CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2497|Reply: 18

Samsung Lancar Model Baharu, QLED TV Dengan Teknologi Titik Kuantum

[Copy link]
Post time 17-5-2017 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Satu set televisyen dengan harga RM12,999? Pasti ramai yang tercengang dengan harganya yang mungkin agak tinggi bagi kebanyakan orang.


Tunggu dulu, jangan dikisahkan tentang harga kerana anda bakal menikmati pulangan yang berbaloi dengan berlipat kali ganda kepuasan bila melaburkan wang untuk produk terbaru ini.


Samsung Malaysia Electronic dengan bangganya melancarkan televisyen pintar terbaharu yang dinamakan QLED TV.



Mengetengahkan teknologi dan inovasi bertaraf pertama dunia, pastinya ia bakal membawa kepuasan optimum kepada pengguna yang menonton melaluinya.


QLED TV diumpakan sebagai pembukaan era baharu dalam barisan produk televisyen, menampilkan variasi ciri istimewa yang cukup canggih.


Enam siri model diperkenalkan dan harganya bermula dari RM12,999,RM19,999, RM22,999, RM35999, RM36,999 dan RM99,999.





QLED TV yang direka cipta dengan teknologi titik kuantum dan memberi 100 peratus kualiti dalam menyalurkan jumlah warna bagi memberi pengalaman unggul ketika menonton.


Selain kecanggihan teknologinya, televisyen ini istimewa kerana didatangkan dengan satu alat kawalan jauh yang boleh diguna untuk mengakses semua saluran lain.




Rekaannya yang nipis dan kemas membuatkan ianya boleh diletakkan di mana juga ruang selain ianya lebih selamat kerana didatangkan dengan hanya satu wayar untuk memudahkan pengguna untuk memasangnya.


Maklumat lanjut, sila layarihttp://www.samsung.com/my/tvs/qled/ -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnya.. Ujung2 Astro suruh pecahkan juga.. Membazir...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
janji keluar gamba kira dah ok..tv gobok paling lejen
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal keluar gambar dan bunyi dah la... Tinted lcd kt rumah dah terkopek, still boleh bernyawa lg, tengok je la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:46 AM | Show all posts

Huh!

[AceHand SPECTaceLAR]

Bagi RM 100,000 nanti baki dapat RM 1 jer...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 01:34 PM | Show all posts
mampu tengokkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2017 01:51 AM | Show all posts

Hmmm...


[AceHand SPECTaceLAR]

Tengok hapa...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2017 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 10:28 AM | Show all posts
ade budak kecik kat rumah better beli tv murah je dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 09:19 PM | Show all posts
Edited by heartbeating at 18-7-2017 09:20 PM
karakiera replied at 15-7-2017 10:28 AM
ade budak kecik kat rumah better beli tv murah je dulu.

kan? kalau pecah rm 12 +++ terbang
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 10:50 PM | Show all posts
harga minimum pun 12k ++ ?  TV harga 4 digit di rumah saya pun boleh tengok movie dengan best dah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:30 AM | Show all posts
Wah, mahalnya!! beli tv yang biasa sdh ok lar. asalkan boleh lihat drama korea sdh ~~haha!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 09:59 PM | Show all posts
besarnya screen... untunglah kalau dapat main games dgn screen yg besar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:57 PM | Show all posts
wah... screen ni mmg besar... bestlah utk main games
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 01:01 PM | Show all posts
Creativehua1807 replied at 19-7-2017 11:30 AM
Wah, mahalnya!! beli tv yang biasa sdh ok lar. asalkan boleh lihat drama korea sdh ~~haha!!

kalau tengok dgn TV ni, dpt tengok pelakon korea spt nam joo hyuk dgn jelas, u akn rasa dia berdiri di depan u cakap dgn u, hahaha XD
tapi TV ni mmg  terlalu mahal, tdk sesuai utk keluarga yg berpendapatan rendah dan sederhana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2017 02:38 PM | Show all posts
Setakat ni, saya pelik siapa dia punya pasaran, kalau harga mahal,susah juga bagi pembeli yg tak mampu walaupun dia fungsi bagus. Gaji sudah tak banyak, mampu tengok tak mapu beli...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 06:26 PM | Show all posts
Sekarang ekonomi tak baik pun... harganya mahal pula...
Demand untuk televisyen ada ke....
Tapi Samsung kan jual barangnya dengan nama brandnya juga kualitinya la...
Mmg banyak orang yang ingin beli  tapi tak mampu la...
kualiti dan fungsi televisyen ini  nampak macam bagus kalau mampu beli untungla
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 01:36 AM | Show all posts
kalau kualiti samsung tv aku tak tahu sejauh mana hebat nye n tahan nye

kalau fon samsung pakai cukup 3-4- tahun akan stuck or mother board rosak
or any else probem yg akan berlaku ..
thats all
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.093131 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list