|
|
Ayam kampung goreng sering dijadikan menu bersantap di penanggah untuk majlis kenduri, memang sedap dimakan bersama ulam dan juga sambal belacan.
Daging ayam kampung lebih enak kerana ia lebih organik dan tiada unsur suntikan hormon seperti ayam komersial yang lain. Meskipun teksturnya lebih liat, ia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Kini ayam kampung goreng turut menjadi pilihan warga kota di restoran-restoran besar. Memang sangat menambat selera. Namun jika ada masa nanti, bolehlah cuba membuatnya sendiri, lagi puas. Jom cuba!
Foto: Bondaqeen Blog
Bahan 1 (dikisar)
1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
Bahan 2
Beberapa ketul ayam kampung (4 atau 5)
½ sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam
Cara-caranya:
1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
2. Dengan api yang sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing.
3. Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas. - CARI
Kredit resepi: Blog Kamiayamkampung |
|