CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1006|Reply: 1

Kerja Penyelenggaraan Paip Siap, Gangguan Bekalan Air Di KL Pulih Sepenuhnya

[Copy link]
Post time 1-5-2017 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang berlaku sejak Khamis akibat paip utama pecah di Sungai Buloh kini pulih sepenuhnya.


Bagaimanapun bagi kawasan Petaling Jaya, hanya dua peratus kawasan yang masih dalam proses pemulihan bekalan air, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan kelmarin.

"Bekalan air ke 98 peratus kawasan di Petaling sudah pulih dan empat kawasan sedang dalam proses pemulihan bekalan iaitu melibatkan kawasan yang berada di penghujung sistem agihan dan di kawasan tinggi iaitu di Taman Gembira, Salak Selatan, Desa Petaling dan Jalan Kuchai Lama," kata Syabas.


Menurut Syabas, segala usaha untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air masih giat dilaksanakan dan bekalan air bantuan akan terus dihantar melalui lori tangki ke kawasan yang memerlukan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.


Maklumat terkini mengenai status pemulihan air boleh dirujuk di www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar 'mysyabas'.- CARI

sumber : http://antarapos.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2017 02:41 PM | Show all posts
2 mlm je xde air..jadi 2kali x shampoo...ahahaha
tp mmg b'nasib baik la sbb paip kat luar rumah tu ade pulak air..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.059821 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list