CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11333|Reply: 82

Zul ripin bakal saman jenama pakaian

[Copy link]
Post time 20-3-2017 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Aktor terkenal, Zul Ariffin, 31, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap satu jenama pakaian dalam masa terdekat selepas syarikat pengeluar jenama itu gagal melunaskan bayaran kepadanya selaku duta dan rakan kongsi.

Menurut Zul, sebelum ini dia telah menandatangani satu perjanjian yang mengikatnya sebagai duta dan rakan kongsi bermula Mac hingga November tahun lalu untuk produk keluaran jenama berkenaan.
“Saya memang tidak mengeluarkan sebarang modal tetapi saya memberikan sepenuh komitmen terhadap tempoh promosi yang telah dipersetujui bersama termasuk menjalani penggambaran di luar negara.
“Sehingga ke hari ini, saya langsung tidak menerima sebarang bayaran sewajarnya sedangkan saya mematuhi kontrak yang ditetapkan,” katanya.
Zul berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen Carousell, sebuah aplikasi jual beli atas talian di The Curve, Mutiara Damansara, di sini hari ini.
Tambah pelakon J Revolusi itu, disebabkan berhadapan masalah tersebut, dia berasa serik untuk berkolaborasi dengan mana-mana jenama produk kerana tidak mahu sejarah berulang kembali.
“Itu merupakan kali pertama saya membabitkan diri dalam bidang perniagaan selaku rakan kongsi, namun malang menimpa saya,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 09:46 AM | Show all posts
brand apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 09:48 AM | Show all posts
adakah brand yg nih

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 09:50 AM | Show all posts
ataupun yg nih

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
G promosi dan pengambaran sampai ke luar negara tu ko dibayar ker ko g foc sebagai rakan perniagaan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 09:55 AM | Show all posts
aku merembes dengan zul arifin ni lepas tengok JRevolusi semalam hahahaha .. tak boleh move on hahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2017 09:57 AM | Show all posts

I pun rasa yg Jubah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 20-3-2017 09:48 AM
adakah brand yg nih

Jangan lah brand ni  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 10:09 AM | Show all posts

dah kenapa kalau brand yg tuh chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
El hombre kut sbb el hombre shoot iklan jubah tu kt oversea kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:17 AM | Show all posts
brand pakaian dalaman kan....
da fotoshot kat luar negara,
xde ke pic theyollls...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:19 AM | Show all posts
huhuhu semua kes naik, blh pomot filemm
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:34 AM | Show all posts
nk tgu penjelasan pihak sebelah sana plk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:40 AM | Show all posts

x hensemnya jul ripin dlm gambo ni

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:45 AM | Show all posts
siputsedut replied at 20-3-2017 10:16 AM
El hombre kut sbb el hombre shoot iklan jubah tu kt oversea kan?

EL tu si laki amirah tu ke?


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts

KUALA LUMPUR - Pelakon, Zul Ariffin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap jenama pakaian Elhombre dalam masa terdekat kerana gagal melunaskan bayaran kepada dirinya selaku duta dan rakan kongsi.

Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 30, kesal dengan tindakan pemilik jenama pakaian tersebut yang tidak membayar langsung khidmatnya mempromosi jenama itu sejak Mac hingga November tahun lepas.

"Saya telah memberikan komitmen sepenuhnya seperti apa yang telah dipersetujui dalam kontrak. Sehingga kini, saya masih tidak menarima sebarang bayaran seperti mana dalam kontrak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 20-3-2017 10:45 AM
EL tu si laki amirah tu ke?

Bukan..tu elrah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:06 AM | Show all posts
dah penat mengerah tenaga dan masa tp, xdpt pape..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:07 AM | Show all posts
Zulripin ni baru 30 tahun ker?
Kenapa nampak tua banding usia?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Go zul! Tak minat heshe tapi bab ni iols support.. Manusia yang aniaya orang memang lakhanat :
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.114169 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list