CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY PART 2

  [Copy link]
Post time 22-5-2018 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts


Baru tgk kt astro. Mati2 aku ingt citer action lawan2 dgn org asli. Bunuh2 mkn org, rupanya mcm tgk cter dokumentari jer cter diorg nk cari lost world last2 x tau jmpa ke idak. Cter tgantung gitu jer.  Bosan giler tp ada tom holland aka spiderman blakon.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2018 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by September14 at 2-6-2018 03:12 AM

Love, Simon



Best la citer ni, kisah remaja gay yg bgelut dgn rahsia dia gay n cuba kuar dari lemari.  Tp last2 x smpat dia nk bgtau ada org kantoikn.. time tu dia down bff dia mjauhkn dri tp bkn sbb dia gay pun tp sbb dia mnipu n pecah blahkn hbgn kwn2 dia.
Apapun simon ni beruntung sbb org sekeliling yg rapat dgn dia leh terima dia seadanya. Plg best part last bila dia dpt jgk jmpa lelaki dia cinta yg dia cume knal dkt emai. Laki tu hmpir2 hilangkn diri sbb identiti simon ni dah tbongkar. Sweet lah ending dia. Apapun simon ni cute gler

4.5/5*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 04:51 PM | Show all posts
Title: Ocean's 8
Year: 2018
Cast:  Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway, Mindy Kaling, Sarah Paulson, Rihanna, Helena Bonham Carter & Awkafina

Girl Power!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 05:48 PM | Show all posts


Title : Spicy Robbery 2
Negara : Thai

5 star!!!

Muahahahaha

Sinopsis :
**Movie ni dah lama tapi aku baru tengok. Dok google movie lawak, keluar la yang ni. So dalam melayan kebosanan memang keluar jugak la airmata ni dengan lawak diorang.

Kisah dia pasal persahabatan. Ada geng pondan, ada geng gangster, ada geng baik.diorang bertemu pastu jadi baik. Cara diorang bertemu tu yang lawak. Kalau nak cerita details memang sangat panjang. Diringkaskan cerita, diorang nak selamatkan salah sorang kawan diorang si gangster yang diculik untuk dikahwinkan dengan anak gabenor(nama orang gabenor). So plan baik punya, diorang pon g rumah gabenor, lawan-lawan akhirnya terselamat. Kalau episod 1 diorang rompak bank sebab masing-masing takde duit that time. Episod 1 agak 18sx sebab diorang naked belakang.depan xde tunjuk.haha.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 05:10 PM | Show all posts


meols layan filem tamil Bhaagamathie...meols rate 9/10

Filem ni bergenre seram thriller berkisarkan seorang menteri disyaki terlibat dlm kecurian patung2 suci dari kuil. so pihak polis nak soal siasat secara senyap2, diorang pindahkan dari penjara secretary kpd menteri ni ke sebuah banglo lama seram. secretary cantik ni, Chanchala (anushka shetty), sebenarnya dipenjara kerana dituduh membunuh tunang dia. Chanchala pun stay kat banglo tu sorang2 tapi tak leh keluar rumah.

CHanchala ni hati kering, tak caya hantu bagai, tp kesudahannya dia mengalami byk peristiwa seram, dirasuk, diseret, digantung, blablabbla..gila lah meols tgk lakonan dia cam penat sgt.

Tapi, masih ada plot twist nyer..dan ia membuatkan meols rasa sungguh tak berbaloi rasa penat tadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamma mia ..here we go again

Casting - superb!! They managed to get all the castings 2008 again anddddd ada cher at the end ..

Costume - extra ordinaire superb

Lagu - of course la all from ABBA

Finally, the secret of how 3 dads ni terjadi revealed. Worth watching esp if you have watched mamma mia 2008 ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2018 12:14 PM | Show all posts


Filem ni tahun 2016. Saya baru je dapat tengok.



Mengisahkan seorang budak nama Anna Beam (Kylie Rogers) yang menghidap penyakit usus secara tiba-tiba. Ibunya, Christy Beam (Jennifer Garner) berusaha sedaya upaya untuk ubat penyakit Anna yang makin kronik. Anna dibawa jumpa pakar, Dr. Nurko (Eugenio Derbez) dan disahkan agak susah diubati dan makin teruk. Dr. Nurko suruh Anna dibawa pulang ke rumah dan diawasi oleh ibunya. Satu hari, Anna main panjat pokok dengan kakak dia dan tiba-tiba dahan pokok tu patah. Anna terjatuh ke dalam pokok. Polis, bomba dan medic pun datang. Almost sehari juga mereka cuba keluarkan Anna. Akhirnya Anna dapat dikeluarkan dan disahkan masih bernafas. Anna terus dikejarkan ke hospital. Dan satu keajaiban berlaku. Penyakit yang dihidapi Anna beransur sembuh. Doktor pun hairan.



