Walaupun bandaraya New York memang terkenal dengan lanskap bangunan pencakar langit, tetapi terdapat pereka bangunan yang membunyai visi menghasilkan sebuah bangunan yang berbentu 'U' untuk ruang lanskap tersebut yang bakal menjadi bangunan terpanjang di dunia.
Oiio studio telah memaparkan kepada seluruh dunia tentang reka bentuk dan pembangunan sebuah menara yang luar biasa, tidak pernah terdapat di tempat lain di dunia ini.
Bukan itu sahaja, melalui visual yang dipaparkan, ia turut menggunakan sistem lif yang boleh bergerak bukan sahaja secara menegak, sebalik turut bergerak secara terbalik dan juga 'curve'. Satu inovasi yang sangat 'advance'.
Bangunan pencakar langit ini dipanggil sebagai "The Big Bend", dan ditempatkan di 57th Street yang terkenal sebagai kawasan kediaman golongan billionaire.
Terdapat banyak kondominium mewah yang terus dibangunkan di sepanjang jalan raya ini termasuk One57.
Bentuk U itulah keistimewaan menara ini yang bakal merubah landskap di Manhattan, New York.
Memiliki 'kepanjangan' sehingga 4,000 kaki bakal melahirkan sebuah menara yang sangat menakjubkan, boleh dikatakan tiga kali ganda ketinggian Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Menurut pihak Oiio studio, undang-undang 'zon' di New York membuatkan ramai pembangun hartanah mahu membina bangunan setinggi boleh untuk memaksimumkan ruang, selain mendapatkan hasil bangunan yang berprestij tinggi.
Namun, mereka mahu memikirkan sesuatu yang berbeza iaitu alternatif kepada tinggi. Maka lahirnya idea The Big Bend.
Walau bagaimanapun, sama ada ianya mampu disiapkan masih merupakan satu persoalan lagi.- CARI
Post time 24-3-2017 05:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku mmg kagum dgn kebanyakan arkitek yg idea gile2 dari fantasi mrk dan akhirnye terlaksane di realiti. Sepanjang memandu bile tgk bangunan yg berbentuk curve ,cembung dan pelik2 pun aku dah admire dan kagum.
dari segi senibina ianya sangat unik. Mega dan unik adalah kombinasi yang menarik pelancong2 dunia.
So far bangunan kat Malaysia yang unik dan Mega ialah KLCC sahaja. Yang lain2 just unik sahaja.
Post time 24-3-2017 05:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
grouper replied at 24-3-2017 05:19 PM
Good for them tapi yg engineer yg separuh mati nak realisasikan vision depa tu..n yg betul2 mati k ...
Engineer ke Aku Ingat pihak maincon. Tp arkitek ni kene realisasikan semue tu dgn detail sedetail2nye. Org lain ikut je. Semua tu bermule dari arkitek.
Post time 24-3-2017 05:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
grouper replied at 24-3-2017 05:25 PM
Sbb hierarki die paling beso kena la menurut perintah
Dulu aku pernah terlibat satu projek ni untuk bgunan kondo antare yg plg tunggi di key el dan kebanyakan pembeli unit2 kondo ni adelah foreigners. Local X brp mampu. Tgh bine COW rasenye x jlnkan tanggungjawab sepenuhnya mase construction. Kesannye byk salah dan byk kene hack bangunan tu. Patut siap setahun jadi bertahun2 sampai aku resign lame. tp aku lalu kawasan tu dah siap tersergam indah sekarang . Kagum aku dah siap cantik