CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 99121|Reply: 24

5 Petua Untuk Anak Dara, Tak Cantik Tak Mengapa Asalkan Sopan

[Copy link]
Post time 21-3-2017 11:55 AM | Show all posts |Read mode




Menjadi seorang wanita bukanlah mudah kerana banyak batas-batas perlu dijaga. Apatah lagi negara kita yang mengamalkan adab dan budaya ketimuran yang penuh dengan sopan santun.


Namun semenjak zaman teknologi ini, adab sopan dikalangan wanita dilihat semakin menipis. Wanita Melayu amnya semakin berani melakukan perkara-perkara yang tidak manis dipandang sebagai seorang muslimah.


Jadi sebagai wanita dan juga anak dara, eloklah amalkan 5 petua dibawah ini agar sifat sopan santun yang menjadi kebanggaan bangsa dan agama kita tidak terhapus suatu masa nanti.




1. Jangan jalan mengengkang atau jalan bersepah macam itik. Jalanlah dengan tertib barulah ayu.

2. Bersimpuhlah bila duduk atas lantai. Seeloknya duduk bersila panggung atau rapatkan kaki apabila duduk di atas kerusi. Jangan duduk mengangkang, nanti ramai pula lelaki yang memandang.





3. Bila ketawa janganlah terbahak-bahak macam Yahudi mabuk todi, sekalipun ketika itu anda merasa sangat geli hati tentang sesuatu perkara, tutuplah mulut dan gelaklah secara perlahan-lahan.

4. Apabila bercakap, gunalah nada yang lebih rendah dan lembut. Kerana itulah yang membezakan lelaki dan wanita.





5. Kurangkan lah aktiviti tidak sihat seperti mengumpat bersama rakan-rakan. Ini kerana wanita yang hanya menjaga tepi kain sendiri akan kelihatan lebih "cool" dan sudah pasti menjadi rebutan jejaka Malaya.




Tak susah kan untuk jadi anak dara yang sopan? Ingat! Bahasa dan sopan santun mencerminkan keperibadian anda sebagai seorang wanita. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 12:40 PM | Show all posts
kelakar la kartun tu..mulut dia muncung habis..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:07 PM | Show all posts
Aku cukup pantang pompuan suara kuat..dahla kuat segala kata2 yg kuaq dari mulut nak aib org saja..choiii sgt..tapi acah2 paling alim..ewww
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
be your self.kalau gitu sikap kau buat apa nak pura2 nampak mcm gadis melayu terakhir. xpayah pura2.aku perangai gini pun kawin je. kebanyakkan lelaki jumpa xda cakap terpesona dgn sikap sopan aku(ada ke).  semua ckp sbb jd diri sendiri.arwah bapak mertua aku pun ok je dgn aku,cuma mak mertua aku lah. aku jenis xda lah tak puas hati simpan cakap lembut2.bukan aku.

masa study ada sorg kawan ni cakap kuat, ketawa kuat.. sekali tengah jalan alih2 hilang kat belakang bukan main sopan jalan, suara dr mcm petir terus jd lembut mcm itik serati.. kalau gini dah tau maksudnya budak fakulti engineer  yg lelaki tengah jalan. so kenalah cover. so xpayah pura2 lepastu dh kawin terlondeh semua perangai. pura2 ni selama mana kau boleh tahan. dh nmpk bnyk depan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kartun tu mmg epitome acik2 dlm forom.com ni hah termasuk mak. Cumanya weolls menjoyah guna jari jemari.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:16 PM | Show all posts
pilihan masing2.

asal jgn ketelaluan mcm minah rempit, bohsia, etc tu ok la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cantik tak mengapa asalkan sopan? Mereput la ko jadik andartu sis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sopan ala2 puteri Melayu dulu tapi masih tak laku. Adakah disebabkan rupa iols yang tidak seberapa?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 03:29 PM | Show all posts
Jadi diri sendiri tak perlu nak berlakun tunjuk good2 nampak muslimah sangat pada hal realitynya tak sebegitu.  Berapa lama sangat nak bertahan berlakun tunjuk good dan muslimah pasti tak mampu juga nak teruskan bila dah penat akhirnya kantoi juga terus nampak true colurs tak ada maknanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku perasan, bebudak gemok mcm badak air suka ckp & ketawa kuat kuat bila ada ramai org...attention seeker sgt....


