View: 3130|Reply: 16
|
Bila Ratu Porno Datang Mengunjung
[Copy link]
|
|
Kata pensyarah Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia, Dr.Kamarulzaman Yusof ,masyarakat Islam yang teruja dengan ketibaaan Maria Ozawa membuktikan “adat ketimuran dan nilai Islam makin terhakis”.
Satu kenyataan yang keras, membimbang dan menakutkan.
Disusuli komen netizen yang berbunyi “Maria Ozawa bukan main diraikan kalau ulama datang buat bodoh je”.
Kejap kejap. Ramai ke orang Islam Malaysia yang kenal dia?
Tentulah ada yang tahu dan kenal. Tapi daripada komen menerusi akaun instagram Ozawa yang disunting dan disiar portal berita Malay Mail Online, jelas ada yang tidak kenal siapa Ozawa sebelum ini.
Contoh daripada seorang yang menamakan dirinya Rossemirran77 : “Jenuh Google namanya, almaklumlah orang kampung tidak kenal Ozawa ini”.
Mungkin penyampainya dengan nada seluruh. Hakikatnya ramai juga yang kenal setelah “mencari".
Data Google Trends menunjukkan carian terhadap Ozawa paling banyak dibuat di Kota Bharu dan Kuala Terengganu.
Maria Ozawa, pelakon berusia 31 tahun berasal dari Jepun terkenal melalui aksi “panas” dalam filem untuk orang dewasa. Adult films. Dalam erti kata lain filem seks.
Baru-baru ini diberitakan Ozawa berkunjung ke Kuala Lumpur dikatakan untuk melancong.
Dengan pantas Ozawa memuatkan fotonya di Instagram dengan kapsyen: "Hello Kuala Lumpur”.
Menurut Star Online, Ozawa ditemani teman lelakinya pelakon dan chef terkenal Jose Sarasola, warga Filipina.
Ozawa juga dikenali sebagai Miyabi, berlakon filem dewasa selama lima tahun bermula 2005. Kini dia dikatakan sudah bersara.
Apapun sebaik gambarnya muncul di Instagram, kehadirannya di KL mendapat perhatian ramai. Lantas timbullah istilah “terujua” .
Dan komen (daripada orang kita) seperti ini yang mendorong istilah “terujua” digunakan.
+ “ Kenapalah Tuhan memberikan kecantikan yang luar biasa kepada kamu”? (tak taulah mengenai “kecantikan luarbiasa” tapi diakui Ozawa memang cantik).
OK sambung komen terujua di Instagram:
+“ Awak betul betul pandai mengusik peminat peminat anda disini ”. (mungkin ini merujuk foto Ozawa berbaju mandi di kolam renang ).
+ “Datang Pulau Pinang. Cuba makan roti canai telur goyang double. Kuah letak atas.Ammmmakk”.
+ “ Maria Ozawa tak berlakon lagi ? Mari sini abang abang bimbing sayang ke jalan yang lurus ”.
+ “Hi Maria ada kenderaan atau tidak ? Saya boleh saja memandu, kalau nak jadi pemandu Uber awak. Percuma”.
Banyak lagi tapi cukuplah setakat itu.
Dan berbalik kepada kebimbangan Dr.Kamarulzaman tadi seperti yang dilapor Harian Metro tempoh hari: "Keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangan bekas pelakon lucah Jepun ini dilihat manifestasi adat ketimuran dan nilai Islam di negara ini semakin terhakis”.
Kebimbangan beliau tidak boleh dipandang enteng. Betul.
Namun Dr.Kamarulzaman juga melihat keterujaan segelintir masyarakat Islam “menunjukkan mereka mengikuti perkembangan artis itu termasuk menonton filem tidak bermoral yang dihasilkan wanita itu”.
Benarkah? Waullauhulaam.
Bagi saya kebanyakan komen “teruja” berkenaan seperti yang disenaraikan tadi berupa usik usik, gurauan, lawak menyakat”. Ini tidak menyentuh mengenai “peminat” yang berselfie dengan Ogawa.
Apa pun yang jelas Maria Ozawa bertambah famous sekarang walaupun dah bersara. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pornstar dtg sume teruja. Rmai yg kenal sb dh tgk aksi panas tu |
|
|
|
|
|
|
|
yang duniawi menjadi kepentingan..hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
tapikan, muka Miyabi ni makin teruk je. dulu takde pun gini muka dia. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma perasan dia ni cm nmpk longgar. itu yg korang impikan? KAH |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa orang cakap dia cantik yer? Cantik dia biasa aja. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa ke?Erra Fazira cun lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lawa pun.ntah kenapa dia ni popular. |
|
|
|
|
|
|
|
Lantaklah. Yang engko layan sangat isu ni apahal. Ngok |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha memang kelakar semua gila bagi comment kat maria ozawa .. alahai bukan lawa sangat pun, takat biasa jer takde yang wow ... beria sungguh beri comment ... |
|
|
|
|
|
|
|
Lols bila org kata ulama x buat apa.. time dia bagi ceramah ada ke yg nak dgr? Kuliah subuh ada ke yg attend? Tv al hijrah tau ke channel nomo berapa duhhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Kamarulzaman yusof ni jakun ke nyanyok ? Baru ada berapa orang muslim komen hal maria ozawa dia dah melatah macam bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
persetankan maria ozawa tu..aku lebih teruja tgk boyfren dia yg yummy tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari dia sampai tu, akak tgk WA group sekolah menengah suami akak laju semacam! Ramai teruja pasal pornstar ni. X padan dgn umur diaorg yg dah nak dekat 50 tahun ni! Rasa nak kasi tangan aje sensorang! |
|
|
|
|
|
|
| |
|