CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28269|Reply: 187

Teka-teki Terjawab, Fazura Paling Layak - Michael Ang

[Copy link]
Post time 31-3-2017 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Jika sebelum ini drama bersiri Suri Hati Mr Pilot berkisarkan percintaan antara Warda dan Ejaz menjadi satu fenomena, mungkinkah gandingan Fazura dan Fattah Amin dalam drama Hero Seorang Cinderella bakal mencetus fenomena sama?




Add Image Caption Here





Memetik BH Online, pengarah Michael Ang mengesahkan Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin bergandingan bersama Fattah dalam drama berkenaan.


"Saya percaya, Fazura pilihan yang tepat untuk membawakan watak Nura Medina kerana dia memiliki ciri-ciri diperlukan untuk karakter itu.

"Drama ini juga buat julung kali menyaksikan Fazura membawakan watak yang sangat berbeza dengan apa yang kita pernah lihat menerusi drama TV mahupun filem.

"Dari segi penampilannya juga berbeza. Selepas disolek dan mengenakan pakaian yang sesuai, dia kelihatan seperti gadis remaja. Selebihnya, penonton kena tengok sendiri nanti," katanya kepada BH Online.








Terdahulu, Michael bagaikan mati kutu mencari aktres mana paling layak membawakan watak itu yang sebelum ini menjadi milik Neelofa.


Kebanyakan pelakon wanita keberatan bergandingan dengan Fattah Amin kerana bimbangkan reaksi peminat yang selesa dengan gandingan Lofattah, namun tidak bagi Fazura.




Foto: IG HERO SEORANG CINDERELLA





Menurut aktres itu, dia perlu sentiasa berfikiran terbuka dengan setiap tawaran diterima sebagai seorang yang profesional.


Apa reaksi anda dengan gandingan Fazura dan Fattah ini? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Opkos la suka..iols rindu nk tgk muka sheol kat tv.. artikel ni boleh tag kat @neelofa x??
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cter mikel ang ni aku tgk 1st episod je yg best.. lpstu dah memgarut. Cth tbru cter cik serba tahu. Potong stim btul bila tgk episode 2.. so mngarut
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
meh tgk patah jatuh hati ke tidak dgn pazura.. rasa2 lopa jeles tak?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:59 PM | Show all posts
September14 replied at 31-3-2017 04:56 PM
Cter mikel ang ni aku tgk 1st episod je yg best.. lpstu dah memgarut. Cth tbru cter cik serba tahu.  ...

iols memang tak tengok drama mikel ang.

talking about fazura, memang patut pun takda sebab dia nak takut atau risau dengan bayang2 lopattahkayu sebab dia sendiri pelakon hebat. kalau orang nak tengok dia, bukan sebab populariti semata, tapi dengan bakat lakonan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
fazura best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2017 05:04 PM | Show all posts
iol rasa pattah tak kan cinlok dgn missfaz sbb sblm ni pun ramai retis2 perempuan yang diganding kan dengan nya dan dia ok professional. Tapi utk SHMP tu sbb hajjah yang melebih lebih bergesel dan sentiasa upload pic untuk nampak sweet dan mesra berlebih lebihan hingga kan abam pattah melting. So terjadi lah cinta lokasi
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 05:05 PM | Show all posts
September14 replied at 31-3-2017 04:56 PM
Cter mikel ang ni aku tgk 1st episod je yg best.. lpstu dah memgarut. Cth tbru cter cik serba tahu.  ...

mengarut cmne nokss? ioulss tgk ok je light2 je cite die
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:05 PM | Show all posts
suka la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:06 PM | Show all posts
Aku suka je fazura dpt watak Medina tu.

Lagi pon Faz pnya acting pon best n x kayu.

Suka tgk dia dlm pisau cukur ngan manisnya cinta
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:07 PM | Show all posts
Berapa RM nyonya maikel bayar?
Good luck kak faz
Adakah tahdawan/ fadawan akan memunculkan diri?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:10 PM | Show all posts
Fazura...lopa...memang cantik..bagi aku cantik untuk majalah saja..tapi Kalo berlakun dua dua aku tak minat..sorry..aku lebih suka joyah atau rosnah mat aris berlakun..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lar...interesting..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:19 PM | Show all posts
opkosla suke. lame tak tgk faz belakon drama.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh My Fazura Jeles tahap gaban cipan lipan dengan Patah Valet :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayak layaknya fazura dpt watak heroin HSC berbanding hajjah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:24 PM | Show all posts

suka ... harus acik tengok .... suka tengok fazura nan cantik manis jelita ni  ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat agak cerita rotate benda yg sama. Pusing2 tang tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg layak!  Kalau baca novel, mmg watak tu sesuai utk fazura bukan hajjah. Hahaha!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.067148 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list