CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50739|Reply: 218

Dugaan Si Tukang Urut (NEW-6MAY 930AM)

  [Copy link]
Post time 30-4-2017 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by theflash at 6-5-2017 09:27 AM

nota kaki- Ini cerita saya dapat semasa saya pergi berurut di kawasan Pontian. Cerita ini dari tukang urut itu sendiri.Mangsa hal ini adalah dari kalangan sedara mara beliau,yang secara tak sengaja terbuka cerita pada Ali  ( si tukang urut)
Berikut ada pengalaman Ali.


Ringkasan mengenali Ali

1) umur 40an
2) siang supervisor di Kantin sebuah sekolah( kontraktor)
3) 3 orang anak
4) mewarisi ilmu urut dari arwah ayah

______________________________


             Malam ini,malam Khamis atau bahasa mudahnya malam Jumaat. Selalunya malam begini mesti ramai orang datang berurut, padahal aku tak pernah menetapkan tarikh atau hari yang perlu dorang datang pun. Cukup la sekadar aku bagi tarikh 'seminggu lepas urutan pertama,datang balik'
        Kalau kena hari Khamis,kebetulan. Even bayaran pun arwah bapak aku pesan terima seikhlas hati.

         Malam itu last 'pesakit' aku,tak lain orangnya, sedara sedara aku jugak, Roslan nama nya.

        "Urut belakang aku Ali,lenguh la kerja loader ni." keluh Lan.Memang kerjanya memerlukan kederat yang kuat, sebagai pengangkut buah sawit ke dalam lori merangkap drebar lori.

          Aku mula kan urutan,di selang seli dengan bual kosong,orang kata bual orang kampung.40minit berlalu.
         Sewaktu aku nak 'menutup urutan' memang aku ada baca surah Fatihah dan beberapa ayat Quran,yang memang di ajar oleh ayah aku, termasuk ayat Ruqyah( ayat penyembuh).
     Tak kala aku membaca potongan ayat suci, jari aku terasa 'dicengkam' dari atas dan tengkuk aku serta merta panas!
Ketika itu Lan dalam posisi duduk berlunjur,dan mata dan badan mengadap aku.Matanya di pejam.

Aku pandang muka Lan, perlahan2 wajahnya menjadi hitam dan di tumbuhi janggut hitam panjang berjurai! Aku kuatkan sedikit bacaan ayat penutup aku.
      Dan ketika itu,ada susuk lembaga hanya berseluar dalam dan perutnya buncit ke depan,berdiri sebelah Lan sambil mata susuk lembaga itu tepat memandang aku.
       Kaget,aku cepat2 alihkan pandagan dan cepat aku tamatkan urutan.

" Dah ,dah Lan" aku jerit kecil.Dan bila aku tengok Lan semula,muka nya kembali normal.

"Huarghh,lega betul Ali, best best!" sambil itu Lan menggeliat kiri dan kanan.
  Sewaktu isteri aku hidangkan air utk kami berdua, aku berat hati nak cakap benda yang aku nampak.Akhirnya aku diamkan saja.

2 hari selang.

Aku dapat panggilan telefon kira kira jam 2 petang,dari kenalan aku dari kawasan kampunh jugak, Razak namanya.
Aku angkat,usai beri salam ,Razak terus memotong cakap aku,salam aku pun tak di sambut.


" Bang, Roslan dah meninggal bang,baru kejap ni.kena timpa buah sawit!" ujar Razak dalam telefon.


Aduh. Macam ada yang tak kena.Aku mula rasa tak sedap hati.Aku terus ke bilik dan salin pakaian.Ada benda yang perlu aku cakap pada waris si mati!


- bersambung-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by theflash at 2-5-2017 11:42 AM

