CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1116|Reply: 5

[Jenayah] KHALID SAMAD CABAR ENAKMEN PENTADBIRAN ISLAM SELANGOR

[Copy link]
Post time 10-4-2017 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Bodoh punya cacai PANDAPig sekor neh... memang gigih nak cabar Syariah Law.. Akhirnya kecundang juga..

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Khalid
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menolak rayuan Khalid Samad untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Dalam samannya, anggota parlimen Shah Alam terbabit mendakwa peruntukan dalam enakmen itu tidak mengikut perlemebagaan negara.
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif, yang mempengerusikan panel tiga hakim yang bersidang hari ini berkata, mahkamah sebulat suara menolak permohonan tersebut kerana ia tidak sah.

"Mahkamah Syariah juga telah memutusakan Khalid bersalah. Jadi, kenapa nak bawa lagi ke Mahkamah Persekutuan?" soal Md Raus.

Menurut beliau Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa seseorang menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya secara jelas menyatakan bahawa tauliah diperlukan untuk membuat ceramah.

"Jadi, macam mana awak kata ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?
"Kenapa nak bawa kes kepada mahkamah sivil sedangkan ini kes syariah?" kata Md Raus lagi.

November lalu, Mahkamah Rayuan menolak perohonan Khalid untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman mencabar keperlembagaan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri Selangor) 2003.

Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bahawa perkara itu sepatutnya dikemukakan terus ke Mahkamah Persekutuan dan ia tidak seharusnya difailkan dengan cara semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.


Diarah bayar kos

Khalid didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Klang atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 119 enakmen itu.

Mahkamah Syariah memerintahkan Khalid membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap beliau.
Khalid kemudian mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keperlembagaan peruntukan yang dikenakan ke atas beliau.

Kata Khalid, Seksyen 119 menyalahi Perkara 11 (1) dan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menamakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebagai responden dalam permohonannya.

Khalid memohon perintah certiorari untuk membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan peintah larangan menahan Mais daripada meneruskan pendakwaan terhadap beliau di Mahkamah Syariah.

Pada 28 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan itu dengan alasan ia bersifat remeh dan menyusahkan, serta bertujuan melengah-lengahkan perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Pada Januari lalu, Mahkamah Rendah Syariah Klang memutuskan bekas pemimpin kanan PAS Selangor itu disabitkan bersalah dan didenda RM2,900 atau tiga bulan penjara.

Terdahulu, peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi, yang mewakili Khalid, berhujah bahawa semakan kehakiman itu perlu dibuat kerana ia bercanggah dengan Seksyen 119 menyalahi Perkara 11 (1) dan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh demikian, katanya, Khalid mengemukakan semakan kehakiman bagi mencabar keperlembagaan peruntukan dan bukan mencabar kuasa dewan undangan negeri.

Nadzratun Naim dibantu peguam Sharifah Nur Asmaa' Syed Azman.
Mahkamah juga memutuskan Khalid perlu membayar kos RM10,000.

-Malaysiakini-



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Khalid ni semakin bijak bila dh join Amanah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 09:10 PM | Show all posts
Siapa kah dulu panggil dia ni kolid gereja ka apaaa nama...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
doniya dah akhir jamannnn
sampaikan ilmu pon boleh kena dakwa & denda
proses utk sampaikan ilmu pon disukarkan, malah lebih sukar dari proses utk anjurkan majlis maksiat seperti concert & majlis anugerah
artis2 yg kononya dah kembali kepada hidayah bebas pulak buat ceramah merata riti tanpa perlu mohon tauliah walau isi kandungan ceramah melalut dan lebih kepada menjaja aib sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia fight for dr maza, hussien ye, ustad asri yg kena ban tu kan? Kenapa kena gelak plak psl tindakan ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2017 08:31 AM | Show all posts
dauswq replied at 10-4-2017 11:13 PM
Dia fight for dr maza, hussien ye, ustad asri yg kena ban tu kan? Kenapa kena gelak plak psl tindaka ...

Depa tu kena ban pasai bwk fahaman WAHABI.. duk bida'ahkan org sana sini... Wahabi punya Taqiyah lagi dasyat daripada Syiah punya Taqiyah sebenarnya... Tu pasai orang tak nampak... Depa nak tutup Taqiyah Wahabi depa, depa duk canang keburukan Syiah.. Pastu sikit2 depa duk tuduh mazhab lain dalam sunni ni bid'ah sana bid'ah sini... Perlahan2 depa gerak.. sampai satu tahap, depa tunjukla belang ISIS depa tu... Sekarang depa baru nak mula.. Tengah nak cari pengaruh.. Tu pasai fatwa depa lunak sangat ikut suara kehendak orang ramai..

Orang lani ramai yg tak hapal doa Qunut.. Panjang doa Qunut tu.. memang ramai yang payah nak hapal.. Depa pon mai dgn fatwa Qunut tu Bid'ah.. Ramai la geng2 yg x hapal Qunut ni sokong depa.. Tu satu contoh mcm mana depa guna fatwa nak cari pengaruh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.065234 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list