CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24833|Reply: 217

Tunang aku yang baran (or mental) or aku yg tak cukup sabar? (update : page 5 #1

   Close [Copy link]
Post time 16-5-2017 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by capiloton at 22-5-2017 08:02 PM

sekarang aku di persimpangan.
sama ada nak teruskan kawin, or putuskan tunang.
aku perlukan advice, terutama pada forumer yg dah kawin.
aku nak tanya, kalau dia ada perangai buruk sebelum kawin,
lepas kawin dia akan berubah jadi elok ker? or lagi teruk?

alkisahnya, aku tunang lepas kenal 3 bulan.
pilihan aku sendiri. niat mmg taknak kapel lama², aku nak lekas kawin.
umur pun bukan muda lagi - aku 38, si dia 31.
aku baru lagi tunang, tak sampai pun sebulan.

tunang aku ni pernah putus tunang 2 kali dgn laki lain sebelum ni.
bila aku tanya sebab apa putus. dia kata lelaki tak tahan pressure dengan dia.
bila lama kenal baru aku tahu apa maksud dia "tak tahan pressure" tu.
lelaki tu semua tinggal kan dia! patut la lelaki tu semua bagi alasan bodo utk break up.
ada ex dia bagi alasan, dah bertunang la sebelum ni, ada yg cakap dah kawin la.
mak dah cari calon la, dan lelain lagi.
tu yg buat dia lagi benci dengan lelaki, dia sendiri mengaku kat aku - dia benci lelaki!

lelaki tu semua cabut, sebab dia ni kalau marah suka menengking n maki hamun.
jenis kepala angin, mudah sangat nak marah nya.
malu oi kalau lepas kawin, dapat bini yang tak reti jaga mulut n buruk perangai.
mau hari² kena tengking dengan bini. silap² haribulan, kena maki depan orang.

pernah sekali tu, aku duduk belakang dia bila dia nak withdraw duit dari ATM,
dia boleh tengking aku - pegi duduk sana !! dia suruh duduk jauh sikit dari dia.
aku punya menyirap time tu, Allah jer tahu. aku sabar jer. malas nak gaduh
malu oi, dah la belakang aku tu ada orang lain. macam la aku heran sangat nak tgk duit dia.
ini cuma salah satu, banyak lagi kisah kepala angin dia yg tak masuk dek akal.
lepas tu suka test macam², saje nak bagi aku naik angin. lepas tu bole cakap "saje nak test".
tapi aku tak pernah marah pun bab test² tu. sebab aku tau dia ni insecure.

yang buat aku menyirap bila aku jadi tempat lepas kan kemarahan dia.
hari² sebut perkataan bodoh, semua orang bodoh, dah macam zikir harian pulak aku tengok.
bila dia marah (pasal benda lain), aku pulak kena tadah telinga, dgn aku sekali kena bodoh.
banyak kali aku gaduh, mulut dia satu hal, perangai kurang ajar pun yer gak.
tiap kali gaduh, tiap kali tu la dia block whatsapps n FB aku.
aku pernah tegur, tapi dia asik ulang benda yg sama. atas alasan "biasa la pompuan kan emosi".
lepas tu suka² dia bagi masalah dia kat aku utk aku settle kan,
macam la aku ni takde masalah sendiri.
n then bila aku settle kan tak ikut cara dia, aku pulak kena maki.

aku mula² pelik tengok perangai dia. tak macam pompuan lain.
bila dah lama sket baru tahu kenapa jadi macam tu, sebab ayah dia selalu kasar dgn dia.
kena maki hamun hari², siap physical abuse lagi.
masa dia belasan tahun, dia pernah kena pijak, sampai skang dia sakit belakang.
dia anak sulong dari 5 beradik, dia sorang jer pompuan.
ibu n ayah dia dah cerai, dan dua² dah kawin lain.
kalau dengar kisah hidup dia, memang kesian.