Lewat jam 3, aku terus bergegas ke rumah arwah .Masih ramai lagi orang belum lagi beransur pulang, Rupanya arwah baru selesai di solatkan.Aku terus turun dari motorsikal  dan bergegas masuk dalam rumah arwah.
    Usai bersalaman dengan teman teman,aku terus ke belakang,bertemu dengan Erni,isteri arwah. Erni baik dengam isteri aku,tiap kali raya mesti mereka berdua berbisnes kuih raya dalam skala besar.
    Hampir 20 minit aku berbual dengan Erni,dan aku mintak izin untuk ke kubur untuk menghantar jenazah,dan sempat aku menghulurkan sedikit sumbangan kepada balu.
   Di kubur,pengkebumian berjalan seperti biasa,cuma aku tak nampak si Hashim, anak kepada Arwah. Arwah mempunyai 8 orang anak, Jawa kan, anak ramai . Hashim ni berkerja di kilang di Pekan Nenas je, tak jauh pun dari rumah mak ayah dia,anak anak dia yang lain ada je iring, yang dari Singapore pun ada balik. Detik hati aku,mungkin dia uruskan hal kat rumah.
    Semasa aku nak balik dari kubur,waktu aku nak start enjin motorsikal,dari jarak 20meter, terpacul si Syam,orang kuat masjid kat kampung.Hanya terpacul dan diri tegak melihat aku.
   Aku mengangkat tangan ke arah Syam,dan dia buat isyarat 'tunggu sekejap' pada aku.Aku matikan enjin.
   "Malam ni free tak, jom ngeteh kat Warung Wak Mat"ujar Syam
    "Aku tak janji la,takut ada orang datang urut,ke ada JDT main malam ni?"
tanya aku.
Syam mencebik.
"Bukan! ini hal si arwah.Kau patot tahu.Kau je sedara dia ,walau jauh."bentak Syam,macam marah.
   Aku senyum dan aku janji pada Syam yang aku akan tiba lewat sikit,selepas usai mengurut dan dia paham .
     Malam itu di warung Wak Mat agak ramai orang,sebab ada siaran bola sepak EPL. Aku memilih sudut hujung di warung,jauh dari TV.Aku dapat rasakan benda yang Syam nak bagitahu aku,mesti personal.
     Syam tiba,dan dia langsung tak buang masa,order air dan terus tanya aku.
" Ko tahu kan Bang Lan kena hempap dengan buah sawit? Bukan satu,banyak!" sambil tu dia hulurkan telefon ke arah aku,ada gambar.
"Ni dak Indon yang tangkap gambar ni, dorang masuk awal pagi jam 8, bini Bang Lan cakap,lepas Subuh dia dah keluar, watpe masuk kebun gelap gelap, kita bukan menoreh pun" ujar Syam.
     Gambar tu agak ngeri,yang aku nampak hanya tangan Lan yang terkeluar dari celah buah.Aku ingat kena hempap masa potong buah,ni badan nya abis satu badan kena tindih dengan buah!!
     Aku slide ke tepi utk gambar seterusnya, badan arwah hitam dan semacam bengkak bengkak.Mengucap panjang aku.
" Kau dah tengok,aku nak delete gambar ni" kata Syam.

      " Anak Bang Lan,Hashim. Aku dah kol suruh balik.dia kata dia tahu dah bapak dia meninggal,tapi adik dia lain takda pn bagitahu lagi.Sehari sebelum dia meninggal,dia ada ajak aku melepak dekat warung tepi sungai tu…" ujar Syam perlahan.

         " Maaf cakap la.aku kena bagitahu kau jugak ni. Bang Lan tu ada saka!" ujar Syam dengan yakin.
        Aku terlopong,terdiam aku.
"Benda tu Bang Lan amik suka suka je.dia cakap dengan aku,dia terima dari arwah mak dia,sebab arwah mak dia nak bagi.dan Bang Lan tak membantah pun.Dia cakap, macam seronok ada dampingan ni.Sebab tu la kot arwah mak dia bagi 8 ekar tanah pada Lan kot" sambung Syam

    Hal tanah 8 ekar tu aku tahu.Memang mak dia bagi pada Lan dan 2 ekar dah pun dia jual dengan Cina Singapore.Memang keluarga Lan ni agak berada la,banyak tanah.

      "Jap,sekarang ni,saka tu ada dekat mana??"tanya aku.
Syam geleng kepala.Aku nasihatkan dia supaya dia buang.Dia pun ada mintak num HP ustaz yang dekat Skudai tu,yang handal buang buang saka ni.
      "Seingat aku,kebun banyak banyak tu Lan tak handle pun semua,semua upah orang, nak potong buah,racun kebun pun malas ..Aku pelik kenapa amik saka? Selalunya orang bersaka ni memang rilek je handle kebun berpuluh ekar.Buah Bang Lan kan penah kene rembat banyak kali jugak,saka dia tak jaga ke???" soal Syam pada aku.
      Aku pun tahu,ringkas aku jawab. Sebab dari pandangan kasar,Roslan ni selalu juga ke Surau,ke majlis ilmu,walau tak kerap,tapi ada la.Dan dia jenis bergaul dengan komuniti,rewang tak penah miss dan kerap belanja orang kampung kalau ke warung.
        Pertemuan aku dan Syam malam itu tamat jam 1pagi.
Seminggu selepas aku berjumpa Syam..
    Lepas aku balik dari Pontian,usai membeli racun kebun,aku ternampak kereta Wira putih depan rumah aku,memang aku kenal kereta itu,arwah Roslan.
      Aku masuk ke dalam,rupanya si Erni,bini arwah.Aku minta diri untuk solat Zohor dan terus ke depan bersama isteri aku dan Erni

       "Kang( panggilan abang dalam bahasa Jawa) , tolong saya Kang"
    pinta Erni.
       "Tiap malam Abang datang rumah,minta makan,minta nak bermesra dengan saya Kang!"Erni mengeluh.
       Isteri aku,Ani mengesahkan,tadi Erni ada tunjuk kesan lebam dan bengkak di peha dan belakang badan. Ani juga pandai mengurut ,tujuan Erni datang nak urut sebenarnya,tapi Ani rasa tak sedap hati bile tengok lebam macam tu.