Sampailah satu hari masa Anna nak pakai seluar, perut dia dah kempis. Anna cakap 'Dia' bagitau yang Anna akan pulih. Mak dia pun hairan siapa 'Dia' yang Anna maksudkan. So, Anna ceritalah dia jumpa apa dalam pokok tu yang menyakinkan Anna untuk terus hidup dan kembali sihat. Christy bawa Anna jumpa Dr. Nurko untuk dapatkan pengesahan. Dr. Nurko pun pelik. Dia sahkan Anna dah pulih.



Cerita ni sangat menarik dan sedih. Rating saya bagi 4.5/5

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:18 AM | Show all posts


The presence (thai) 2018

cerita ni mengisahkan pasal semangat yang masuk dalam tubuh bdn manusia konon di sembah menjadi Tuhan (bomoh) boleh ubatkan orang, tapi semangat ni kena duduk dekat situ...dan agak tak stable, sampai orang tu bunuh laki dia sendiri.

nak dijadikan cite, anak kepada yang bunuh laki ni hidup lagi dan dia selalu mimpi yang nenek dia dtg dalam mimpi suh jenguk dia..

jd dia pun ngn bf  + kwn2 bf dia pegi la ke satu kawasan yang konon nye macik dia jaga nenek tu untuk  jenguk nenek dia..kat satu pedalaman yang memang takde orang..jauuhhh nun...
masa tu la macam2 jadi

last2 sebenarnye orang kat dalam tu sume nye hantu..kecuali kawan2 pempuan nih...

rating 3.5/5...terkejut je byk..seram pun ade...tapi jalan cite tak bape best

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2018 11:25 AM | Show all posts
Edited by lil_honey at 8-8-2018 11:26 AM



Jamuan Setan (indon) 2018

Cerita ni mengisahkan sebuah sekolah swasta terbaik di indon katanya..
tapi ada  bebebrapa kes bunuh diri disebabkan oleh stress dibuli..

pelakon utama adalah budak yang memang pandai, tapi kehilangan bapa..menerima scholarship sekolah...tapi dibuli oleh rakan2 yang rampas kamera bapa beliau...
masa nak ambik kamera tu, dia kene paksa minum arak dan video dia mabuk dirakam , disebarkan sehingga pihak sekolah menggantungkan skolarship yang dia dapat...

lalu, budak tu pun bunuh diri..jadi hantu...

tapi cerita ni bagus untuk awareness bullying dekat sekolah. really. pelakon si alanda tu, sgt pandai dalam ekspressi..iols menangis kot masa mak dia tepon tanya alanda baik-baik aja kan...
padahal..masa tu hati dia tgh sengsara..kene rogol, dimalukan, skolarship kene tarik...hui...
sungguh berat dugaan dia...
cite ni tak bape seram, tapi element tekejut tu byk...
cuma iols suke tang jalan cerita dia...awareness kepada bullying. keep it up untuk cerita-cerita macam nih

star rating 4/5

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:44 AM | Show all posts


mlm td aku layan movie ni. bile tgk producer die blumhouse production, aku  bajet citer seram la kot. tp rupenye citer scifi.

citer die psl masa depan, yg mana kemajuan teknologi masa tu dah sangat maju, driverless car adalah benda biasa. tp ada sorg mekanik ni, nama die Grey, bahagia hidup bersama bini die, Asha. Asha ni keje di sebuah syarikat robotik iaitu Cobolt.  satu hari, Grey dpt job utk refurbish balik sebuah keter milik bisnesman terkaya kt dunia ni la, nama die Eron. so die ajakla Asha ni pegi hantar keter tu kt Eron.  kebetulan plak Asha n Eron mmg keje bahagian robotik ka, so si Eron ni tunjukla kt diorg, satu chip, nama chip tu STEM. STEM ni Eron cakap leh wat macam-macam, tp si Grey ni nganjeng la, oh chip tu leh wat baby ke mcm manusia biasa? kirenye Grey mmg tak brape caya skit ngan teknologi moden ni.

