|
Masih ingat dengan Vanessa Hudgens dan Zac Efron, bintang drama Disney 'High School Musical' yang menjadi fenomena remaja suatu ketika dahulu?
Foto: US Magazine
Portal US Magazine mendedahkan kedua-dua mereka yang pernah menjadi sepasang kini langsung tidak bertegur sapa antara satu sama lain.
Menerusi satu temu bual bersama Access Hollywood, Vanessa, 28, akui mereka kini benar-benar terputus hubungan.
Foto: IG Vanessa Hudgens
Terdahulu, Vanessa dan Efron, 29, menjalin hubungan romantik bermula tahun 2005 sehingga 2010 selepas bertemu di set penggambaran High School Musical.
Dalam satu temu bual bersama New York Times pada 2015, Vanessa mendedahkan punca sebenar mereka berpisah adalah kerana dia tidak tahan dengan Efron yang sering dikerumuni peminat wanitanya.
Foto: IG Zac Efron
Namun, setahun selepas mereka berpisah, Vanessa menjalin hubungan dengan aktor Austin Butler, dan kini mereka masih kekal bersama.
Biasalah tu, adat perpisahan. Ada pasangan akan kembali menjadi orang asing apabila berpisah, namun ada juga yang kekal menjadi sahabat. Apapun, semoga mereka menjalani kehidupan masing-masing dengan bahagia di samping yang tercinta. - CARI |
|