dia ni ada unipolar - major depressive disorder. tapi tak pernah buat treatment.
bila dia putus tunang dulu, dia cerita dia sampai berenti keje, n tak keluar bilik berminggu.
dia pernah mengaku ada rasa nak bunuh diri. sebab aku baca, unipolar ni boleh jadi suicide.
dia pun mengaku maybe ada saka. tapi bagi aku, saka bukan alasan utk jadi baran tak tentu hala.
makcik aku pulak suspect tunang aku ni kena sihir pelalau. tu yg panas n asyik nak gaduh jer.
sebab makcik aku bila tengok dia, dia teringat masa dia muda dulu (dia pernah terkena sihir ni).
lagipun tunang aku ni ramai former bf, orang nya pun boleh tahan lawa.
so makcik aku suspect salah sorang ex dia ni sihir kan sebab sakit hati.
tunang aku pernah sebut nak buat rawatan Islam, takut ada sihir buatan or dalam badan.
tapi belum ada kesempatan nak pegi buat rawatan.

masa mula kenal, aku selalu elak dan jauh kan diri bila panas dan kepala angin dia datang.
tapi dia cakap aku pengecut n mengada2 pulak, aku suka main lari2 bila dia meroyan.
aku jauhkan diri sebab malas nak gaduh, dan aku lagi suka bila sejuk baru diskas.
tapi sekarang ni, bila dah hari² tadah telinga, dengan aku² sekali jadi baran.
sampai had limit aku, dia pulak kena maki balik (sebab aku pun bengis).
sekarang aku was² nak kawin. ingat senang nak didik orang tak sedar diri ni?
yg latest ni aku hilang sabar n maki dia, sampai aku cakap ko ni tak perlukan lelaki,
tapi kena cari therapist or psychiatrist.

kebetulan skang dia keluar negara, dia call aku malas nak angkat.
dah seminggu off contact, letih aku nak layan pompuan short temper & pendek akal ni.
dalam kepala otak aku, aku fikir nak putus tunang jer skang nih.
letih oi kena verbal abuse n mental torture, ni belum kawin lagi.
takut esok jadi physical abuse pulak nanti. tak boleh tahan punya pasal.

skang aku rasa kawin ni semata2 nak dapatkan sex cara halal, tu jer.
aku tak rasa ada benefit yang lain. rasa menyusahkan lagi ada. menyemakkan otak aku jer.
takde macam konsep Islam, kawin sebab nak dapatkan rasa sakinah, mawaddah n warahmah.

aku kesian dengan dia ni. aku nak dia berubah. aku nak perangai dia jadi elok.
aku pernah tegur dia sebelum ni. kalau nak ikut dari mula kenal sampai sekarang,
memang ada perubahan, temper dia da makin kurang.
tapi gaduh yang latest ni buat aku rasa "it's not worth it".
aku taknak kena sakit mental sebab orang lain. baik aku kesian diri aku sendiri dulu.




# kindly be informed, sebelum tersebar ke mana2,
aku TAK IZIN kan kisah aku ni viral di mana2 social media lain, even blog sekali pun.
cukup discuss internally dalam forum cari ni sahaja. thanks.

Rate

1

View Rating Log

Related collections:

  • · to read|Threads: 4, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak reti nk komen bnyk2, tp ko kena neutral dulu,amik masa bertenang.istikharah.ko kena buat keputusan muktamad.stay or leave.jgn dok tgh2,kalau putus terus off habis,kalau ya ko kena cari jalan cm mana nak nasihat dia.itu jer nasihat aku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cHimo at 16-5-2017 11:05 PM

Bahaya bang... Nanti dah kawin abang pulak kena belasah.. Pastu nanti dah kawin gaduh sikit mesti dia nak mintak cerai.. Sy pernah ada gf spesis camtu bang... Fuhhh stress ohhh... Nanti dah kawin mmg dapat seks bang.. Tapi fikirlah kalau "seks" tuh je la satu2nya benda yang buat abang happy... Tuh pun kalau dia bagi bang hahaaa.. Maaf yaa ber-abang2 sbb umur kita jauh beza bang haha.. Rasa kurang sopan pula ber-kau2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf yer tt..1 jer saya nak ckp..tunang tt sangat aneh & menakutkan..dia tak boleh jadikan kisah silam dia sbg 1 alasan utk dia bertindak / berkelakuan yg melampau terutama pada bakal suami dia sendiri..

