View: 1611|Reply: 13
|
'Misi' Samun Warga Emas Selepas Suntik Cecair Misteri
[Copy link]
|
|
Dalam dunia serba maju, ilmu pengetahuan semakin meningkat, ada pula pihak mengambil kesempatan menggunakan kelebihan itu untuk tujuan kepentingan diri.
Begitu juga dengan seorang warga emas apabila barang kemasnya dilarikan dua wanita menyamar sebagai jururawat di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, Batu Pahat, sekali gus menyebabkannya kerugian sebanyak RM25,000 pada Jumaat lalu.
Memetik Berita Harian, suspek didakwa menyuntik mangsa dengan cecair misteri menyebabkan Zabaidah Aspan, 63, 'khayal'.
 Foto: BH Online
Dakwanya, dia didatangi dua wanita yang mengaku sebagai jururawat dari Klinik Kesihatan Batu Pahat, ingin membuat pemeriksaan berikutan penyakit kencing manis dihidapinya.
Zabaidah tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka berpakaian seragam jururawat dan mendakwa pemeriksaan kesihatan ke rumah dibuat bagi kemudahan warga tua supaya tidak perlu beratur atau menunggu lama.
"Saya simpan barang kemas di dalam laci berhampiran selepas diminta menanggalkan barang kemas dan pakaian sebelum pemeriksaan lengkap.
"Saya diminta meniarap dan dua wanita itu memaklumkan akan memberi dua suntikan ubat kolestrol, kencing manis dan darah tinggi di leher serta belakang.
"Tidak lama selepas itu, saya mulai khayal dan seorang daripada mereka sempat melakukan bekam di belakang badan saya.
"Rakannya memberitahu mahu mengambil peralatan dan tidak lama selepas itu, seorang lagi wanita turut keluar.
"Apabila mereka tidak muncul selepas lima minit, saya bangun dan meninjau keluar sebelum mendapati kereta mereka tiada.
"Dalam keadaan separuh sedar, saya memeriksa laci dan mendapati semua barang kemas sudah lesap," katanya kepada BH Online.
Zabaidah dan suami melaporkan kejadian di Balai Polis Yong Peng pada hari sama.
Selepas membuat pemeriksaan kesihatan berikutan disuntik cecair misteri berkenaan, kesan suntikan itu masih bengkak sehingga hari ini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kuangajar betul..org tua pun nk aniaya..berani dia wat Keja tu..nak2 kalau umah waktu siang x ada org lain..yg ada cuma warga emas aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
teruk btul main suntik2 org tua pulak tu...suntik kat leher & tulang belakang??...
silap hari bulan bleh kena infection ke..ape..risiko sgt..giler la die org nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya menipu, mencuri orang tua begitu |
|
|
|
|
|
|
|
giler diorg ni salah suntik naya makcik ni..haihhhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa benda yang di suntik tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu yg aku marah kt generasi skrg.gigih pakai ipon samsung beribu2 rm..tapi kedekut gile nk beli ip cctv dlm rm3rtus tuk mak pak sndiri kt kg.
Ni bila jadi cmni.saksi tkde apa.cmne nk tngkap?
Pikirla sket kt mak pak korg tu.
Bknnya smartphone > mak pak korg. |
|
|
|
|
|
|
|
Melampau sungguh ni... Sian makcik tu... Entah cecair apa lah yg disuntik dlm bdn makcik tu |
|
|
|
|
|
|
|
mana lah perikemanusiaan.. orgtua kot.. adoiii |
|
|
|
|
|
|
|
kaya opah ni..kenapa opah pakai banyak brg kemas?...simpan ler dlm peti besi
pakai biler nak pegi kenduri aje |
|
|
|
|
|
|
|
ak selalu pesan kat mak ayah, jgn bg org x dikenali masuk rumah hatta berpakaian polis sekalipun.. risau jadi apa2. org skg menyamar, kte harap2nya tak jd mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
meols baca ni teringat mak ayah di kampung

geramnya hanat2 mcm ni
semoga dipanah petir hendaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|