CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2232|Reply: 19

Lelaki Kahwini Robot Ciptaannya, Rancang Mahu Naik Taraf “Isteri”

[Copy link]
Post time 4-4-2017 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Foto: SCMP

GAGAL mencari pasangan hidup tidak bermakna anda akan selamanya kekal ‘bujang’, kerana bagi seorang lelaki di China yang berusia 31 tahun, dia memutuskan ‘berkahwin’ dengan robot wanita ciptaannya sendiri selepas kecewa apabila usahanya mencari teman wanita tidak berhasil.

Zheng Jiajia, merupakan seorang pakar dalam bidang mereka bentuk robot mengahwini ‘”isterinya”, yang dikenali sebagai Yingying dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Zhejiang, pada Jumaat lepas (31 Mac), lapor South China Morning Post.
Majlis perkahwinan itu yang berlangsung mengikut tradisi masyarakat Cina disaksikan oleh ibu, sahabat serta rakan sekerjanya, di mana 'pengantin perempuan' lengkap memakai sut hitam dan menutup kepalanya dengan sehelai selendang berwarna merah.

Beberapa keping gambar turut dikongsi, yang mana salah satunya menunjukkan Zheng kelihatan begitu gembira mengangkat “isterinya”.

Foto: SCMP

Menurut laporan Qianjiang Evening News, Zheng mencipta Yingying pada akhir tahun lepas dan robot ciptaannya itu mampu mengenal pasti watak Cina, mengecam imej dan boleh menyebut beberapa perkataan mudah.

Malah, Zheng merancang untuk menaik taraf “isterinya” itu untuk membolehkan dia berjalan dan melakukan kerja-kerja rumah.

Sementara rakan Zheng ketika ditemubual sebuah portal menjelaskan bahawa Zheng pernah patah hati dalam hubungan cinta ketika di universiti, dan kerana tidak tahan mendengar leteran keluarga yang memintanya untuk berkahwin, Zheng memutuskan untuk berkahwin dengan robot ciptaannya.

Pada November 2015, seorang lelaki di Rusia yang bosan kerana gagal mencari teman hidup mengambil keputusan berkahwin dengan pizza, malah perkahwinannya itu turut mendapat ‘sijil perkahwinan’ daripada sebuah restoran yang terlibat dalam majlis berkenaan.

Sumber - MD

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 12:27 PM | Show all posts
kesiannya lahai tapi muda lagi kot baru 30...kat sini tgok byk jer laki2 yg x kahwin2 walaupun umo dah nak mencecah 40 nmpk steady jer tpi xtau la dlm ati mcmna.harap x berjangkit kat Malaysia sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:47 PM | Show all posts
Alahaii kesiannyaa kawin dgn robot. Relax lahh bro baru 30 tahun. Kumpul dulu duit biar berkepuk ramai lahh perempuan nakkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:51 PM | Show all posts
Oh! kasihan.... Di Malaysia orang kahwin sampai 4 dek.... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dok pandang isteri mcm babu pon seswai kawin ngn robot yg boleh diupgrade ni. Tapi cam biasela maintenance nak lebih kurang je..servis nak tip top
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:54 PM | Show all posts
Terdesak sangat nak kahwin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2017 01:19 PM | Show all posts
Pada November 2015, seorang lelaki di Rusia yang bosan kerana gagal mencari teman hidup mengambil keputusan berkahwin dengan pizza,


kawen dgn robot ku pikir dh cukup pelik..kawen dgn pizza lagu mana pulok. x basi n busuk ke pizza tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 02:36 PM | Show all posts
kesiannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 02:39 PM | Show all posts
Tinggi sangat citarasanya kot ada yang dia minat tapi yang pompuan pulak tak minat.  Lama2 jadi stress terus beralih arah buat robot sendiri ikut spec sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 03:03 PM | Show all posts
pelik manusia sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 04:07 PM | Show all posts
itu ari main ngan motor...kt malaysia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 04:09 PM | Show all posts
Sendunya kehidupan kau dek.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 07:18 PM | Show all posts
Akak yg forever alone pun tiada sampai begini dik
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Repair muka and penuhkan poket nnt dtg le awek melekat diknon
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
aduh kesiannya

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah2 high demand kot..jdoh blom smpai lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 05:42 AM | Show all posts
bagus lahhhh...dia xde p merogol org sana sini....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:17 AM | Show all posts
31 tahun dah give up cari pasangan , kat malaysia ramai lagi tua belum kawin2, contohnya diva AA
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:33 AM | Show all posts
kesiannya..kau bukanlah huduh sgt pun tk meyempat tggu manusia..maybe kau penah frust dan tk percaya cinta manusia lg
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:11 PM | Show all posts
Yang ibu heols pun bagi galakan dah kenapa. Motif melayan permintaan anak sheols untuk hadir menyaksikan acara perkahwinan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.072718 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list