View: 2336|Reply: 19
|
Benda Berguna Yang Boleh Dibuat Menggunakan Perapi Rambut
[Copy link]
|
|
Tidak sah rasanya selepas mencuci rambut menggunakan syampu, tidak mengenakan perapi rambut atau pun conditioner.
Selain digunakan untuk melembutkan rambut mahupun janggut, ternyata ramai yang tidak tahu fungsi lain perapi rambut. Yang pastinya tiada kaitan langsung dengan rambut.
Mungkin ada yang tertanya mengapa menggunakan perapi rambut? Ini kerana ia mempunyai kualiti melembapkan yang sangat baik sehingga mampu berfungsi untuk pelbagai situasi, bukan sahaja pada rambut. Menarik, kan?
Jom lihat, mungkin mana tahu nanti ia berguna untuk anda.
1. Mencuci dan melembutkan berus mekap
Kembalikan berus mekap seperti asal, hanya perlu gosok berus ini bersama perapi rambut. Kemudian bilas sehingga bersih.
2. Zip seluar tersekat
Jika zip pada seluar, baju mahupun beg tersekar, gunakan sedikit perapi rambut pada bahagian zip tersebut.
Ia mampu melonggarkan bahagian tersekat dan membantu zip kembali kepada asalnya!
3. Cincin
Sukarnya nak menanggalkan cincin? Hanya gosokkan perapi rambut pada jari anda dan kemudian cubalah tanggalkan cincin dengan perlahan-lahan. Pasti berkesan!
4. Mencukur
Krim mencukur anda sudah habis? Gunakankan perapi rambut. Pasti lancar dan lembut!
5. Elak berkarat
Ia mampu mengelakkan perkakasan anda daripada berkarat. Jadi, sapukan perapi rambut secara nipis sahaja pada perkakasan besi anda untuk memastikan ia kekal berguna untuk jangka masa lebih lama.
6. Melembapkan kuku
Mahu mencantikkan kuku seperti di salon? Sapukan kuku anda dengan perapi rambut, dengan menggunakan putik kapas. Lihatlah hasilnya kuku yang bersinar dan juga sihat. - CARI
Foto: littlethings.com |
|
|
|
|
|
|
|
ooo bnyk guna rupenya. tp syg sis ni jenis tak pakai perapi rambut. |
|
|
|
|
|
|
|
Okeyh, thanks for the info. |
|
|
|
|
|
|
|
Good info |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh baru tau.. lps ni boleh try! |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kegunaan lain rupanye..Meols lumur rambut je selama ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama lah ai...kat rambut jer |
|
|
|
|
|
|
|
Nice tip
Pasni boleh guna untuk lembabkan kuku |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jugak hilangkan kutu. Pernah buat masa dkt uni dulu hahaha berjangkit dgn siapa tah |
|
|
|
|
|
|
|
asik gna utk rambut jer..hihihihi..x terpikir plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tips menarik boleh dicuba |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhh byk lagi boleg guna. Yg no 1 biasa buat |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni beli conditioner yg besar laaa.. sbb byk kemudahan nak buat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|