Cara promosi memperlihatkan semakin pelbagai dan kreatif di kalangan restoran makanan segera terkemuka dunia, semata-mata untuk menarik lebih ramai pelanggan seterusnya melariskan lagi perniagaan masing-masing.
Terbaru, bertempat di Hampshire County, Britain, sebuah restoran Kentucky Fried Chicken(KFC) telah dihadiri tujuh orang yang berpenampilan seperti 'McDonald Uncle' yang sengaja membuat kacau di dalam premis tersebut.
Mereka kelihatan bertindak menyanyi lagu gubahan yang memaki KFC adalah sampah, sekaligus orang ramai yang berada di tempat itu ketawa dan rakaman video tersebut tersebar luas di media sosial.
Memetik laporan Daily Mail, ketika itu orang ramai yang bersedia untuk menyaksikan perlawanan bola ragbi diperlihatkan sedang seronok menjamu selera, namun tiba-tiba sekumpulan McDonald Uncle muncul dan terus jalan masuk ke arah tempat membayar sambil menyanyi dengan kuat bahawa KFC adalah sampah dan melakukan swafoto.
"Apa yang kamu fikir apabila terfikir KFC? Sampah!"
"Apa yang kamu fikir apabila terfikir sampah? KFC!"
Difahamkan kumpulan McDonald Uncle itu sebenarnya mereka juga merupakan golongan yang bersedia pergi menyaksikan pertandingan bola ragbi, mereka pernah memasuki lokasi permainan sebelum kejadian membuat kecoh di restoran KFC.- CARI