View: 1543|Reply: 7
|
Berpegang Senapang & Pisau, Anak Militan IS Berumur 8 Tahun Buat Ugutan Bunu
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, terdapat video yang menunjukkan seorang anak lelaki militan IS berusia lapan tahun dirakam membuat kenyataan berbaur ancaman ketika ditanya "Bagaimana anda membunuh rakyat Australia?
Memetik laporan Sunday Telegraph, kanak-kanak di dalam rakaman itu dikenali Humzeh, didakwa sebagai anak bongsu Khaled Sharrouf yang menjadi warganegara Australia pertama dilucutkan kerakyatannya mengikut undang-undang anti pengganas.
sumber : internet
Menurut video yang diperoleh Pasukan Bersama Anti Keganasan New South Wales (JCTT), anak Sharrouf itu kelihatan kepalanya diikat dengan kain bertulisan IS, memakai jaket pengebom berani mati, memegang dua senapang dan sebilah pisau.
"asukan Bersama Anti Keganasan New South Wales (JCTT) sedia maklum tentang video tersebut yang dipercayai dirakam di negara Timur Tengah dengan menggambarkan ancaman kecil di bawah nama IS."
Paparan video juga memperlihatkan Humzeh menyuarakan keagungan dan kehebatan ideologi keganasan yang diamalkan oleh Kumpulan Militan IS selama ini.
Kemudian kelihatan juga Humzeh yang berpegang senapang dan pistol di kedua belah tangannya itu sambil menjelaskan kepada ayahnya Khaled Sharrouf cara macam mana menggunakannya.
Kini pihak polis Australia sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap isi kandungan video itu.
Biarpun tiada ancaman khas setakat ini, namun tahap ancaman keganasan terhadap negara kekal pada tahap mungkin terjadi.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib kanak2 dibawah IS...kcil2 dah di ajar sebegini... |
|
|
|
|
|
|
|
kasian lah tuh kanak2
bukan nya sekolah nak pegang pisau
Work Hard Dream Big
|
|
|
|
|
|
|
|
citer ni ai dgr je . kawan citer . Sorang budak kecik sebut "org jahat .bunuh bunuh " bila npk muka sorang ahli politaik di tv . Ayah budak ni penyokong kuat politaik pihak lawan.
Mak pak taksub anak jd mental |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian bdk2 yg dari kecik kena brainwash ngan parent extremists.supposedly,umur mcm ni dorang bljr dan berkawan dgn rakan2 sebaya.my heart and prayer goes to this poor kid |
|
|
|
|
|
|
|
dari kecik dah pilih jalan mati. tragic life |
|
|
|
|
|
|
|
Meh sini adik, aunty nak babat pongong n cubit2 perut sampai sedar diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 org meniaga dlm cari ni ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|