        "Hari ketiga arwah pergi,dia datang malam tu,dia 'bermesra' dengan saya, saya dah lawan tapi tak terdaya,tolong Kang,saya tak tidur rumah dah sejak hari tu,tidur rumah kawan dekat Benut." pinta Erni.
       Aku cakap pada Erni,yang aku cuba bantu.

            Malam itu,Ani mengadu, masa dia urut Erni,tangan dia panas dan macam di cucuk jarum! Tak bole nak mengurut dengan sempurna.Dan malam tu jugak,masa aku melepak dekat luar rumah ,hisap rokok..aku nampak arwah Roslan,berdiri di laman rumah,melambai ke arah aku. Hairannya,aku tak rasa takut tika tu,cuma aku cepat masuk terus ke dalam rumah!!

          Esok pagi,usai urusan meracun di kebun,aku terus berjumpa Syam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by theflash at 5-5-2017 08:51 AM

      Aku hendak berjumpa  Syam,tapi dia maklumkan pada aku,dia ada kursus ,jadi wakil pihak masjid. Aku rasa cuti yang aku pohon macam tak berbaloi,jadi aku terus ke rumah Erni.Dia patot tahu hal ini dari awal hari tu.
         Tiba di rumah Erni,aku cerita segala benda yang terjadi masa malam arwah datang mengurut.Erni terdiam,nampak tak terkejut.Cuma raut wajahnya sedih.
    "Saya dah tau kang,benda ni saya dah suruh buang,dia kata dah buang,tapi saya tahu dia tipu.Selalu sangat saya jumpa duit berkepuk kepuk bawah tilam setiap malam Jumaat.bila saya tanya,dia cakap duit simpanan dia.Dan saya pernah selidik,siangnnya takda pun duit.tup tup malam nanti penuh duit.Saya tahu itu duit curi.saka dia yang curi! " ujar Erni sayu.
      "Cuma masa dia balik urut dari rumah kang,dia cakap dia nak buang saka tu,dah ada tuan.2 hari lepas tu,abang pun mati.Ermm"sambung Erni.
     "Tapi…." suara Erni tersekat.

"Hashim…dia ada jumpa abang masa malam sebelum dia mati.Jam 11 malam macam tu terpacul depan rumah.tak sempat masuk rumah pun,dorang sembang dekat pangkin bawah pokok rambutan tu je…"
      Erni tak tahu hal apa yang anak beranak tu bincangkan. Hashim pun sejak 2-3 bulan memang jarang sangat balik rumah,padahal rumah dia dengan rumah Erni,kira kira 25 minit pemanduan je.
       Petang itu,aku ajak Syam berjumpa aku di kantin sekolah aku uruskan. Aku ada matlamat petang tu,nak bertanya pada Syam,tentang Imam yang pandai merawat masalah macam ni.
         Syukur,ada. Imam kampung aku jugak.Imam Mat.
Malamnya kami bertiga bertemu,kata Imam Mat,dia cuba. tak bagi jaminan pun kalau tak jadi,yang penting usaha.
       Esok pagi kami bertiga ke rumah Erni.Tujuannya,Imam nak cari 'perumah' saka Roslan,mesti ada benda yang dia puja oleh Roslan.Macam keris ke,pisau atau apa apa yang mencurigakan.
     Hampir sejam kami menyelongkar rumah dan bilik.Hinggalah Erni teringat yang suami nya suka betul habiskan masa di stor tepi rumah.Kejap kejap pergi situ,memalam hari pulak tu.Alasan Roslan, nak baiki mesin rumput la.nak adjust mesin racun la.tapi bunyi enjin sepatah haram pun takda.
    Masuk ke dalam stor,mata kami tertumpu di para atas.Ada kotak kayu dan di atasnya ada sekuntum bunga ros dah layu dan beberapa butir bunga tanjung. Di dalamnya ada hulu keris.
      "Mana kerisnya?" tanya Imam pada Erni,dan Erni mengelengkan kepala.

    "Aduh. saka dah bertukar tuan ni"ujar Imam
Gerak hati Imam,takda orang lain dah ni di wariskan saka ni.

Mesti ke Hashim!!
         