Dia kena banyak muhasabah diri dan kembali semula pada Allah s.w.t..mgkin tu ubat terbaik utk dia tt..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar buruk rupa, janji cantik akhlak..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
I vote, putus. Trust me.

Ko pikir kawen semata2 untuk dapat sex secara halal, aku dh penah bfikir camtu pon.
Kite carik soulmte, bukan enemymate.

Kisah lama dia kene pijak dengan docmart bapak dia bukan alasan dia nak senang senang jadi baran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
purpledesire replied at 16-5-2017 08:22 PM
Biar buruk rupa, janji cantik akhlak..huhuu

Meati u cantik dan jua akhlak pun cantik. Huntong kamal  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nko suke pompuan camtu kut

Walo luaran ko tak suke tapi tersiratnya ko tertarik


Another sudut plak, ko kne lagi baran dari dia , so baru inside dia rasa ko otoriti cam abah dia, so perlakuan dia tu cam saja nk suh ko btui BOSSING  dia, takyah putus , yg terbaik tu apa yg ko ada n u bina or tambah nilai dari situ,  try not to caring sangat, cam.membontoti dia kemana je, dok sms wassap je, klo dia marah n tanya, ko tengking baik punye ckp aku carik makan untuk kita berdua nanti laa !!! Takyah cari bomoh kne sihir or terapi sme tu, karut sme ni, ni ujian untuk ko bukan untuk orang lain, ko kne fahammmm pompuan ni kekadang suka klo jantan dia agresif, walo ni bukan fitrah tapi pembawakan dlm idup tu kita tatau jenis camna PENGALAMAN dia, klo selalu kasor so  kasor ler dia, kan adik sme jantan? Tak anak polis ni sure anak sojar or pak gad, aku de kawan anak sulong jantan, lain semuaaaaa pompuan hahaha bila dia marah aku dia cubit eeiii ahaha dia lembutttt tp bukan pondan, takkkkk pnah aku dengo dia carut haaa tp aku paham napa dia gitu, masakkkkk kemas rumahhhh basuh kainnnn basuh langsirr perghh terer, kawin gak  ade anak gak, ok??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari lain je, ramai lg awek cun dan berakhlak baik yg single n available..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 16-5-2017 07:40 PM
sekarang aku di persimpangan.
sama ada nak teruskan kawin, or putuskan tunang.
aku perlukan advice ...

Before orang bagi pendapat, kau kena confirmkan dulu, perangai dia tu sebab memang perangai dia sejak azali atau ada underlying layers cam depression. sebab dua2 jenis manusia tu berbeza. solution pun beza.

before kau tau apa nak decide nak buat, pikirlah dulu tunang aku ni memang naturally perangai setan atau dia sakit? natural setan ni yg macam bashar al-assad tu. haa kalau perangai setan secara semulajadi, aku nasihatkan tinggal jela. seksa hidup dgn org panas baran camtu. pendek akal tu ya, memang mostly perempuan camtu. tipis sikitlah nak dpt yg rasional logik 24jam. tapi utk dpt yg penyabar dan lembut masih ramai lagi.


tapi kalau perangai dia tu disebabkan masalah mental effect bad parenting, aku nasihatkan kau jadi gentleman la, tolong dia sembuh. kau nak sehidup semati kan, masa dia susah ni la kau lagi kene ada kat sisi dia. sestress2 kau, stress lagi dia. sakit mental ni org yg tak alami mmg judgemental konon yg sakit jiwa ni lembik la apa, tapi sbnrnya sakit mental ni sama bahaya cam sakit fizikal. aku percaya, dia sangat2 perlukan seseorang.

orang yg baran nak mati ni biasanya dalam hati dia ada satu makhluk yg dah bersarang lama sangat iaitu kesedihan. superficially dia nampak baran2 bajet macam bagus je. tapi sbnrnya hati dia sangat rapuh. sensitip.


