihak mereka.


"Mereka memang selalu buat hal. Kalau minyak turun, 10 malam dan letak kon, minyak habis katanya. Kalau minyak naik, aku round pukul 1 pagi pun tengok ada je buka."

"Aku pun terkena tadi, aduhai, patutlah lain macam je, dari kebiasaan, isi 30 tapi tengok nozel dah berhenti minyak, aku tengok meter, dah 30 ringgit dah."

"Memanglah boleh claim semula tapi masalahnya orang simpan ke resit isi minyak?"






Apa yang berlaku itu, di luar kawalan para pengguna mahu pun pihak stesen minyak sendiri. Kepada para pengguna, jangan lupa untuk simpan resit isian minyak atau apa sahaja pembelian barangan apa pun, kerana jika ada perkara berbangkit, resit itu bolehlah dijadikan sebagai alat penyelamat.


Bagaimana, adakah anda juga pernah terkena situasi serupa? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
berlaku mcm nie plak...errmmm...y terkena pengguna...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 12:26 PM | Show all posts
Mohd Hanafis Abd Haris
[email protected]


KECELARUAN pada harga minyak di sebuah stesen berhampiran Salak South, awal pagi, hari ini berpunca daripada masalah sistem syarikat minyak berkenaan dan ia dikatakan berlaku di seluruh cawangannya di Selangor.

Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor berkata, masalah terbabit menyebabkan harga minyak bagi RON95 dijual pada harga RM4.09 seliter berbanding yang ditetapkan iaitu RM2.08 seliter.


Menurutnya, berikutan itu, pihak KPDNKK Selangor menerima beberapa laporan daripada orang awam yang mendakwa seakan ditipu oleh pemilik stesen minyak berkenaan.

“Syarikat minyak terbabit sudah pun menjelaskan kepada kami berhubung punca sebenar penetapan harga berkenaan. Masalah pada sistem mereka itu bukan hanya berlaku di Salak South, malah di semua cawangannya di Selangor.

“Berikutan itu semua stesen terpaksa ditutup kira-kira sejam bagi menyelaraskan semula harga baru yang ditetapkan KPDNKK bermula hari ini hingga 24 Mei 2017,” katanya.

Menurutnya, pengguna yang sudah membayar dengan harga RM4.09 seliter boleh membuat tuntuan semula di stesen minyak terbabit.

Terdahulu, isu harga RON95 yang dijual dua kali ganda itu tular apabila seorang individu memuat naik status di laman sosial Facebook (FB).

Berdasarkan status berkenaan, individu terbabit terpaksa membayar RM15 bagi 3.67 liter.

Selain itu, alasan pekerja stesen minyak terbabit yang mendakwa harga minyak naik ditetapkan oleh kerajaan mendatang kemarahan pada individu dan beberapa pelanggan.

Malah sehingga 3.30 petang ini, status dimuat naik individu terbabit menerima sebanyak 17,174 perkongsian oleh pengguna FB.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-MAMS replied at 19-5-2017 11:31 AM
Nampaknya harga minyak atau petrol yang dikemaskini setiap minggu telah memberi kesan negatif kepa ...

naye la kalau tak simpan resit
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 12:37 PM | Show all posts
boikot je shell, kos nak keluar minyak pg stesyen minyak siapa nak tanggung? shell nak tanggung? maaf tu mudah sangat.. bagi lah minyak percuma shell..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pon ade yg perasan. Dah tlepas 160 transaksi. Ade staff suruh g cuci longkangla jaga lalulintas la, bukan suh pantau rega kt pam@kaunter tu.
Koser pulak nk simpan segala mak resit, belum lg resit atm groceries bagai.
Mujur bayar pkai kad, bleh trace balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2017 01:46 PM | Show all posts
sentiasa alert...segala mak nenek resit kena simpan lani..zaman ni setiap sen sgt berharga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 02:39 PM | Show all posts
Menyusahkan pengguna cam ni.  Elok le sentiasa biasakan simpan resit bila buat pembelian jadi kes sebegini boleh le jadi rujukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 02:47 PM | Show all posts
kne tgk resit n pam le
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 02:54 PM | Show all posts
td nk isi myk shell semuanya ada kon
mcm pelik xpernah berlaku camtu
agakla pasal benda ni kot

selalunya sebelum nk isi minyak akan tengok harga yg keluar kat skrin tu masa angkat pam
kalo btol baru isi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu i isi minyak memang tak dapat resit. So takdelah rajin i nak pergi minta2. Nasib baik tak isi time system diaorg tak betul tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:27 PM | Show all posts
kalau isi minyak tak bagi resit camna pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mslhnye dah malas nak update harga minyak tiap mggu. Asik turun naik je x menentu. So x alert sgt harga semasa. Main isi je
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
lililen replied at 19-5-2017 09:35 PM
Mslhnye dah malas nak update harga minyak tiap mggu. Asik turun naik je x menentu. So x alert sgt ha ...

Kan..mcm kena reda dan pasrah jer
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah mls nak keep track harga petrol skrg. Byk lg benda nak fikir :zz
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 04:46 AM | Show all posts
Shell caprut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dah lama xisi mnyk kt shell.. sblm isi tue kne tgk btul2.. kalo x kena tipu hidup2 jer..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurm mendatangkan kemarahan je lah,:
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-5-2017 04:37 AM
boikot je shell, kos nak keluar minyak pg stesyen minyak siapa nak tanggung? shell nak tanggung? maa ...

aku rasa shell saja la. ye la diorang ada beratus cawagan. sekali orang isi dengan that amoun berapa % yang dtg balik claim? kena pulak kalau jenis yang isi di mana mana branch dia suka. cth dari KL nak gi melaka isi kat seremban takkan nak claim balik kat stesen seremban? :
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 04:46 PM | Show all posts
Shell pilihan terakhir
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.077866 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list