ntah camne, balik tu, keter diorg malfunction and terbabas. diorg diserang oleh 4 org asing, Asha kene bunuh, tp Grey terselamat tp lepas tu die jadi lumpuh satu badan.  Grey cuba nk bunuh diri lepas die frust bile siasatan polis ni lembab sgt. time tu la die didatangi Eron yg kasi die alternatif, nak tak die jadi bahan ujikaji masukkan chip STEM tu dlm badan die? so Grey pun setuju la. dan mmg berjaya operation tu sbb die dah boleh berjalan.

balik rumah tu, tgh die semak-semak fail kes bini die yg polis kasik, die terdengar STEM bercakap. mase tu die ingat die dah giler, rupenye idak.  tp die sorg je yg bleh dgr STEM tu bercakap. jd dengan bantuan STEM, die jadi super human. dr tak reti bergasak, bleh bergasak.  so die pun siasatla sendiri kes bini die dan bermulalah perjalanan die nk carik pembunuh2 bini die.

awalnye die dah berjaya bunuh sorg pembunuh tu. masa tu die dah tak sedap ati. tp STEM pujuk jugak die carik baki pembunuh tu, sbb kalau tak die plak kene bunuh nnt. yg peliknye, pembunuh2 tu pun mcm dah jadi separa robot. bile bedah siasat, berselirat dawai dlm body diorg, lengan pun dah jadi senapang.

siasat punya siasat, akhirnye siasatan tu membawa kepada Eron.  tp ending citer die, aku leh komen camni jelah.  senjata Grey makan tuan. ha rupenye semua benda tu bermula dr kemalangan tu dah dirancang supaya Grey dpt menggunakan STEM

overall aku kasik 8.5/10. sbb rasenye ni first time kot aku tgk movie genre scifi+horror+thriller.  pastu citer ni awalnye menimbulkan persoalan btul ke STEM tu wujud atau Grey yg wujudkan STEM utk justify pembunuhan dan balas dendam yg die buat.  and action scene die pun lain drpd yg biasa jugak, gaya bergasak mcm robot tp pakai badan manusia. kalau korg suke ex-machina korg mesti suke movie ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2018 01:42 PM | Show all posts
Hantu Kak Limah..

Mamat Khalid memang tak mengecewakan..
kemunculan Erra Fazira, DSV menyerikan lagi
jalan cerita..

Ropie kelakar yang natural..

thumbs up Mamat Khalid & team..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 08:42 AM | Show all posts


patient zero ni mengisahkan tentang dunia masa depan yang mana wabak zombie menguasai dunia. tp zombie tu bukannye jenis lembik jalan lembab, tapi cergas siap leh wat parkour lari laju lg tu uols.

jadinye saki baki manusia yg terselamat ni bersembunyi la di pelbagai kem kem tentera bawah tanah ni.  di satu army base, ada seorang doktor bernama Dr Gina yang menjalankan kajian mane nk carik patient zero supaya ade penawar utk zombie ni bersama-sama Morgan. Morgan ni, ntah camne walaupun heols telah digigit tp heols tak bertukar jadik zombie. sebaliknye heols ada kebolehan utk paham bahasa zombie. so heols ni bertindakla sebagai translator utk kesan kat mane kah patient zero tu skrang ni.

so satu hari based diorg diserang hendap oleh seekor zombie. zombie ni bukan zombie biasa, sbb heols ni siap leh hisap rokok la, berdebat ngan Morgan la. zombie king la kirenye.  kirenye zombie yg dah berevolusi la. tp kenapakah zombie king tersebut rela ditangkap oleh tentera manusia? ha korg saksikan sendiri

citer ni takdela seram bebenor pun. nk kata ganas pun tak ganas sangat. ok lah mild gitu gitu je. aku kasi 3/5 utk movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 09:07 AM | Show all posts


The Mimic ni citer hantu korea. citer ni mengisahkan tentang sepasang suami isteri yg kehilangan anak lelaki diorg akibat diculik kt seoul dan tak jumpe2 smpi skrang. diorg ni ada anak pompuan sorang, dan mak si laki tu yg sakit nyanyuk. memandangkan wife tu tertekan dan depresi, mak pulak nyanyuk,si laki tu bawakla satu family ni balik kg mak die.

