View: 1806|Reply: 9
|
Van Rempuh Gerai Di Pasar Malam, Kanak-kanak Berumur 4 Tahun Maut
[Copy link]
|
|
Sekitar jam 9.45 malam Ahad lalu, sebuah van yang dipandu seorang peniaga pasar malam merempuh gerai di pasar malam Golden Hill, Cameron Highlands, megakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut.
Manakala dua lagi yang cedera parah adalah seorang wanita berusia 22 tahun patah kaki dan seorang lagi wanita cedera parah di kepala.
Mangsa kematian dikenali sebagai Adra Mustaffa Kamal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata akibat kecederaan parah di kepala.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Hasadid A. Hamid berkata, ketika kejadian berlaku, kanak-kanak yang menemui ajal itu bersama ibu bapanya dan dua adik-beradik yang lain sedang melihat alat mainan di salah sebuah gerai.
"emandu van mendakwa dia telah menggerakkan vannya perlahan-lahan, dan menekan minyak untuk memastikan pelanggan memberi laluan."
"Bagaimanapun, van itu tiba-tiba bergerak ke hadapan dan merempuh beberapa gerai, termasuk gerai di mana budak perempuan itu sedang memilih mainan," katanya.
Hasadid berkata, laporan polis yang diterima daripada pemandu van berkenaan mendakwa seluruh badannya mengalami kekejangan dan tidak sedarkan diri buat seketika ketika kejadian.
Beliau berkata,pemandu van berkenaan tidak mengalami kecederaan dan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya.
Dilaporkan polis juga sudah mengambil sampel air kencing dan darah pemandu berkenaan untuk dianalisis.- CARI
sumber : pembaca CARI Internet
sumber : Mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
Hirup bau daun the pun blh jd mabuk syabu. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...salam takziah pada keluarga
sedihnya sian la ke budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirojiun.. salam tkziah bt kluarga mgsa.. simpati dgn nsb mgsa yg msih kcil.. syurga mnantimu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannye..percutian duka..driver van tu dh slh nk menipu plak |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi td lagi dah ada org bukak benang.wartawan cari ni tak peka ke? |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirojiun.. salam tkziah |
|
|
|
|
|
|
|
TSLOO ni mmg bebal sikit...lembap
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul apa diberitahu tu, kesian la kt dia, mangsa keadaan, memang tak sengaja...
Tp klau dh membohong, terlepas, nasib ko la kt sana nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
|