CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5202|Reply: 53

Harga Petrol, Diesel Turun Untuk Minggu Ini

[Copy link]
Post time 26-4-2017 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Setelah tiga minggu berturut-turut mengalami kenaikan, akhirnya untuk minggu ini harga runcit bagi petrol dan diesel diturunkan.


Perkembangan terkini, harga runcit bagi petrol dan diesel berkuat kuasa 27 April hingga 3 Mei, bermula tengah malam ini.


Memetik laporan akhbar Oriental Daily News, harga baru RON95 ialah RM2.21, turun 6 sen. Manakala, RON97 adalah RM2.48 seliter, juga turun 6 sen.


Sementara itu, harga bagi diesel diturunkan 7 sen menjadi RM2.14 seliter.


Sejak dimaklumkan bermula bulan April, pengumuman harga runcit petrol dan diesel ditukar daripada setiap bulan menjadi setiap minggu dan minggu ini adalah kali keempat pengumuman tersebut dibuat.- CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 05:51 PM | Show all posts
ptutnya trun ler byk ckit..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur,  harap minggu depan turun lagi.  Jangan naik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:57 PM | Show all posts
Turun 6 sen, nanti naik 60 sen...............
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 06:08 PM | Show all posts
highcastle replied at 26-4-2017 05:57 PM
Turun 6 sen, nanti naik 60 sen...............

kata2 mu adalah doa..... jgn salahkan bijan plak lepas ni..


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 06:13 PM | Show all posts
election dh dekat ler tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 06:25 PM | Show all posts
kelakar pulak bila jenis manusia yg bila minyak naik kemain mengutuk kaw, bila minyak turun kata strategi election

padahal sistem baru ni follow rege minyak dunia. dah minyak dunia naik, maka naik la. bila turun, maka turun a. dulu memintak sgt ikut sistem ni . skrg bila betul2 buat pun still ramai tak puas hati.

i pun terkesan jugak bila minyak naik turun ni. tp pls la be realistik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 06:27 PM | Show all posts
syitaeyqa replied at 26-4-2017 06:25 PM
kelakar pulak bila jenis manusia yg bila minyak naik kemain mengutuk kaw, bila minyak turun kata str ...

ko kutuk lapuiji ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 06:36 PM | Show all posts

lapuiji n the followers yg semua bnda pun tak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:01 PM | Show all posts
Syukur la....  Tima kasih Jibby...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:09 PM | Show all posts
syitaeyqa replied at 26-4-2017 06:25 PM
kelakar pulak bila jenis manusia yg bila minyak naik kemain mengutuk kaw, bila minyak turun kata str ...

kalau ikut harga minyak dunia

mengapa bila naik, naik terlampau banyak
tetapi bila turun, hanya turun sekadar 6 sen

sedangkan boleh turun lebih banyak
tetapi hanya mahu turun sedikit
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cishh akak dah tuang minyak rm40 pulak semalam
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:16 PM | Show all posts
RP255 replied at 26-4-2017 07:09 PM
kalau ikut harga minyak dunia

mengapa bila naik, naik terlampau banyak

How do you calculate it? Kenapa u kata boleh turun lebih banyak? N naik terlampau banyak? How do you define it?
I have a friend yg bole i katakan agak expert dlm kiraan harga minyak semasa. Usually, kitorang akan boleh tau that week minyak naik/turun sbb dia akan calculate based on current market price. Contohnya harga minyak baru KPDNKK akan keluar petang ni, malam tadi dia dah mula buat calculation dan bagitau kitorang jangkaan harga baru for that week. malam td dia dah bagitau turun sekian sen utk jenis minyak, so I pun just get ready rini nak tgk betul ke tak. Sepanjang penggunaan harga minyak mingguan dan bulanan ni, setiap kiraan dia adalah tepat dan tak pernah lagi setakat ni kurang/lebih drpd harga yg diumumkan.

Dia tak kerja dlm bidang minyak n so on ni so I boleh kata dia tak bias pasal harga minyak so on. So, sbg org biasa yg buat kiraan secara sukarela, adakah dia silap dlm pengiraan?

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:21 PM | Show all posts
syitaeyqa replied at 26-4-2017 07:16 PM
How do you calculate it? Kenapa u kata boleh turun lebih banyak? N naik terlampau banyak? How do y ...

semuanya tahu apabila harga minyak dunia turun
kerajaan menaikkan juga harga minyak

http://www.freemalaysiatoday.com ... a-petrol-naik-lagi/

PETALING JAYA: DAP mempertikaikan harga baharu petrol dan diesel yang berkuat kuasa tengah malam tadi, dan berkata kenaikan kali ini tidak boleh diterima memandangkan harga minyak mentah sedunia menurun di samping kenaikan nilai ringgit.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata kerajaan perlu menjelaskan bagaimana ia mengira kenaikan yang diumumkan malam semalam.
Mulai 1 Februari, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing ditetapkan RM2.30 dan RM2.60 seliter, iaitu kenaikan 20 sen, manakala diesel naik 10 sen kepada RM2.15. Ia merupakan kenaikan kedua pada tahun ini.
Pua berkata kenaikan pada bulan Januari “mungkin boleh difahami”.
“Ia disebabkan kenaikan harga minyak mentah pada Disember,” kata Pua.