kg mak die tu kt tepi gunung. satu hari, dtgla 2 org budak jiran diorg kt kg tu, mintak tlg carikkan anjing diorg. carik punye carik, terdengarla anjing diorg melolong dr tepi gunung tu. rupenye kt gunung tu mcm ada gua. si laki tu pun masuk la gua tu, sekali tu amekaw terjumpa mayat pompuan plak. so laki bini tu pun call la polis. tgh polis sibuk-sibuk buat siasatan kt gua tu, si mak tu terjumpa la sorg budak perempuan comel sorang-sorang dalam hutan tu. budak tu takleh bercakap. so mak tu pun amek la budak tu balik rumah, tolong jagakan la kononnye smpi dpt jumpe balik makbapak budak tu. tp lama lama die makin sayang plak kt budak tu smpikan die tak sampai ati nk report polis.

tp yg seramnye budak perempuan yg diorg jumpe tu ada kebolehan leh tiru suara orang

dan of course la berlakunye kejadian pelik-pelik lepas diorg jumpe budak pompuan tu.

bagi faktor keseraman akak kasi 7/10 utk movie ni. sbb movie ni ada unsur2 urban legend skit
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2018 05:19 PM | Show all posts
cm_asamkumbang replied at 30-4-2018 07:54 PM
In 1979, 42 patients at Gonjiam Psychiatric Hospital killed themselves and the hospital director w ...

Cerita ni banyak terkejut-terkejut tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 11:23 AM | Show all posts
THE VOICE FROM THE STONE



last weeked aku layan movie ni..jalan cita dia mmng menarik,,tentang seorang babysitter, Verena (Emily Clarke) yang ditugaskan mennjaga seorang budak,Jacob  yang tak mau bercakap sejak mak , Malvina meninggal.
Verena usaha membantu Jacob untuk bercakap dan last skali dia pulak menjadi mak tiri kepada jacob.

Jacob tunjuk dekat Verena yang dia boleh dengar suara mak dia melalui dinding..memang bbetul..ada suara disebalik dinding rumah tersebut.Sejakk tu Verena macam berunah dari segi pakaian dan tingkah laku dengan dorongan mak Malvina

Overall boleh bagi 4/5*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 03:35 PM | Show all posts
Title: The Corpse of Anna Fritz
Origin: Spain
Year: 2015

Mengisahkan Pau, staff hospital yg ditugaskan utk mengendali mayat. Satu hari ni, mayat Anna Fritz dihantar ke hospital tempat Pau kerja. Anna Fritz ni pelakon yg ramai org suka sebab dia cantik. Disebabkan Pau keje kt hospital & kene handle mayat Anna, dia dpt tgk badan Anna tanpa seurat benang. So dia ambil gambar mayat Anna, hantar kt kwn dia, Ivan & Javi. Dapat je gambar Anna, diorang cepat2 dtg hospital sbb nak tgk mayat Anna.

Bila sampai je, tetiba Ivan buat gile nak have sex dgn mayat Anna. Dalam erti kata lain dia rape Anna. Javi dah ckp, jangan la buat mcm tu. Ivan tak peduli, dia buat jugak. Lps Ivan, Pau pulak buat benda sama. time tu Javi & Ivan tgh bertekak kt bilik lain. Time Pau tgh rape Anna,haaaaa..kat sini yg I pun pelik. boleh pulak tiba2 si Anna tu hidup balik!

Terkejut la si Pau ni, terus menjerit. Ivan & Javi cpt2 dtg tgk dah kenapa si Pau ni jerit. diorang pun terkejut bila tgk si Anna ni hidup balik. Ivan dah cuak dah sbb dia yg rape Anna dulu. mcm mana kalau Anna bagitau polis. utk nak cover apa yg Ivan buat, dia suggest ok kita bunuh Anna tapi cara yg takleh kesan. Javi tak setuju. lagi skali Ivan & Javi bergaduh lepas tu bertumbuk. Malangnye Ivan hentak kepala Javi, sampai berdarah2. mula Javi hidup lagi, so diorang bawa Javi masuk bilik store sbb nk settle kan Anna. sebab dah byk sgt darah hilang, Javi pun mati.