pilihan di tangan kau bro. decide baik2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 16-5-2017 08:25 PM
Meati u cantik dan jua akhlak pun cantik. Huntong kamal

Hahaa..u nie vic..ada2 jer la..   
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 16-5-2017 07:40 PM
sekarang aku di persimpangan.
sama ada nak teruskan kawin, or putuskan tunang.
aku perlukan advice ...

seramnya ckp kasar2 maki hamun.. ex jiran i cmni la.. smpai anak2 dia pon mencarut2.. baru belajar ckp je dah keluar perkataan2 camtu  

tepuk dada tanya selera la.. nak terima dia seadanya,  nak tinggalkan dia or nak suruh dia berubah.. nak ke dia berubah  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum serumah lagi ko Dan stress tak tahan
Kalo dah serumah... Hari2 ko kene hadap. Tahan ke?
Takde istilah lepas kawin perangainya berubah jadik angel. Itu semua gula2 cekerarama akasia tv3 pukul 7pm. Takyah percaya
Kita nak kawin bukan pasal seks armata, tapi sbb nak rasa kebahagiaan suami isteri
Kalo kene maki hari2... Gaduh... Mana nak dtg kebahagiaan?
Aku vote... Putus Dan carik lain. Kita hidup sbb nk happy bukan utk serabut. Dia ADA saka ke... Bipolar ke.. itu dia punya pasal. Belum jatuh tanggungjawab utk kau setelkan ( kecuali kalau ko dah terima dia jadik isteri... Then mmg tanggungjawab kau la).  Sila park jauh2 sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari calon isteri, ibu yg baik.. Takutlak org baran ngan suka maki ni.. Risaukan anak2 nanti, salah sikit jadi mangsa lepas kemarahan.. Kesian oooo
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni awek arab ke awek melayu Pilih punye pileh yg baran kamu dapat capiaku ade kawan yg dpt bini baran. Selalu mkn hati asyik kate x tahan dgn bini garang mcm singe sendiri pilih nk buat cane
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 09:14 PM | Show all posts
Rasanya otak tunang TT dah ada satu perception yg if certain things happen n dia rasa insecure, kena jerit, kena tengking2, kena marah2. By that behavior, dia rasa in control dan takda sape yg boleh hurt her. For me, tunang TT ni pyschologically affected dari apa yg dia alami masa kecil. Ajak dia jumpa doktor unt treatment. Mcm2 cara boleh buat unt control mind. Contohnya deep breathing n relaxation. But of course, she need someone that can support her. If u believe in her, stay n support her. If not, just leave her.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
she sakit mental and need help.. cuba refer gi pakar dulu.. at the same time, awak istikharah la.. tangguh dulu berkahwin selagi awak tak yakin dengan keputusan awak.. tinggalkan dia bukan satu-satunya pilihan.. kalau dah tolong dan refer pakar masih juga begitu sikap dia, then baru la awak decide untuk stay or leave.. and please.. kawin bukan hanya untuk seks.. tapi kahwin tu ikatan perjanjian dan tanggungjawab antara suami isteri.. besar pengorbanannya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by swimswim at 16-5-2017 10:51 PM

I vote putus je and kapel dgn i lulz

Ok,on a serious note.bahaya dkt anak2 u nanti..
Fikir masak2 sblm berkahwin
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriau dgrnya..i mmg takleh org tengking herdik ni, mmg confirm berjujuran air mata..
1. Perkahwinan bkn semata2 utk menghalalkan sexs jer..but more than that...
2. If betul2 syg tunang tu..try ajk dia berubat,p la perubatan Islam, jumpa psikiatri ke etc..
3. If dia berubah ke arah yg baik..Alhamdulillah..else tt buatlah solat istikharah dan buat keputusan yg tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
U sanggup ke mengadap perangai camtu hari2 nanti? U tau mana yg terbaik. Nikah sbb seks or perasaan kesian takkan ke mana. Apa pun good luck kalau nak still teruskan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.071163 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list