Seorang lelaki maut tercampak betul-betul di atas sebuah kubur selepas motosikal yang dinaikinya terbabas di tanah perkuburan dekat Kolej Risda, Alor Gajah, Melaka.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, 19, adalah penuntut Tahap 1 SKM Penyeliaan dan Operasi Penanaman di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) ditemui dalam keadaan bersujud atas kubur.
Foto: FB info Kemalangan dan Bencana Malaysia
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, "Kejadian apabila motosikal ditunggang mangsa dari arah Ayer Pa'abas ke Lendu tiba-tiba hilang kawalan di hadapan kolej terbabit sebelum terbabas ke kiri jalan.
"Motosikal jenis Yamaha LC itu kemudian terus melanggar pagar tanah perkuburan mengakibatkan mangsa tercampak ke atas kubur di tempat kejadian."
Jasad penuntut itu dihantar ke Hospital Alor Gajah manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI
Foto: FB info Kemalangan dan Bencana Malaysia
|