Back to Anna. Kan Anna dah sedar,so dia merayu supaya diorang x apa2 kan dia. dalam masa yg singkat tu, dia cuma blh gerakkan kepala & dgn tgn je. waktu Pau tgh sedih sbb Javi mati & Ivan keluar nak cari tong sampah utk buang mayat Javi (lehnat punya kawan! ), Anna larikan diri dgn mengesot keluar dari bilik mayat tu. dia tak blh berjalan sbb kaki dia paralyzed. bila Ivan dtg balik ke bilik mayat, tgk Anna dah ilang. So dia mengamuk kt Pau. Dia ambil mayat Javi, masukkan dlm tong sampah, buang. lps tu Pau bersihkan darah Javi dlm bilik mayat & bilik stor.

Dalam cubaan Anna nk lari, Ivan dpt jumpa dia. Ivan heret Anna masuk balik bilik mayat. Ivan ckp kt Pau, kita kene 'settle' kan Anna ni cepat2. ikat dia lps tu suntik dgn dadah bagi mati tapi takde kesan. dia suruh Pau buat, lps tu dia keluar bilik. Anna merayu kt Pau jgn bunuh dia, Pau setuju. tapi dgn syarat, Anna kena play dead. Kalau tak, mati la dia kene dgn Ivan. bila Ivan balik ke bilik mayat tu, dia tanya Pau, dah settle semua, takde apa yg tinggal? Pau ckp takde, jom la kita keluar. Ivan tak puas hati, dia pegi buka kain yg tutup Anna, lama lps tu Anna bukak mata. Ivan mengamuk kt Pau, kenapa Anna hidup lagi? time Ivan tgh mengamuk, tiba2 Anna bangun, tikat belakang Ivan (boleh pulak ko berdiri ye Anna? ). Ivan pun mati. mula Pau dah rasa lega sbb Anna selamatkan dia. tiba2 Anna tikam Pau berkali2 sampai mati. The End.

My takeout: I rasa kesian dgn Anna. dah mati pun tak selamat dari kene rogol . Mcm mana pun, sampai kesudah taktau mcm mana dia blh hidup balik. lps tu, jalan cerita biasa je. nak kata thrill sgt pun tak. best lagi The Autopsy of Jane Doe.

I bagi 3/5.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2018 03:52 PM | Show all posts
Orphan (2009)



Rasanya selain Conjuring aku x penah tgk pilem lain lakonan Vera Farmiga. Terlayan movie ni via iflix dalam opis sambil makan lunch tadi. Cetanya simple sahaja - a couple who lost their 3rd baby adopt a 9 year old girl from orphanage. Depa ada 2 org anak dah sebenarnya. Everything started smoothly, until lah budak ni berkelakuan pelik. And kita pun akan terasa pelik sebab dia ni macam cepat sangat attach dengan daddy baru dia instead of mak dia.


Memang dari awal kita dah predict yang budak nih mesti ada sisi evil dia kan.... sama ada dia ada saka ka atau ada menda evil disebalik kelaku dia... tapi sebenarnya dia yang agak evil.... kalau x takkan nak kasi tajuk Orphan...tapi tu lah...like I mentioned earlier ---- plot twist di hujung cerita. I don't think anyone would see that coming! Who she REALLY is will surely make you go LIKE WHAT...???!!


IMDb bagi 7/10. Aku bagi 8.5/10 for this movie. Worth the watch.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 01:38 PM | Show all posts
PASKAL.

Best gak boleh tahan
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts


Baru tgk semalam kat panggung. Best gila kut movie ni. Penuh aksi yang agak ganas rasa ngilu je tgk... sound effects pun best gila. Cter pasal tentera nazi create askar susah nak mati. Aku bagi 4.5/5. Wajib tonton

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 03:07 PM | Show all posts
Malicious



Kisah yang simple, husband and wife masuk rumah baru, wife is heavily preggy with their 1st child, and with one paranormal encounter wife dia misscariage. And after that besa lah.... stat lah elemen2 ceta hantu nya... apparently adik si wife ni ada hadiahkan dia satu box as a house warming gift --- box ni lah yg berhantu rupa nya. Plot twist xde gempak mana. And I can't believe that I actually waited for the movie to end. And owh ya, filem ada a few steamny scenes lah. X berapa sesuai bagi kanak2 tgk.


imdb kasi 5/10. I kasi 3/10 saja. Jalan cerita yang sangat lame....walaupun ada momen2 yang menyeramkan. Hantu2 yang ada pun x scary enuff. Senang cakap, x tengok pun xpe.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.270703 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list