Katanya, sementara harga minyak mentah pada Disember 2016 naik daripada AS$51.48 kepada AS$56.73 setong, ia menyusut sedikit pada Januari kepada AS$55.86, kata Pua.
Beliau berkata kemerosotan ringgit, yang menurut Putrajaya merupakan antara punca kenaikan harga minyak, juga tidak boleh dijadikan alasan kali ini.
Ini kerana, menurut Pua, nilai ringgit pada Januari adalah di sekitar RM4.42 berbanding dolar AS, naik sedikit daripada RM4.48 pada Disember.
“Kami menuntut pendedahan penuh data, formula dan butiran tepat bagaimana kenaikan harga minyak dikira supaya rakyat Malaysia tahu mengapa mereka terpaksa tersiksa akibat dasar kerajaan,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Disember lalu, Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam membayangkan kenaikan harga petrol pada tahun ini, berikutan peningkatan harga pasaran minyak mentah dunia dan prestasi lemah ringgit berbanding dolar AS.
“Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia,” katanya

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:30 PM | Show all posts
syitaeyqa replied at 26-4-2017 07:16 PM
How do you calculate it? Kenapa u kata boleh turun lebih banyak? N naik terlampau banyak? How do y ...

dulu ada sorang menteri yang berkarisma katanya nak dedahkan kiraan minyak kepada umum
sampai la ni kiraan tu kekal menjadi rahsia yang tidak akan didedahkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:35 PM | Show all posts
RP255 replied at 26-4-2017 07:21 PM
semuanya tahu apabila harga minyak dunia turun
kerajaan menaikkan juga harga minyak

Now I tanya you, berapa ramai rakyat yg nak tau ttg kiraan harga minyak? Berapa pulak yg jenis "ahhh kerajaan memang nak amek duit rakyat" without even look at the calculation? I berani utk bet, lebih ramai yg tak amek tau pasal calculation yg digunakan sbb in the mind, what the rakyat wants is "minyak mesti turun, calculate la mcm mana pun, tp kalau minyak naik, calculation tu salah". Correct me if I'm wrong
And the article yg you attach, that was on February. Masa tu masih guna kiraan bulanan dan bukan mingguan kan? Means, the new price will be using the previous month punya market price. And of course the currency naik turun within a month. Can you help with calculation? How do they get minyak sepatutnya turun instead of naik?

I pun x suka la sgt minyak naik ni. Affect many kind of things. But, I just being realistic. I kesian kt diri I, tp I lagi kesian kat org2 yg everything pun salah n nothing is right
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 07:36 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 26-4-2017 07:30 PM
dulu ada sorang menteri yang berkarisma katanya nak dedahkan kiraan minyak kepada umum
sampai la  ...

bukan dari tahun lepas lagi KJ dah bagi tahu



image credit to https://www.facebook.com/Khairykj



– Kos operasi (9.58 sen/liter)
– Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
– Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
– ‘Alpha’ yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)





Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:39 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 26-4-2017 07:30 PM
dulu ada sorang menteri yang berkarisma katanya nak dedahkan kiraan minyak kepada umum
sampai la  ...

who's that?
My fren yg I ckp tu, I boleh kata he's expert in economic. And I boleh percaya calculation dia sbb almost 98% calculation yg dia gunakan tu betul n tak pernah salah. So, kalau dia boleh calculate yg sama mcm harga yg gov umumkan, I rasa harga yg gomen announce pun gunakan formula yg sama. So, does it makes my fren irreliable? Is he a macai for his own initiative?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:42 PM | Show all posts
whitemagic replied at 26-4-2017 07:36 PM
bukan dari tahun lepas lagi KJ dah bagi tahu

Thank you for this. So, I hope the one yg ask bout the calculation tu can help with his calculation based on the latest market price. I nak tau jugak just in case minyak sepatutnya turun/naik.

Im not good at calculation but if you can do it, then I'll help to compare ur calculation with my fren's
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:43 PM | Show all posts
RP255 replied at 26-4-2017 07:21 PM
semuanya tahu apabila harga minyak dunia turun
kerajaan menaikkan juga harga minyak

Penetapan harga Minyak bukan berdasarkan kepada harga minyak mentah semata-mata tapi berdasarkan harga minyak yg telah siap diproses, Kos syarikat minyak & kos komisyen stesen minyak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048870 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list