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 04:32 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-3-2017 03:56 PM
Yg aku perasan, bebudak gemok mcm badak air suka ckp & ketawa kuat kuat bila ada ramai org...attenti ...



aku pun perasan. lepas tu suka lawak lucah. dngar pun naik geli


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 04:38 PM | Show all posts

bangang gak yg cakap be urself... tak perlu berlakon bagai tuh..

memang lah be urslf tapi kalau benda buruk yg ada pada diri ko tak salah ko buang kan?  bukan suruh berlakon ngok, suruh berubah ke arah benda baik.


agaknya sebab ni lah ramai masih andartu. rasa diri je betol pastu tak nak dengar nasihat  




larikk  











Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 05:06 PM | Show all posts
bole nk jd diri sendiri tp berpada2..
kalau btl kita ada keburukan takkan nk tnjuk sgt..

biasa2 je la..nk tetibe berubah 100% tu mmg payah tp pelan2 la berubah

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 05:36 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-3-2017 05:24 AM

Jangan jalan mengengkang atau jalan bersepah macam itik. Jalanlah dengan tertib barulah ayu.


hahahaahah macam mane berjalan ikut itik  tu ?

hehehehe....


terima kasih atas pesanan bagus article untuk peringatan especially bab mengumpat dan bab akhlak. bab mengumpat tu  i insaf sebab tak berkahlak mengumpat org  cakappsal org yg tak relevan pun pada kita , peringatan untuk diri sendiri ni bagus jugak article ini.

ada beza masa tempat dan ketika untuk being  yourself and berakhlak kot, akhlak ni konsepnyaluas. akhlak dengan allah, rasul takkan nak cerca para rasul kan sebab tak nak jadi hipokrit , kan ? tu kan dah silap faham tu. i mean logically kalau kita suka buka kangkang kaki ke TAKKAN depan org nak buat lagu atas dasar nak jadi diri sendiri, be yourself and stay the way you are - depan orang , depan mertua kan  depan semua org - tak ke nampak macam ' slut' or you know perempuan murahan kan?  kan?
bend ani menarik personally sebab -  sebab masa in my early twenties  dulu terfikir bab ni nampak catchy frasa tu tapi hmm..bila dah dewasa dan pemikiran / idea  dikritis  oleh beberapa orang  yg memang i tengok berjaya pun - i terfikir  notion ini , terfikir yg  hmm kena revise balik notion  ini -  tapi bila dewasa dan kita lihat manusia yg berjaya sekeliling kita dapati yg notion ni tak berapa betul , dan bila  tengok  semua bangsa di dunia pun , kalau kita tahu letak kat mana nak being honest dan sopan lagi senang keje and tak mengurangkan sesuatu pun, ini attitude consultants yg berjayalah so i dapati tak salah pun meletakkan wajaran sopan tu pada tempatnya - so jgn sempit pemikiran dengan berkata org lain tu pura pura ini  itu sebab ? ini so counter productive and irrelevant sebab  see ? kalau i kata begitu , i fokus org lain instead of myself so , kalau kita fokus self improvement untuk jadi manusia lebih baik, i terfikir yang why must i fokuskan, nisbahkan , alihkan sebab nak self improve/ atau misalkan rasional pada org lain yg bukan representative pun , kan ???so kenapa dok kata org lain yg macam ni macam tu sedangkan u sepatutnya fokus pada diri sendiri..so ?

i rasa negative kalau ada elemen mediocre minded  ke ???yg ada issues on self concept may be  yg  ?   yang tak nak org improve.... so very negativelah pada i, jauhi pemikiran yg suka kita kat takuk  lama.  kita fokus diri sendiri  je sebenarnya tak payah kisah org lain pun bab bab self development begini ...... dan yg salah ni sebab sebab lakukan sesuatu atas nisbah org lain, sebab dunia , tak payah fokus org lain lah gitu. fokus diri sendiri je. tak payah kisah org lain nak pura ke apeke lagipun sangka buruk ni counter productive je. dan tak baik pun.





Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 05:49 PM | Show all posts
ai tak perlu di ajar semua nih.. ai semulajadi... kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 05:54 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-3-2017 03:56 PM
Yg aku perasan, bebudak gemok mcm badak air suka ckp & ketawa kuat kuat bila ada ramai org...attenti ...

laki meols pun cakap gini..
kalau dalam grup tu, mesti yang paling tak santik / tak hensem / tak laku akan cakap kuat...
mungkin tu cara untuk dapatkan perhatian kot..
yang laku2 ni biasanya senyap senyum2 je dekat tepi, tak pun buat hal sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 21-3-2017 05:54 PM
laki meols pun cakap gini..
kalau dalam grup tu, mesti yang paling tak santik / tak hensem / tak  ...

Kannn.....

Bkn nk mengutuk...tapi selalu jumpa mcm tu....dia punya ketawa mcm dinosaur....pastu ckp kuat kuat...pdhal kwn kwn dia pun ketawa gak...tapi tak de lah kuat sekuatnya...

Lelaki aku jarang jumpa, tapi pompuan lah yg selalu....tu cara nk baiki self esteem kot ...

  
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
rastaf replied at 21-3-2017 04:32 PM
aku pun perasan. lepas tu suka lawak lucah. dngar pun naik geli

Kenapa ek?....

Sepatutnya dah tak lawa tu, buat lah perangai elok elok, blh le cover yg tak lawa tu....


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 10:08 PM | Show all posts
alamak!...so inspirational this thread! ..skrg jgk nak berubah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Super-M replied at 21-3-2017 01:58 PM
be your self.kalau gitu sikap kau buat apa nak pura2 nampak mcm gadis melayu terakhir. xpayah pura2. ...

Kann, stuju ssngat,
Just be yourself, jgn hipokrit
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072211 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list