Jijik dan memualkan adalah antara perkataan yang dapat menggambarkan situasi di mana baki makanan 'dikitar semula' untuk dijadikan lauk baharu.
Cukup dengan melihat rakaman video tular ini menjadikan setiap dari kita akan berasa was-was untuk menjamu selera di kedai-kedai makan.
Dalam rakaman berdurasi 1 minit dan 15 saat yang dimuat naik oleh Facebook We Are Malaysian Indians itu, seorang pekerja restoran sedang membasuh baki lauk udang yang dimasak tiga hari lalu.
Udang yang sudah dibasuh diletakkan di dalam dulang sebelum digunakan untuk memasak lauk lain bagi mengelakkan pembaziran.
Menurut sumber lagi, hari pertama adalah udang kari, hari kedua udang sambal dan hari ketiga udang kicap.
Perbuatan tidak bertanggungjawab ini dipercayai berlaku di sebuah restoran nasi kandar di Kulai Jaya.
Foto: We Are Malaysian Indians
Netizen yang menyaksikan rakaman marah dengan perlakuan tersebut dan meminta supaya tindakan yang sewajarnya diambil terhadapa premis tersbut.
Mengelakkan pembaziran itu adalah bagus tapi biarlah kena dengan caranya.
Mungkin ini cuma salah satu kedai yang sudah ketahuan, bagaimana pula dengan yang lain? Tiada siapa tahu. -CARI |