View: 10829|Reply: 12
|
Badan Lemah Sebab Cirit-birit? Amalkan 5 Cara Ini Untuk Merawatnya!
[Copy link]
|
|
Alahai, lemahnya badan kalau diserang cirit-birit. Sekejap-sekejap, pasti mahu ke tandas. kalau dia rasa nak membuang tu, harus serta-merta serbu bilik air. Lembik badan dibuatnya!
Foto: Medical News Today
Cirit-birit atau diarrhea adalah keadaan apabila berlaku kekerapan membuang najis lembut dan berair dalam tempoh singkat, sekali gus menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan tubuh menjadi lemah.
Pemakanan dan pengambilan makanan tidak sihat boleh menyebabkan sesiapa sahaja diserang penyakit ini. Dan kebiasaannya disertai dengan muntah-muntah, hilang selera makan, dan tubuh menjadi lemah.
Walaupun banyak ubat disediakan untuk mengubati cirit-birit, anda boleh merawatnya dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah anda.
1. Banyakkan minum air
Tubuh memerlukan banyak air untuk menggantikan cairan yang hilang dalam najis menyebabkan dehidrasi. Jadi, minumlah air dengan kerap selang 15 hingga 20 minit sekali.
Atau anda juga boleh minum jus buah-buahan kerana ia membantu memberi tenaga dan merawat cirit-birit lebih cepat.
2. Makan halia
Halia, sama ada mentah, kering atau jusnya sangat berkesan bagi merawat cirit-birit. Mengambil sedikit halia segar atau kering bersama sedikit garam bukit secara berulang dalam jarak waktu yang tetap akan menyembuhkan anda dalam masa beberapa hari.
ATAU anda boleh rebus sedikit air halia dan biarkan dua minit sebelum diminum.
3. Elak produk tenusu dan gula
Makanan sebegini sebenarnya boleh memburukkan masalah cirit-birit, tau. Jadi, sebolehnya elakkan makanan mengandungi hasil tenusu dan bergula seperti susu, cheese dan aiskrim.
Gula-gula, kek, pastri dan coklat juga boleh buat cirit-birit semakin teruk. Elakkan, ya?
Untuk itu, ambil makanan kurang pedas dan mudah dicerna.
4. Minum jus labu air
Foto: Carian Internet
Jus labu air sangat berkesan untuk menyembuhkan cirit-birit sepenuhnya.
Jus ini sangat berkhasiat dan boleh diguna untuk menghilangkan dahaga dehidrasi ketika cirit-birit.
Tambahkan secubit garam dalam jus anda, dan lihat hasilnya.
5. Pisang
Foto: Health Ambition
Siapa saja yang tak suka pisang, bukan? Bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, malah pelbagai variasi makanan diolah menggunakan pisang.
Pisang kaya dengan magnesium dan zat besi. Jadi, jika anda makan pisang setiap hari, penyakit cirit-birit akan dapat dikurangkan sehingga anda sembuh.
Foto: Carian Internet
Mudah saja kan nak rawat penyakit cirit-birit ni. Ada banyak cara sebenarnya nak rawat penyakit ini. Seperti memakan pucuk daun jambu batu atau paling kerap orang buat adalah 'telan' pil Chi-Kit Teck Aun. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
jus labu ? x pernah dgr pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mkn halia gitu tak lalu jgk.. iols biasanya minum teh halia tanpa gula.. mmg lega perut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau i kena ceret beret ni gigih telan pil, tak pun minum soluble. Mana nak tahan, ketaq lutut. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya telan pil chi kit teck aun dan minum 100plus saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena le minum banyak air kalau air glukos lagi baik untuk ganti yang dah keluar dan badan tak jadi lemah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mkn pil chi kit tek aun je klu cirit-birit. Klu ank yg kecik, aku bwk g klinik. Utk ank yg besar, aku bg mnum air teh pekat dlm 2 sudu besar, 3x shari. Sllunya ank lpas mnum teh pekat, shari dua dah lega. |
|
|
|
|
|
|
|
I paling tak suka cirit-birit. Mahu berkampung dalam toilet 24/7. Apa pun thank you for the tips given. |
|
|
|
|
|
|
|
telan probiotics je ... insya Allah ok ..
|
|
|
|
|
|
|
|
I slalu minum air halia je..xpun lemon suam |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau travel ambik pil chi teck thi aun .. kat rumah pakai mintak angin je dan tido .. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dslimbeauty at 12-7-2017 09:40 PM
Minum air bancuhan tepung gandum pun menjadi juga untuk hilang cirit birit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|