Satu lagi menu pasar malam yang sukar dilepaskan, tak lain ialah rangka ayam goreng.
Jika dahulu harganya memang terlajak murah namun kini, ia dijual mengikut peredaran zaman dengan harga lebih kurang RM5 hingga RM6.
Namun, jika anda ingin menikmati sekeluarga, lebih elok disediakan sendiri kerana kosnya lebih murah dan boleh dimasak lebih banyak. Jom cuba, tak sukar mana pun!
Foto: FB Hayatie
Bahan-bahan (untuk salutan):
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 sudu besar garam
Bahan-bahan (untuk perapan ayam):
3 sudu besar rempah kari
2 sudu besar serbuk cili
secubit garam
sebiji telur
Cara-caranya:
1. Perap ayam selama 2 jam, lebih lama perap lagi sedap.
2. Kemudian, masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam bahan salutan. Salut sepenuhnya.
3. Goreng dengan minyak banyak dan betul-betul panas. Selepas kuning keemasan, ayam bolehlah diangkat. - CARI
Kredit resepi: FB Hayatie Ramli
Foto: FB Resepi Makanan Ayam
|