CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7210|Reply: 78

[Tempatan] Menakutkan 11 pelajar MRSM Taiping hidap penyakit TIBI (Mohon champion anti-vax

[Copy link]
Post time 19-4-2017 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 19-4-2017 06:23 PM


Masa kecil tak ambil BCG...               
11 pelajar MRSM Taiping hidap penyakit tibi
            
April 19, 2017 16:01 MYT
                 

TAIPING: Seramai  11 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping dikesan menghidap penyakit tibi sejak Jun tahun lepas hingga bulan ini, kata Datuk Dr Mah Hang Soon.

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru negeri itu berkata daripada jumlah itu, lapan orang adalah pelajar lelaki manakala selebihnya pelajar perempuan dan kesemuanya berumur 17 tahun.

Katanya kes pertama dikesan pada Jun tahun lepas membabitkan seorang pelajar  lelaki yang  mempunyai simptom batuk berdarah sebelum disahkan menghidap penyakit tibi dua bulan kemudian.

"Pelajar berkenaan sudah pulih selepas menjalani rawatan manakala 10 lagi masih dalam rawatan sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke MRSM di sini hari ini.

Katanya, ia merupakan kes tibi yang pertama dikesan di MRSM Taiping, namun masih terkawal dan pihaknya sedang mengenal pasti punca sebenar penyakit itu.

Menurut Dr Mah, pihaknya telah memeriksa kesihatan anggota keluarga mangsa dan hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak menghidap penyakit tibi.

Sehubungan itu, beliau berkata langkah pencegahan sedang dilakukan di asrama sekolah berkenaan bagi memastikan keadaan persekitaran bersih dan pengudaraannya baik serta mencukupi.

"Ibu bapa juga dinasihatkan agar membawa anak mereka mendapatkan suntikan imunisasi ketika kecil kerana sebanyak 50 kes di Perak dikesan tidak mendapat suntikan itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mah berkata sebanyak 453 kes tibi membabitkan 14 kematian dilaporkan di Perak bagi tempoh Januari hingga April tahun ini manakala 1,666 kes dengan 69 kematian dilaporkan tahun lepas sementara 1,657 kes dengan 64 kematian pada 2015. -- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nick laki Ina Naim tu? Nak tag heol jap. @dinopower barangkali boleh tulong.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 06:54 PM | Show all posts
makanlah habbatus sauda nescaya akan sembuh penyakit tibi itu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 06:58 PM | Show all posts
ulartedung replied at 19-4-2017 10:54 AM
makanlah habbatus sauda nescaya akan sembuh penyakit tibi itu

tau takpe..... sampai kan para doktor terpaksa mengemis di negara yg penduduknya amal habbatus sauda kerana kekurangan pesakit utk dirawat...... takbir..... ommm amithabommm   
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Anti vaks ni mengejutkan bukan setakat kat Msia. Kat US nun yg Kristian totok pun ramai yg anti vaks. Elok geng2 ni duk dlm hutan gaul dgn beruk, rimau srmua
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 07:08 PM | Show all posts
chazey replied at 19-4-2017 06:46 PM
Apa nick laki Ina Naim tu? Nak tag heol jap. @dinopower barangkali boleh tulong.

meh aku tolong @suamiinanaim

aku rasa ni nick dia chazey...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2017 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm... Ramainya.. Semoga mereka semua cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 07:15 PM | Show all posts
nephew aku ada sorang study kat sini.tapi baru form4.rase-rasenya takkan la bodoh beno kakak aku tak bagi injection apa yg perlu di inject masa budak tu kecik...semoga dilindungilah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooeemmmgeee...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja dari negara dunia ketiga tu lagi dasyat membawa tibi. Scary hokay. Golongan anti vaksin kat malaysia ni plak memang jenis otak letak kat lutut gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
vaksin yang mana utk tb tu?
at what age?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 07:29 PM | Show all posts
Vaksin nie...adalah kerja kerja dalaman puak yahudi...
anak anak yg tak divaksin ternyata kuat antibodinya..lasak...bijak hebat ngaji quran dan dengar kata berbanding dgn yg amik vaksin...
demikian kata sesetengah ummah di malaysia...
Jarang jarang sekali demam...Ni semua kerja kerja Rockefeller ..
depa menyuntik Ummah manusia sejagat utk tujuan tertentu..
malah di US sekali tida vaksin BCG ni diguna pakai..
Demikian menurut sesetengah Ummah di malaysia..
Tepuk dada ..tanya selera je laaa Labuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 19-4-2017 07:08 PM
meh aku tolong @suamiinanaim

