CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1193|Reply: 2

Disyaki Terima Habuan Bookie, Tiga Pemain Bola Sepak Ditahan SPRM

[Copy link]
Post time 6-4-2017 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Akibat disyaki mengambil wang rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak Piala Liga Perdana Malaysia,
tiga pemain bola sepak Malaysia Indian Football Association (MIFA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Tangkapan tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato Azam Baki, SPRM ketika dihubungi pemberita.


Memetik Bernama, siasatan awal yang diperoleh mendapati suspek-suspek telah menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM 30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan.


Salah seorang pemain yang ditahan adalah pemain luar negara berusia 29 tahun yang diimport oleh MIFA. Dua lagi pemain tempatan yang ditahan berumur 26 and 27 tahun.


Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek-suspek telah terlibat dalam kegiatan tersebut sejak beberapa tahun yang lalu.


Suspek-suspek ini dipercayai telah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil daripada wang rasuah diterima itu.


Kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditangkap berhubung siasatan kes tersebut pada masa terdekat


Tegas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato Azam Baki, SPRM tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan sedemikian yang boleh menjatuhkan reputasi sukan negara.- CARI

sumber foto: FMT



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 12:31 PM | Show all posts
siapakah jeng jeng jeng punah masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 12:23 PM | Show all posts
lakonan btl ko ni..blari sana sini ujung2 dh ditetapkan. hadap duit bookie!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.109591 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list