|
Rapper Kanye West dilaporkan menutup kedua-dua akaun Twitter dan juga Instagram miliknya. Kedua-dua akaun tersebut tidak lagi dapat diakses oleh para pengikutnya sejak Jumaat lalu.
Malah, jurucakap kepada Kanye turut tidak memberikan respon berhubung hal tersebut. Bagaimanapun, pihak media sempat bertanyakan kepada isterinya, Kim Kardashian ketika wanita itu menghadiri Met Gala.
"Dia sedang ambil masa untuk berehat dan sangat sukakan keadaan itu," kata Kim, memetik laman SMH.
Hal itu tidak pelik kerana sebelum ini pada bulan November, Kanye dimasukkan ke pusat perubatan di Los Angeles kerana masalah kesukaran tidur dan juga keletihan melampau sehingga menyebabkan dia membantalkan konsert di Saint Pablo.
Namun, ada di kalangan peminat yang membuat spekulasi Kanye menutup akaun media sosial untuk memberi tumpuan kepada album terbaharunya.
Malah, melucukan ada peminat yang meminta Kim Kardashian untuk memujuk suaminya itu membuka semula akaun laman sosial. - CARI
Foto: Carian internet
|
|