CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1072|Reply: 5

Nahas MH17: Malaysia Airlines Capai Penyelesaian Dengan Keluarga Australia

[Copy link]
Post time 2-5-2017 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Satu penyelesaian telah dicapai antara Malaysia Airlines (MAS) dengan sebuah keluarga Australia yang terlibat dalam nahas MH17.


Memetik laporan The Daily Telegraph, Anthony dan Marite Maslin dari Perth, yang telah kehilangan tiga orang anak Mo, 12, Evie, 10, dan Otis,8, serta ayah Marite, Nick Norris dalam tragedi tersebut telah mencapai kata sepakat dengan syarikat penerbangan itu.


Malaysian Airlines System Berhad, dalam satu emel mengesahkan perkara itu dan menyifatkan ianya adalah satu “penyelesaian yang baik dan sulit”.


“MAS walau bagaimanapun, tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat lanjut mengenai saman ini atau mengenai butiran penyelesaian berkenaan kerana menghormati privasi keluarga tersebut. Ingatan dan doa kami sentiasa dengan keluarga dan rakan-rakan yang terjejas, " katanya dalam emel tersebut.


Penyelesaian itu dicapai selepas keluarga Maslin memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan itu melalui peguam Colin Biggers & Paisley, Andrew Tulloch.


Saman tersebut telah ditarik balik ekoran penyelesaian itu. Dilaporkan ini merupakan keluarga pertama di Australia yang telah menerima penyelesaian.


Sekurang-kurangnya 10 keluarga lain di negara itu, masih lagi menunggu pengesahan kes diselesaikan.


Pesawat Boeing B-777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala lumpur, apabila ditembak di wilayah Donetsk, Timur Ukraine, pada 17 Julai 2014 mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.- CARI

sumber : FMT



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2017 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mas mmg miracle.kena saman dgn beratus2 famili dlm dua trejedi besar bturut2 pn masih x bangrap2
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bgs lah tue....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:34 AM | Show all posts
apa penyelesaian isu ni??? gomen takde buat further action ke? hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak fhm. Apa salah mas?

Bukan ada technical failure pun, pilot juga ok dan follow pandu arah atc.

Laluan yg sama juga digunakan oleh sia dan air india dlm jarak beberapa minit je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 05:19 PM | Show all posts
salah MAS ke? knapa lak nk saman?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.061727 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list