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by theflash at 6-5-2017 09:26 AM

     Malam tu,aku,Erni,Imam dan Syam menuju ke rumah Hashim.Mujur Razak ringan tulang nak jaga anak anak Erni,kalau tidak mana nak sumbat dalam kereta lagi.
    Tiba di rumah Hashim,sunyi. Hashim baru saja bercerai dengan isterinya dan anak anak semua ikut isteri.Jadinya memang Hashim tinggal sorang diri.
     Kami memberi salam.tidak di jawab.
   Imam Mat mengatakan,dia ada di dalam,cuma malas nak bukak.
Aku perhatikan,Imam Mat berjalan perlahan memgelilingi ruman Hashim.Semasa Imam ada di belakang, pintu depan rumah Hashim terbuka kuat!!

    Bam!!! Seperti di tendang dari luar. Aku,Syam dan Erni terpempan melihat susuk tubuh Hashim ada duduk bersila di depan pintu,dan di belakangnya berdiri satu lembaga hitam,muka nya hodoh dan berambut putih,badan nya hitam legam dan bertaring panjang seperti singa laut. Erni terus tumbang,pengsan. Tak sempat kami nak menyambut,tau tau je Erni dah menyembah lantai rumput.

      Terdengar bunyi itu,Imam terus berlari dari belakang ke depan rumah.Seraya itu cepat cepat imam mengeluarkan sesuatu dari kocek jubah nya,campuran garam kasar dan lada hitam.Di genggam,dan aku dengar Imam membaca Ayatul Qursi,dan beberapa potong ayat Ruqyah.
     Semasa Imam membaca potongan ayat,semacam ada pancaran flash atau kilat dari rumah.

  Zassssss!! Dan aku nampak macam ada benda di baling pada kami! Aku terkejut pabila aku melihat,ada keris di tangan Imam! Dan Imam memandang Syam,yang disuruh Imam untuk membawa sarung keris yang kami jumpa di rumah Erni.
   Zass! Segera terus Imam melemparkan genggaman garam dan lada hitam. Hashim meronta mencakar lantai kayu dan lembaga itu hanya ketawa perlahan lahan.
    Imam menaiki anak tangga rumah dengan berhati hati.
Sekelip mata,tindakan drastik Imam memang mengejutkan aku.

"Allahuakbar!!" tempik Imam dan terus dia menerpa lembaga di belakang Hashim! Sama macam kalau orang main ragbi.tackle down!

Dumm! Terdengar bunyi kayu di hentak hentak! Dan Imam terbaring dan segera bangun.

"Takut ya,keluar lah,anak Adam nak berjumpa dgn kamu ni.Cilaka kamu iblis"tempik Imam Mat

Aku dan Syam terpegun melihat aksi Imam yang sekejap menerpa,sekejap bingkas bangun!

"Mana kau nak lari.aku dah kepung tempat ini."ujar Imam.

    Ketika itu aku dan Syam naik ke rumah,selepas kami memapah Erni masuk dalam kereta.Berlari jugak kami naik ke rumah,akibat takut!

     "Aku ada penjanjian dengan dia.Kau siapa nak arah aku? Kau bukan tuhan!" suara itu datang dari mulut Hashim yang dari tadi duduk berteleku!
Dia bangun.dan cuba menerpa Imam,sepantas kilat,Imam menepis badan Hashim dan dia tersungkur.

      Dari gerak gaya tepis Imam,memang buah Silat,cuma aku kagum.tak sangka Imam ada buah silat.

      "Hahahahaha,kalau kau nak.aku bagi dia mati,baru aku pergi" ujar Hashim,di bawah pengaruh rasuk.

     Imam pandang aku,dan Syam mengangguk.Tanda setuju.
Seakan Syam dan Imam ada perbincangan sebelum ini.

Tapi apa??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Parkk vvip
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in Lagi lagi lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon sambung asap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
CikAffi replied at 30-4-2017 02:34 PM
Mohon sambung asap

Huhuhu
ASAP tu memang tak jamin
Busy dgn kerja hakiki hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Waiting!!

Parking dulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
theflash replied at 30-4-2017 02:37 PM
Huhuhu
ASAP tu memang tak jamin
Busy dgn kerja hakiki hihi

Huhuhu takpe la tt asalkan tt sambung  
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Parking dulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 03:08 PM | Show all posts
bestnya cerita ni moga klimaks berkali kali..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik.. Kalo dh ada sambungan tolong tag iols..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cakap kat bini lan

Yg mati tuuuu bio ler matiiii , yg idup kne teruihhh

Lepas 40 nanti abang masuk.minang jah yer?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 04:08 PM | Show all posts
Check in. Sangat menarik. Nak tahu apa kisah disebalik kematian Roslan. TT cepat sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
check in.menarik xite ni. tt nnt dh smbg tag I or reply je msj ni.. thanks tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2017 05:53 PM | Show all posts
check innnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 06:24 PM | Show all posts
Ilmu apa yang si Lan tu belajar..sampai Ali nampak makhluk gendut macam tu tepi Lan tu..
curious betul la..

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Welkam bek!! Kemain parking vvvviiiippp bortingkek tingkek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.511089 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list