aku rasa ni nick dia chazey...

@suhaimiinanaim

mohon mumculkan.diri
bersana hadis dan potongan ayat yang kau perjuangkan.utk anti vax...


sialan lah anti vax neh..anak.korang nanti yang bakalan.mampos dek penyakit berjangkit neh...sian depa...besar nanti sure depa sumpah mak pak depa yang xnal bg depa suntikan vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kalu ikut lebai konspirashit semua yg berlaku dlm dunia ni dari gempa bumi,penyakit bjangkit,vaksin sampaila kapal titanic tenggelam semua agenda konspirasit iluminati,freemason,zionis,usa belaka.begitu maha berkuasanya amurika dah mcm tuhan konsepnya..
dah klau usa tu brkuasa sgt puak2 yg taksub sgt teori konspirasi ni baik bhenti je jd org islam,gi sembah Trump lg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-4-2017 07:46 PM
@suhaimiinanaim

mohon mumculkan.diri

khinzir munafik tu still on fb... p attack fb die uols... search mosus  
makin menjd2 penunggang agama sekor tuh  
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
agaknya ada sorg budak infected dr luar, then x check bila batuk2, biar je...p kelas cm biasa.tu yg berjangkit lak kt budak2 lain. Sedangkan tb ni kena kuarantin.

Nak kata punca dr skolah x kot. Sbb dh bertaun2 org blaja kt situ xpnah pun dpt tb ni. Bertabah la junior2 maresmart ye. akak sihat je masa dok situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 19-4-2017 06:46 PM
Apa nick laki Ina Naim tu? Nak tag heol jap. @dinopower barangkali boleh tulong.

die mana masuk porum sis..... die gigih menyebar dakyah sesat di fb nun.....  
fb die mosus sis... p terjah yea haha
dulu munafik ni bkn main sembang psl anti vak.... mkn la mknan sunnah.... yg org sedekah  
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kentang.Goreng replied at 19-4-2017 06:22 PM
Masa kecil tak ambil BCG...               
11 pelajar MRSM Taiping hidap penyakit tibi           ...

"Ibu bapa juga dinasihatkan agar membawa anak mereka mendapatkan suntikan imunisasi ketika kecil kerana sebanyak 50 kes di Perak dikesan tidak mendapat suntikan itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mah berkata sebanyak 453 kes tibi membabitkan 14 kematian dilaporkan di Perak bagi tempoh Januari hingga April tahun ini manakala 1,666 kes dengan 69 kematian dilaporkan tahun lepas sementara 1,657 kes dengan 64 kematian pada 2015.

so, from 2015 up till apr 2017 total reported tb cases = 3776 and out of this total, only 50 people ie 1.3% didn't get the immunisation jab
maknanya 3726 (98.7%) pengidap adalah terdiri dari mereka yg mendapatkan suntikan imunisasi

nanti puak anti-vax akan counter attack kata bukankah sepatutnya mereka yg ambik suntikan imunisasi tidak akan terkena penyakit berjangkit spt tb dan jika ikut hujah para pro-vax, sepatutnya semua 3776 pesakit dijangkiti tb sebab tak ambik suntikan imunisasi masa kecil
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash ke acaner ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 Nurul wahab tu kalau tak silap Akak pun x bagi immunisation kan. Or sorry kalau salah info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068890 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list